Sunday, January 5, 2014

Rewards for the Hardworking

Assalamualaikum,
Setiap kejayaan pasti dimulakan dengan usaha yang gigih. Tanpa usaha pasti kejayaan tidak akan berada di dalam genggaman. Banyak perubahan yang boleh berlaku dalam kehidupan sekiranya kita tidak mudah berputus asa dan sentiasa memandang ke depan demi untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup. Kejayaan yang kita dapat bukan datang dalam sekelip mata malah kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Sepanjang 2013 pelbagai dugaan yang Asyik alami. Dari situ juga mengajar Asyik untuk menjadi lebih matang dalam membuat keputusan walaupun kadang-kadang keputusan yang dipilih sebenarnya salah. Tapi takpe itu semua akan menjadi pengajaran untuk kita selepas ini. 

Yang penting kita perlu menghargai diri sendiri. Untuk membalas segala usaha itu cuba hadiahkan sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira. Macam apa yang Asyik buat ini. Belilah sesuatu yang baru untuk tahun yang baru. Seperti memberi aura dan semangat yang baru untuk terus berusaha tanpa putus asa. Dalam hidup kalau tak ada dugaan memang bukan hidup namanya. Jadi hargailah diri kita sendiri walau bagaimana susah pun dugaan itu. Yang penting jangan lupa tanggungjawab yang wajib dilakukan. Ingatlah rezeki itu dari Allah S.W.T. Hadiah apa yang Asyik beli untuk diri? Jom tengok kat bawah.

Asyik beli accessories case ini di Daiso. Senang dan mudah nak letak barang makeup. Taklah lepas ini berterabur barang.

Rainbow Cookies dari Dessertzbymc boleh dapatkan dibutik SincerelybyUs di Shah Alam. Ini pun salah satu cara untuk hargai diri, makan makanan yang sedap dan cantik. hehe

Asyik beli Tops ini di Brands Outlet. Pakaian baru untuk tahun yang baru.

Tudung kegemaran Asyik dari Sugarscarf. Senang dan mudah untuk digayakan.

Jane Moroccan Purple nama diberi. hehe


Tutuskirt dari Butik Uyyun di Shah Alam. Butik baru dari blogger Uyyun. Cantik koleksi pakaian yang dijual. Memang dah lama cari tutuskirt yang berkualiti dan di Uyyun juga rezekinya.

Material yang diguna sesuai untuk wanita muslimah. Tak jarang dan tak ketat.


Ini cara Asyik menghargai diri sendiri. Mungkin cara kita berbeza tapi tujuannya tetap sama iaitu menghargai diri sendiri. Hadiahkanlah sesuatu untuk diri anda.

Till Next Entry.
xoxoxo

14 comments:

  1. Semoga terus berusaha tanpa menganal erti putus asa... Fighto Ohhh! (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..InshaAllah..terima kasih kerana sudi membantu dlm segala hal..:)

      Delete
  2. Asyik. Rak dekat daiso tu murah x? Selalu tgk org jual rm70+++

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah sgt2..semuanya dgn harga rm5 sahaja...boleh cari kt daiso sunway pyramid..:)

      Delete
  3. Replies
    1. a'ah sgt murah ..bolehlah pg beli..:)

      Delete
  4. cantik skirt from butik uyyun tu....berapa harga kalau kat butik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sgt cantik..harga dia below RM80..xingat pula harga sebenar berapa..

      Delete
  5. Lawalah Tops dari Brands Outlet tu. Simple tapi macam sweetnya ja bila digayakan oleh Asyik. Brands Outlet tu kat area mana ada ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik beli kat Brands Outlet Ikano..skrg ada promotion..beli satu percuma satu..:)

      Delete
  6. Assalamualaikum asyik. bestnya reward untuk diri sendiri. banyaknya koleksi barang make up asyik. ajar sheila basic make up boleh? hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila..ajar basic makeup..InshaAllah sheila..:)

      Delete