Skip to main content

GLAMpreneurs Hi-Tea - Private Event at Jovian Mandagie Boutique

Assalamualaikum,
Semalam Asyik menghadiri private event yang agak eksklusif. Event ini khas untuk GLAMpreneurs. Tahu apa itu GLAMpreneurs? GLAM maksudnya Green Leaders Academy Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh tengok blog Hanis Haizi business mogul.

Hi-Tea yang berlangsung di Jovian Mandagie Boutique di Jalan Maarof, Bangsar adalah untuk GLAMpreneurs bershopping tanpa perlu bersesak dan bersusah payah berebut dengan orang lain. Memang istimewa betul bila menjadi ahli GLAM. Asyik baru jea join dan masih dalam peringkat awal. 

Kalau ada yang nak beli Premium Beautiful Corset boleh hubungi Asyik dia mana-mana social network yang Asyik ada. Premium beautiful corset ini sangatlah bagus untuk wanita yang mahu menjaga kesihatan dalaman dan luaran. Memang berbaloi untuk beli.

Disamping itu Hi-Tea ini juga adalah untuk memperkenalkan tentang koleksi terbaru dari Jovian Mandagie iaitu JLuxe dan JHijab. Boleh juga tengok tutorial dari MiraFilzah tentang JHijab. Mira Filzah adalah official face of JHijab by Jovian Mandagie. Jangan terlepas peluang untuk memiliki koleksi dari Jovian Mandagie.


Antara koleksi di Jovian Mandagie boutique. Cantik dan Asyik suka tengok pada detailing yang dibuat pada setiap rekaan.



This is awesome. Cantik melampau!

Antara koleksi Jovian Mandagie yang popular.

All the GLAMpreneurs crowd. 

JHijab collection.

Me with the portfolio of Jovian Mandagie.

    

    

Jovian Mandagie Collection.

Siapa yang tak kenal dengan Hanis Haizi kan. Business mogul yang hebat.

Asyik suka dengan baju ini. Ringkas diatas sarat dibawah. 

OMG Kaftan ni memang buat Asyik terus jatuh cinta! Harganya pun memang jatuh cinta terus. haha

Warna nak designnya memang sesuai untuk dipakai pada hari raya aidilfitri.


Siapa pernah tengok baju ini? Inilah baju yang dipakai oleh Farah Fauzana di Anugerah Bintang Popular 2013 tempoh hari. Patutlah familiar jea mula-mula Asyik tengok.

Cantikkan. Simple tapi manis kalau dipakai di hari raya.

My mentor Lina Zahrah. Dialah orang yang tak pernah berputus asa ajak Asyik join sekali GLAM.

GLAMpreneurs woman. hehe


Berborak sekejap dengan Hanis. Tak sempat nak berborak lama sebab ramai yang nak bergambar dengan dia. Hanis sangat baik dan tak sombong walaupun pertama kali berjumpa.

Another collection of Jovian Mandagie.

Giorgio Izas pun ada sekali berposing sakan dalam Jovian Mandagie Boutique.

.
.
.
.

What I'm Wearing
Dress from Thepoplook
Blazer from Scarlet
Bag from Forever21

Love the scarf yang Giorgio Izas hadiahkan. Warnanya soft dan kainnya sangat lembut dan mudah dipakai.



Till Next Entry.
xoxo

Comments

  1. fuyoooo..bestnyaa kak asyik!!
    ada beli ke collection Jovian ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sgt best..xmampu nk bli lg sbb beribu riban sgt..hehe

      Delete
  2. Cantiknyaaaaa koleksi baju dieeee. Hehe. Rambang mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik2 dear..semua detail btul jahitan yg dibuat..:)

      Delete
  3. asyik semalam pun kita kat bangsar jugak. kalau tahu asyik ada kat area situ dah lama culik sekejap lepas event. hehehehe
    btw, asyik harga dia around berapa? selalu lalu butik dia je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..selalu mcm tu kan..dh dkt dh tu tp xleh jmpa juga..

      harga dia dari ratusan sampai ribuan..hehe..tp tudung dia xpasti pula bpe harga sbb xtgk sgt kt tudung byk tgk baju jea..:)

      Delete
  4. Hye akak. sbb x jmpe cbox, raydah comment sini je la. hehe..
    nice dress.. btw thnx follow. raydah da follow back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Raydah..thank you dear..hehe..blog ni mmg xde cbox..kih2..
      thank you again..:)

      Delete
  5. Waaah. Untunglaaa dpt join event gojes cm neeee. Syiokknyaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mmg syiokkk..tp segan ckit sbb semua hebat2 belaka..:)

      Delete
  6. ehemmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! baju JM memang lawaaaaa gila kot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sgt2 lawa onie..hancur hatiku xleh beli sbb mahal..haha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter