Skip to main content

Shooting Telemovie 'Kisah Sebenar Bibah'

Assalamualaikum,
Selamat pagi untuk semua yang bekerja dan masih tidur di rumah. Asyik nak berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman Asyik menyertai salah satu telemovie yang akan disiarkan pada penghujung tahun ini di TV9. Kalau ada yang follow Asyik di facebook dan Instagram mungkin dah tahu tentang hal ini. Tapi untuk mereka yang belum tahu, disini Asyik nak berkongsi serba sedikit tentang pengalaman menarik bershooting bersama Kash Pictures.

Bagaimana dapat join telemovie ini ialah bila kawan kepada Giorgio Izas yang bekerja di situ ingin menjemput blogger untuk turut serta dalam telemovie tersebut sebagai extra casting. Bukan free tapi dibayar. Berbaloilah juga unutk sehari bayarannya. Dapat pula berlakon bersama Pekin Ibrahin, Siti Saleha dan Tengku Nurhanis. Bila bertemu dengan artis ini kadang-kadang kita takut juga nak tegur sebab masing-masing ada sikap tersendiri yang kadang-kadang buat kita kurang selesa. Tapi bila berborak dengan Pekin Ibrahim, alahai dah macam kenal lama pula. Tak sombong dan nice sangat-sangat. Thank you Pekin sebab sudi melayan kitaorang yang baru mencari pengalaman ini.

Seramai 10 blogger yang dijemput menyertai casting telemovie ini. Nak tahu tahu lebih lanjut kenalah tengok gambar dibawah. Picture can explain everything.

Pekin Ibrahim dan Siti Saleha digandingkan dalam telemovie ini.

Masa ini datang untuk tengok tempat dan briefing sedikit sebelum bawa blogger lain datang ke lokasi. Lokasi bertempat di Empire Damansara.



Hari pertama shooting bersama Pekin Ibrahim.

Masing-masing menunggu sebelum shooting bermula. Dah sampai kemalam jadinya.

Baju ketiga Asyik untuk hari tesebut. 3 kali tukar baju tau. Penat rupanya jadi pelakon ini. Baru jadi extra casting.

Siti Saleha sebagai Bibah.

Lokasi yang sangat cantik.

Kami semua disuruh memakai pakaian formal seperti mahu ke pejabat.


Which one is the bos? hehe. Me me me.

Before start shooting. Nervous okay.

With Syafiqah dan Fana. Blogger yang turut serta.

Me, Fana, Syafiqah, Deq Noor dan Zura. Pelakon tambahan wanita.

Syafiq, Giorgio, Broframestone, Eazy, dan Syukri. Pelakon tambahan lelaki.

Alhamdulillah semua dapat merasai pengalaman sebagai pelakon tambahan. Terima kasih Kash Pictures. Nantikan telemovie Kisah Sebenar Bibah pada penghujung tahun ini di TV9. Boleh tengok muka Asyik dan blogger-blogger lain berlakon. kih2. Untuk gambar waktu berlakon Asyik tak boleh nak share semua. Kalau nak tengok boleh add Asyik di facebook Asikin Izas or Instagram @asyikizas.

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Wah asyik.. dah masuk tv ek, tahniah :) rezeki tu walaupun jadi pelakon tambahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak..duit tu..hehe

      Delete
  2. Bukan senang nak jadi pelokon ni rupenye ek...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..mmg susah dan penat..seharian kt lokasi kdg2 naik bosan..respect lah pd pelakon yg mmg hebat..

      Delete
  3. Pengalaman yg tak mungkin dilupakan... Penat tp seronok... (^_^)

    ReplyDelete
  4. wah.. mesti best dapat pengalaman baru.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wah awat extra semua hensem2 terutama yang dok dekat tengah tue?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha...uisshhh mestilah hensem tgklah laki sapa..hehe.. :p

      Delete
  6. Wahh...glamer kejap. Bestnya dapat berlakon lagikkk...

    ReplyDelete
  7. cantiknye tempat yg ada byk payung tu.....:-)

    ReplyDelete
  8. BEST BEST! pengalaman yang best..
    nanti kalau ada lagi boleh la jemput kami semua..
    duduk2 saja dekat belakang pun boleh..ngeeheeee~
    BTW, Thank you Kak Asyik and Abg Gio..dan kawan Abg Gio (lupa nama apa tah..hihii)

    ReplyDelete
  9. nak signnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..kat mana nak signnnnnn..kat botol budu boleh..hehehe..:p

      Delete
  10. waaa bestnyeee! congrats yea! kot2 ade extra2 boleh panggil Qeela sekali? hehe :D

    ReplyDelete
  11. sis, tempat ade payung tu ktne ek? or utk shooting je??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat EMPIRE DAMANSARA..tmpt baru tu dear..mmg tmpt utk org shopping tu..;)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...