Sunday, September 28, 2014

Food Review : Bob Republic Burger Bakar and Ribs

Assalamualaikum,
Burger bakar memang tengah popular sekarang ini dan Asyik pun suka dengan rasa dan keunikan burger bakar ini. Tak seperti burger yang biasa yang mana dagingnya agak berminyak. Burger bakar dari Bob Republic Burger Bakar and Ribs juga ada keistimewaan mereka tersendiri. Roti yang digunakan diperbuat daripada arang buluh rebung dan roti tersebut berwarna hitam. Jangan terpedaya dengan warna hitam roti yang nampak kurang enak tapi sebenarnya roti itu lembut dan sedap. Dagingnya yang semestinya dibuat sendiri pula 97 peratus merupakan daging cincang dan selebihnya adalah rempah-ratus yang dirahsiakan malah ia tidak menggunakan tepung untuk mengikat atau menggebukan daging tersebut seperti kebanyakan gerai burger bakar lain. 

Antara menu istimewa di Bob Republic Burger Bakar ialah Dear Love iaitu burger yang diletakkan daging bakar serta daging salai lalu dilapiskan dengan keju cair. Dear Love memang sedap Asyik dah cuba haritu di cawangan mereka di Seksyen 7 Shah Alam. Banyak lagi menu-menu yang sedap dari mereka, korang boleh pergi mana-mana cawangan mereka yang berdekatan. Selain di Shah Alam, gerai Bob Republic Burger Bakar turut ada di Subang Jaya, Taman Desa, Jalan Kelang Lama, Alor Star, Pandan Perdana dan di Kota Bharu, Kelantan menggunakan nama Planet Grill. Jom terjah sekarang.
Inilah burger bakar Dear Love. Rated: 5/5
Simple jer kedainya tapi menu tahap 5 bintang kat hotel yea.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

4 comments:

  1. lain dari pada yang lain rotinya tu..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg xsama dgn roti yg biasa..sedap dan lembut sgt..:)

      Delete
  2. Replies
    1. memang kena cuba..sedap dan harga pun berpatutan..:)

      Delete