Wednesday, December 17, 2014

HiDY | A secret doorway to fashionable and colourful tunic dresses

Assalamualaikum,
Dalam kehidupan seharian Asyik lebih suka memakai pakaian yang simple dan tak merimaskan untuk bergerak. Kalau dapat dress yang selesa memang yang itulah akan diulang pakai sampai lusuh baju itu baru simpan balik. hehe. Keselesaan itu yang penting sebab negara kita ini cuacanya panas jadi material yang kita pakai boleh mempengaruhi keadaan tubuh badan kita juga. 

Kalau tebal baju itu confirm melimpah-limpah peluh keluar melainkan kalau korang 24 hours duduk dalam aircond jea. Serius Asyik memang cukup tak suka kalau berpeluh dengan pakaian yang tak sesuai. Kalau bersenam lainlah kan memang kita dah pakai baju yang sesuai untuk bersukan tapi kalau ke tempat kerja, hang out dengan kawan-kawan ke takkan nak pakai baju yang macam duduk dalam Iglo atau negara sejuk. haha. 

Bagi wanita memang banyak lapisan baju yang dipakai terutama bagi wanita muslimah. Tudung pun satu hal, kalau nipis dan jarang tak sesuai jadi kena pakai yang tak jarang. Yang tak jarang memang material dia agak tebal lah skit tapi taklah sepanas pakai sweater. Tapi kalau dapat digandingkan dengan dress atau blouse yang sesuai memang setiap hari kita akan rasa selesa. 

Asyik cukup selesa bila dapat pakai dress yang senang nak bergerak dan kainnya tak panas dan tak terlalu tebal. Kadang-kadang tak suka pakai inner shirt sebab merimaskan. Nak cari dress yang selesa sekarang memang susah sebab kebanyakan baju yang dijual sekarang kadang-kadang hanya selapis dan boleh nampak bentuk badan disebakan material yang digunakan melekap pada badan. Sangat tak selesa okay.

Boleh dikatakan zaman sekolah dulu Asyik peminat filem Hindustan, dan maybe sekarang pun masih kot hehe, bila tengok pelakon-pelakon hindustan ini pakai sari atau kurti nampak macam cantiknya. Cantik disebabkan oleh meriahnya baju itu dan colourful. Kat Malaysia kita ada songket yang boleh bersaing dengan sari tapi songket ini agak eksklusif jadi taklah mampu untuk dipakai seharian dan tak sesuai dengan cuaca kita sangat.

Tapi sekarang Asyik dah jumpa satu butik yang menjual khas kurti dan harganya berpatutan dan material sesuai dengan cuaca di Malaysia. Boleh melaram sakan macam pelakon Hindustan lepas ini. haha. Tapi design dia taklah crowded macam pakai sari itu, yang ini lebih santai dan manis dipakai. Kurti dari butik tersebut memang memenuhi citarasa Asyik sebab material yang digunakan tak memanaskan badan dan sangat selesa bila pakai. Boleh bergerak bebas tanpa ada rasa ketat di mana-mana. haha. Setiap koleksi atau design dari mereka akan dikeluarkan dengan 2 warna sahaja supaya kualiti dapat dijaga dengan baik, walaupun macam itu mereka menyediakan banyak pilihan corak.
Asyik pun shopping kat sini sambil pakai kurti dari butik HiDY. Exactly sama dengan kurti warna pink yang digantung dalam gambar kat atas itu.
Paling selesa kurti pink ini.
  
Banyak pilihan yang ada kat sini.
Yang ini pilihan Asyik dan Mek Onie. Next time kitaorang nak beli yang lain pula. Geng hijau kali ini.
Owner of HiDY yang superbbb berbakat dan peramah, Hidayah Hassan.
Sempat bergambar dengan owner yang berbakat ini. Semua design beliau sangat cantik.
Haaaaa banyak tak Asyik shopping! Tak puas sebenarnya, tapi masa pun tak cukup sebab dah lewat jadi ini saja yang dapat. Mungkin waktu lain nak tambah lagi koleks kurti yang fashionable dari HiDY.
Tengok blogger lain pun turut sama shopping kat HiDY. Giorgio Izas, Mek Onie dan Halim pun tak puas lagi sebenarnya shopping itu. Nak turut serta shopping dengan kitaorang juga? Jom datang butik HiDY 25 Disember 2015 ini sebab diaorang ada buat year end sale kaww kaww punya. Serius menarik sebab ada hadiah istimewa yang diberi nama FUKUBUKURO (Lucky Bag). Nak tahu lebih lanjut boleh terus follow  instagram / twitter / facebook : HIDYCOLLECTION dan boleh tengok website mereka: http://www.hidy.com.my/ . 

Boutique store is located at:-
HiDY STORE
No.46, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 KL
(Look up for HiDY boutique. Same row as KWSP and Manjaku.)

Till Next Entry,
Love, Asyik.

2 comments:

  1. jom pergi kak asyik belanja kita yew. . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Akk belanja Maria, Maria belanja akk pula..boleh deal.. hehe

      Delete