Wednesday, February 25, 2015

Favourite Spa : Jentayu Spa and Salon Secret

Assalamualaikum,
Bekerja bagai nak pengsan dibuatnya sampai terlupa kesihatan diri yang paling penting kena jaga. Tambah pula musim panas sekarang ini, pening kepala, sakit badan dan sebagainya senang sangat menyinggah. Kadang-kadang itu terfikir nak bercuti jea, setiap kali pergi kerja dalam kepala ini cuma fikir nak cuti dan rehat tapi bukan senang nak dapat cuti. Baru-baru ini kebetulan pula dapat jemputan ke spa dari Hai Blogger!. Seronok bagai nak rak dibuatnya. Memang saat-saat yang dinantikan.
Spa ini mempunyai service yang sangat lengkap iaitu dari rambut sampai ke kaki semua boleh cuci habis. hehe. Yang Asyik tengok dulu tahu apa? Asyik akan tengok dulu ialah harga dia. Memang berbaloi sebab harga yang ditawarkan bermula dengan RM30 hingga RM1200 (untuk pakej bersalin). Terbaik kan. Pelajar sekolah pun boleh turut sama sebab spa ini ada pakej untuk student juga.

Jentayu Spa and Salon yang terletak di pinggir ibu kota adalah pilihan tepat bagi sesiapa yang ingin merasai suasana tradisional dan damai disamping merehatkan badan. Jentayu Spa and Salon menyediakan perkhidmatan spa seperti mandi wap, mandi bunga, lulur, urutan dan pakej dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Tempat untuk manicure dan pedicure.
Terdapat juga perkhidmatan salon seperti gunting rambut, cuci rambut, perkhidmatan penjagaaan kesihatan rambut yang pasti membuat diri anda di layan seperti puteri yang jarang sekali terdapat di spa lain. Selain itu ada juga pakej untuk bakal pengantin dan kepada pasangan suami isteri yang ingin mengimbau nostalgia bulan madu. Pakej bulan madu buat pasangan yang baru berkahwin untuk sama-sama merasai suasana spa yang mendamaikan disamping menyediakan bilik khas dan lebih privasi.
Sebelum anda mengurut atau mengosok badan dengan scrub dan masker anda boleh bersauna dulu.
Ini adalah tempat dimana anda boleh membuat urutan muka ataupun facial treatment.
Nyaman dan sejuk mata memandang bila datang ke spa ini.
Selain itu ada juga Jakuzzi, mandian yang sangat menyegarkan badan anda kerana seperti mandi sambil berurut dengan air.
Antara rawatan yang disediakan di sini adalah :

1. Manicure
2. Pedicure
3. Facial Treament
4. Rawatan Resdung
5. Urutan Tradisional
6. Body Treatment
7. Hair Treatment
8. Sauna
9. Lulur Tradisional
10. Mandi wap
11. Jakuzzi
12. Mandian ais dari colour vibration theraphy
Asyik dapat free Foot Reflexology pada hari tersebut dan husband pun dapat turut sama ber'reflexology'. Hilang lenguh kaki.
Kemudian kesemua blogger yang hadir diberi voucher pakej spa :
Sauna Room + Body Scrub + Body Masker + Facial Treatment + Jacuzzi + Back Massage

Memang tak sabar Asyik nak datang lagi sekali.
Ada 3 blogger bertuah hari itu, mereka boleh pilih nak pakej apa kat spa ini. Blogger bertuah itu ialah Mohd Rasul, Ayue-Jer Rejaluddin dan Fadzi Razak. Untunglah boleh datang dua kali kan, free pula itu.

Mohd Rasul dan owner spa Kak Esma Azura.
Ayue-Jer Rejaluddin dan owner spa.
Fadzi Razak dan owner spa.
Asyik dan husband Giorgio Izas pun dapat goodie bag dari Kak Esma juga.
Fana, Asyik, Ayue, Syafiqah dan Iday.

Gambat kat bawah ini semua dari blog Iday.
Selang dua hari Asyik datang semula ke spa untuk buat pakej yang diberikan. Memang terbaik, puas hati dan kagum dengan kesungguhan pekerja kat spa ini. Semua berpengalaman dan service yang diberi memang best. Sauna Room + Body Scrub + Body Masker + Facial Treatment + Jacuzzi + Back Massage, semua pakej itu Asyik buat! serius terbaiklah.
Dua-dua muka puas hati dan segar sangat lepas habis buat semua treatment itu. Korang kalau nak tahu macam mana bestnya kena cuba sendirilah.

Untuk keterangan lanjut hubungi :

Puan Esma Azura : 018 212 5978
Puan Manja : 019 335 3589

Jentayu Spa & Salon,
No 80 A, Jalan Teratai 1/2. Taman Bukit Teratai
Ampang, Kuala Lumpur (Landmark : Berdekatan petronas dan shoplot atas speedmart 99)
Hotline : 018-2125978
Instagram : Jentayu Secret

Boleh tengok video review dari Kaio kat atas ini.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

6 comments:

  1. Woah ! Bestnyalah , kenapalah time Halim buat event ni kita ada wedding. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba pergi minta kat dia, mana tahu ada free lg..hehe

      Delete
  2. asyikkkk..tak sempat lg nk pegi spa ni..bile ntah nk pegi..asyik sebok je..teringin nk berjacuzzi :)

    ReplyDelete
  3. wahh menarik spa ni.. bestnye,..

    www.yanieyusuf.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yanie cuba pergi nanti mesti puas hati..

      Delete