Monday, September 15, 2014

Chemistry Cafe : The Science of Socializing

Assalamualaikum,
Bila kita dengar nama Chemistry mesti kita akan rasa susah kot subjek kimia dulu. haha. Itu yang Asyik fikirlah, sebab masa sekolah dulu belajar subjek kimia perghhh memang azab tapi best. Nak menghafal segala formula itu memang mencabar. Tapi kimia kali ini berbeza sikit sebab semua orang akan suka. Terutama sekali bila bab makan, semua senyum panjang jer kan. Ada satu kafe di Shah Alam nama dia Chemistry. Uniknya kafe ini ialah dia menggunakan dekorasi seperti berada di chemistry lab. Equipment yang digunakan semua sama seperti di dalam lab. Sampailah kepada uniform pekerja semua memakai lab coat. Kemudian makanan yang disediakan pula memang pelbagai malah sangat sedap. Boleh dipuji sebab kreatif dan mengikut citarasa Asyik. Kalau nak rasa sendiri pengalaman berada di Chemistry Cafe boleh datang terus ke kafe mereka. Setiap hari rasanya penuh sentiasa kafe ini. 
   
   
Waktu Asyik pergi teringin nak makan Spaghetti Bolognese tapi malangnya semua dah habis yang tinggal cuma Spaghetti Aglio e Olio. Spaghetti Aglio e Olio pun sedap yea.
Untuk minuman pula Asyik order Vanilla Smoothie dan Strawberry Smoothie. A++ rasa dia.
Haishhh lapar lagi ini.
Untuk maklumat lanjut boleh lawat:
Chemistry Café + Lab
No 26, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +6 017-6262 797
Email: thechemistrycafe@gmail.com
Instagram: #chemistrycafe
Twitter: @Chemistry_Cafe
Operating Hours:
Monday - Friday : 03.00 pm ~ 01.00 am
Saturday - Sunday : 02.00 pm ~ 02.00 am

Till Next Entry.
Love, Asyik.

12 comments:

  1. Si Nisa Kay selalu promote cafe nie dekat ig dia.. teringin gak nak makan.. nasib jauh heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah yg tu lah..sedap juga makanan kt situ..

      Delete
  2. owwhhh ad perasan jugak kawan post kat FB kene cuba ni.. hehehe thanks for info :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya air dia..nampak menyelerakan dok dalam bekas gitu..kan??

    ReplyDelete