Sunday, October 13, 2013

Longkai

Assalamualaikum,
Pada 7 Oktober 2013 yang lalu Asyik berpeluang untuk menghadiri satu lagi pra-tonton filem terbaru dari MIG iaitu LONGKAI bertempat di e@curve Cineleisure. 

Longkai mengisahkan tentang geng-geng longkai (pemandu towtruck) yang sering berebut untuk mendapatkan mangsa di jalanraya. Eddie (Niezam Zaidi) dan Bada (Faizal Hussein) merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita yang berjiwa kental dan lasak. Dalam diam sebenarnya Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan oleh Rima terhadapnya.

Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) merupakan musuh kepada Eddie dan Bada sejak dahulu lagi akibat perebutan perniagaan longkai mereka. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana menjalinkan hubungan cinta dalam diam bersama Eddie.

Zarina (Erra Fazira) seorang wanita yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan perhubungan Eddie dan Bada renggang dan membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu kepada Rima.

Mojo pula semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan oleh Geng-geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga (Zul Suphian), seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam. Ia bertambah menarik lagi, Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada disebabkan oleh sejarah hitam dan persengketaan lampau mereka.

Adakah Eddie dan Bada akan terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya? Jom beramai-ramai menonton filem aksi menarik ini yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 Oktober 2013. (Source: Giorgio Izas)



Antara blogger yang hadir.

Lan Zailan sebagai bapa tiri Erra Fazira.

Pihak media yang aktif mengambil gambar dan menemuramah.

Pelakon utama Longkai - Bada (Faizal Hussein)

Eddie (Niezam Zaidi)

Zarina (Atikah Suhaime) sebagai Erra Fazira waktu muda.

Man Raja Lawak pun ada.

Azwan Kombos sebagai Bada semasa remaja.





Dato' Eizlan Yusof pun ada. Peramah dan cepat mesra orangnya. Dah macam kenal lama pula bila berborak itu.

Update jangan tak update yea. Semoga filem Longkai dan Metrowealth terus berjaya dan mencapai box office sebab filem ini antara yang terbaik dari MIG.

Till Next Entry.
xoxoxo

12 comments:

  1. Faizal hussien cm zaman2 gila2 remaja dulu gak..sgt awek muda..folo blog astik izas..jika sdi,snggh ke blog sya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nampak mudah kan..tak telan usia..tme ksh..Asyik pun dh follow..:)

      Delete
  2. Another best Film published by MIG... Mmg patut di Tonton... lg layan jika ke Cinema... THQ quality (^_^)

    ReplyDelete
  3. wah!!! osem!! suma artis dpt jumpaa!! :D

    ReplyDelete
  4. cantik kaler tudung kak asyik. vogue gitu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear..boleh beli kt Sugarscarf..:)

      Delete
  5. cantiknye era fazira masa muda ^^

    ReplyDelete
  6. Untung betul boleh jumpa ramai artis, Asyik pun mcm artis dah sy tengok haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xdelah..xde rupa pun mcm artis..:)

      Delete