Skip to main content

Bijan Bar & Restaurant Fine Malay Cuisine

Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan di dalam entry INI. Asyik dengan berbesar hati nak berkongsi tempat yang mungkin korang akan pergi untuk berbuka puasa. Bertempat di Bijan Bar & Restaurant. No.3 Jalan Ceylon, Kuala Lumpur. Tempatnya agak tersorok sedikit tapi kalau guna GPS itu mesti jumpa. Melainkan kalau korang memang teror habis jalan kat KL tak payah guna GPS pun mesti tak sesat. 

Di hadapan restoran Bijan.

Mereka menyediakan buffet Ramadhan dengan harga RM80++ untuk seorang. Tapi makanan dia semuanya sangat sedap. Asyik kalau boleh memang nak pergi lagi.

Dekorasi di dalam restoran. Ada tempat duduk di dalam dan luar. Korang boleh pilih nak duduk kat mana.

Sebahagian tempat makanan.


Ini apa yang Asyik makan tempoh hari. Semuanya sedap dan habis yea.

Dessert ini pun sedap. Macam bubur jagung tapi lain sikit. Yang penting rasanya sebab sedap.

Mereka juga menyediakan seafood yang boleh dibakar. Pilih jea mana yang nak dan diaorang akan bakarkan. 

Sebahagian dari makanan yang disediakan untuk buffet. Sedap sangat. Mereka juga menyediakan pelbagai jenis lauk dan nasi untuk dimakan. Tapi Asyik terlupa nak snap bahagian itu. Sebab banyak sangat sampai lupa bahagian nasi dan lauk.

ABC pun ada. Macam-macam pilihan disediakan.

Aneka puding yang betul-betul membuatkan mulut tak sabar nak makan.





Pelbagai kuih muih yang ada. Makanan diaorang boleh dikatakan semuanya sedap. Tak ada pun yang tidak menyelerakan.

Kalau yang suka makanan ala-ala kampung pun ada. Bermacam jenis kerabu ada. Asyik suka betul dengan kerabu sotong itu.



Pengat Durian pun ada. Peminat durian jangan terlepas untuk makan yang ini.


Laksa Penang turut disediakan.

Pelbagai jenis sate ada. Ayam, daging, kambing semua ada.



Ini pun Asyik suka tau. Mak cakap makan ulam awet muda. hehe



Jomlah kita pergi Bijan Bar & Restaurant. Jalan-jalan cari makan pun dah pernah sampai ke sini. Jom makan laparlah pula. hehe


Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. assalamualaikum asyik....perghhh banyak lauk! terliur sheilaaa. hihi salam sahur asyikkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila.. hehe..Asyik tgk pun terliur lg..selamat bersahur..:)

      Delete
  2. Memang puas hati kan makan kat sini.... cuma bila dah ramai tu tempat nampak cam crowded je la kan.... Tak amik gambar ngan WARIS ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah mkn sampai knyg sgt2..owh WARIS ada ke?xperasan pula..dgn Jehan pun xsempat nk bergambar..segan pula nk pg tegur sbb ramai sgt org..hehe..

      Delete
  3. wah.. nampak menarik juga restoran ni lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boni pergilah try sblm raya ni..makanan dia mg sedap..;)

      Delete
  4. kita tak nak kawan asyik. asyik selalu buat kita jeles! eheheheh M:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ala Nanie..jgnlah jeles2..nanti Nanie pergi yea..:)

      Delete
  5. palin terliur desert dia! aummmmmmmmmmmmmmmm :D

    ReplyDelete
  6. ;uuuuu; bestnnya makanan semua sesodap :O

    jemput join segmen simple nie ^^
    http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/2013/06/segmen-review-by-ieyra-ghani.html

    ReplyDelete
  7. menu menarik
    berbaloi dgn rm80 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi kan..sebab mcm2 boleh makan..:)

      Delete
  8. Pehh macam2 jenis makanan ada. Kalau Aida, memang semua Aida try. Sampai senak perut makan. Hahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik pun kalau boleh nk try semua tp perut dh xboleh masuk..hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.