Skip to main content

sheilashahfiekry.my

Assalamualaikum,
Korang ada hutang dengan kawan-kawan atau saudara mara? Kalau ada cepat-cepat pergi langsaikan sebab tak senang duduk jadinya kalau kita berjanji tapi belum kotakan. Samalah macam Asyik ini dah janji nak buat review untuk satu blog yang awesome ini tapi tertangguh sampailah ke hari ini. Jadi Asyik nak langsaikan hutang dengan Puan Sheila Salim kita. hehe. Hutang nak review blog dia sebenarnya. Sebab dia pemenang simple giveaway yang Asyik buat tempoh hari.

sheilashahfiekry.my pasti ada yang familiar dengan blog dia. Blog yang simple tapi banyak info berguna yang boleh dimanfaatkan. Contohnya tips-tips untuk korang yang nak melancong ke KRABI, Thailand. Banyak tau dia cerita dari A to Z korang boleh dapat tahu macam mana cara nak menjimatkan kos untuk ke KRABI. Asyik pun simpan angan-angan nak ke sana juga. Lepas ini boleh ambil tips yang dikongsi Sheila.



Nama sebenar dia Norsheila binti Salleh tapi lebih dikenali sebagai Sheila Salim. Boleh add Sheila Salim di facebook, twitter, blog, wechat, whatsapp dan lain-lain yang mana korang terjumpalah. Pastikan orang yang betul. Sheila mula berblogging sejak 31 Ogos 2010, dengan menggunakan domain sheilashahfiekry.blogspot.com kemudian mula tukar domain kepada sheilashahfiekry.my. Beliau sudah berkahwin yea. Jangan berharaplah jejaka di luar sana nak tackle dia. hehe. 


Inilah Sheila Salim dengan suami yang tersayang. Jemputlah ke blog dia yea. Mungkin ada manfaatnya untuk korang bila baca blog Sheila nanti. (Picture dari blog sheilashahfiekry.my)


Till Next Entry.
xoxoxo


**Asyik nak ingatkan yang Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu akan tamat pada 24 Ogos 2013. Jadi mana yang belum menghantar penyertaan silalah berbuat dengan segera supaya ada peluang untuk korang menang hadiah yang best dari Fair & Lovely. Visit GIVEAWAY.

Comments

  1. oh dah kahwin. baru je nak tanya

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. nak di review juga ke? join giveaway Asyik dulu..hehe

      Delete
  3. assalamualaikum asyik. heee thanks buat review pasal sheila. heee takda famous2, blogger picisan je. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila..welcome..dah janji haritu perlu dikotakan..hehe..blog Sheila mmg best pun..:)

      Delete
  4. Replies
    1. hehe..femes kan dia..ramai dh ckp cmtu..mmg femes betul ni..:)

      *thank you for coming..:)

      Delete
  5. Replies
    1. Waalaikumusalam, moksu Ain ke..hehe..:)

      Delete
    2. heee asyik, ain ni bakal akak ipar kita. hehehe. dia tu bakal mak ndak kitaaa :)

      Delete
    3. lagi 2 bulan jadi akak ipar sheila ni. hehehhee

      Delete
  6. janji kalau tak tunai mmg tak senang duduk..heee

    ReplyDelete
  7. ok..nanti mun terjah kesana ye..

    ReplyDelete
  8. aah..fames la..hihi.. rajin dia singgah blog cipisan kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tak sombong memang ramai org suka kan..tu yg bgsnya dia..:)

      Delete
  9. saya pon follower sheila salim... satu perkataan jer psl dia "OHHSEMMM".... u olss follow dia, sure dia follow balik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah sini..dia mmg awesome..:)

      Delete
  10. saya pon follower dia... mmg ohseeemmm sgt dia nih.... uollss follow dia, mesti dia follow balik... hehehe....

    ReplyDelete
  11. best kawan ngan sheila...org nye sangat peramah... :)

    ReplyDelete
  12. dah kenal dah dengan sheila..nice person okeh!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter...