Skip to main content

Featured on New Straits Times

Assalamualaikum,
Akhirnya dah sampai pun hari minggu. Itu bermakna cuti untuk yang bekerja. Selamat holiday semua. Pernah tak korang saja gatal tangan menaip nama penuh korang dalam google/yahoo. Saja nak tengok apa yang keluar. hehe. Asyik ada buat macam itu, taip nama penuh sendiri nak tengok apa yang keluar. Tekan pada image pastu ternampak muka sendiri dengan rakan blogger lain waktu pergi salah satu event. Bila pergi pada link gambar itu rupanya dari NST ataupun NewStraitsTimes. Terkejut jugalah tiba-tiba ada gambar sendiri yang menggunakan nama penuh pada link lain selain dari blog sendiri. Tak ku sangka ada juga yang masukkan gambar dalam paper diaorang. hehe. Tapi nak tengok gambar itu kenalah tekan page ke 4. haha. Sebab dia letak 6 gambar sepanjang event Innershine. Cer tengok.


Tapi nama Asyik dia letak silap. Sepatutnya orang ketiga dari kiri tapi jadi orang keempat pula. Tertukar dengan Nadia. hehe. Tak kisahlah janji keluar dalam NewStraitsTimes. Wehuuuu. *Senyum lebar


Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. untunglah masuk dalam paper. glamour lah macam ni. mesti anak murid pun tumpang bangga kan

    ReplyDelete
  2. laaaaaa nape nadia pon terlepas beli paper niiiu T___T kalau tak boleh simpan kannnnnnn. tq kak asyik bagitauuuuu ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kena pg cari kt kedai surat khabar lama lah..itupun kalau ada lg..kih2..sama2..;)

      Delete
  3. wahh hebattlaa msuk paper :D
    folow blog ni :)

    ReplyDelete
  4. woahh! makin hebat blogger kita ni.. :D

    ReplyDelete
  5. Wah... Retis... (^_^).. Hebatnye die...

    ReplyDelete
  6. glamer la ye. Jgn lupa simpan artikel tu buat kenang2an. Bukan senang nak kluar lagi.

    ReplyDelete
  7. tahniah...baru je terjah blog mek onie tadi..


    recent post : Makan Yogurt Dengan Buah Segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, terima kasih byk2 sudi singgah blog ni..:)

      Delete
  8. Bukan calang2 blogger Asyik ni hehe :) simpan buat frame artikel ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elih, Asyik blogger biasa jer..itu rezeki namanya..hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...