Saturday, February 14, 2015

D’Kayangan Steamboat & BBQ

Assalamualaikum,
Salah satu tempat untuk korang santai sambil makan steamboat dengan kawan-kawan atau keluarga Asyik cadangkan korang pergi makan di D'Kayangan Steamboat dan BBQ di Seksyen 13, Shah Alam. Banyak pilihan yang boleh dimakan kat situ. Asyik dah pergi haritu siap bawa rakan-rakan lain lagi. Semua seronok dapat makan steamboat di D'Kayangan sebab banyak pilihan untuk diaorang.
Menunggu kedatangan rakan-rakan yang lain dan tak sabar nak makan.
Kalau korang nak pergi sila tempah dulu sebab tempat ini sangat ramai peminatnya dan selalu penuh. Kalau boleh datanglah hari yang bukan hari cuti yea.
Konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan disini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ dan semestinya kambing panggang setiap hari dan sangat lazat lagi menyelerakan. 
Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan banyak lagi bersama minuman percuma sejuk atau panas. Pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya dengan buah-buahan, aneka kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC).
Memang puas hati dapat makan makanan yang segar dan sedap dari D'Kayangan.
Pakej-pakej yang ditawarkan:-
ALL YOU CAN EAT (Set 1)

Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik. 

HargaDewasa :                             RM33nett sahaja

Harga Kanak2 (5-12tahun) :        RM17nett sahaja

Restoran ini boleh dimuatkan seramai 170 orang di bahagian dalam. Waktu operasi dari 5pm-2am. Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ dan Grill tetapi ada kejutan untuk para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah didalam hidangan buffet dan hanya yang terbaik akan disajikan kepada pelanggan.

Terima kasih korang sudi datang.
Terima kasih D'Kayangan Steamboat terutama sekali Encik Ariff iaitu pengurus restoran diatas layanan yang terbaik. Asyik puas hati dengan makanan kat sini.

Untuk mengikuti pekembangan mereka, korang boleh layari
Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkygnsteamboat
Hash Tag: #dkayangansteamboat

Till Next Entry,
Love, Asyik.

5 comments:

  1. thanks akak sebab bawak kita yg nakal ni,haha

    ReplyDelete
  2. yeahh muke kt kat sni wpon Errrr hahhahah tq kak belanja sy mamam juge :)

    ReplyDelete
  3. Next time bawak la lagi. Rindu kak asyik!

    ReplyDelete