Thursday, April 18, 2013

Fair & Lovely "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti"

Assalamualaikum,
Fair and Lovely tak sebab update blog sangat lambat? hehe. Maaf yea kengkawan semua, Asyik agak kesuntukkan masa sekarang ini. Jadi untuk tidak mengecewakan semua Asyik dah sambung entry sebelum ini, boleh baca kat SINI. Harap dapat memuaskan hati korang semua. Entry kali ini adalah sambungan entry yang lepas iaitu tentang event yang Asyik hadiri.

Fair & Lovely "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti"
Saturday, April 13, 2013 / 10.00am - 4.30pm / The Canvas, Damansara Perdana.

Sangat banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Fair & Lovely untuk blogger jemputan. Contohnya sesi berkenalan dengan blogger popular Cik Epal. Cik Epal berkongsi tips-tips yang bagus untuk berblogging. Dari awal permulaan dia berblog sehinggalah sekarang. Sangat adorable Cik Epal.

Waktu ini sesi Cik Epal memberikan talk yang bernas berkenaan dengan dunia bloggernya. Blogger yang hadir kusyuk dan terhibur dengan keletah Cik Epal yang comel. hehe

Ice Breaking - Sesi berkenalan dengan blogger yang hadir. Setiap seorang mempunyai cerita yang sangat menarik. Dan yang bestnya setiap seorang perlu melukis untuk menceritakan tentang diri dan blog mereka. Best juga tapi nervous tau.

Asyik boleh pula lukis ntah pape jea. Buat malu jea. haha. Memang takde idea waktu pagi ini. 
Sorry guys. I am blur sikit. haha

Yang ini semua orang suka iaitu sesi bergambar bersama produk Fair & Lovely. 

Kalau tak bergambar tak bestlah nak update blog. Sebab nanti akan ada sesi untuk semua blogger meng'update' blog masing-masing secara langsung dari The Canvas.
Cik Epal and Syafiqah comel.

Another shoot for blog. Biasalah blogger memang macam ini. Waktu ini juga berlangsungnya sesi live blogging.

Update blog sekarang!

Cik Epal with her gift. Cik Epal dah nak balik sebab dia ada event lain yang perlu pergi. Terima kasih untuk tips yang bernas itu Cik Epal. Awak sangat cantik.

Mata cik epal BESARnya, mata Asyik cenonet jea nampak. huhu

Lunch untuk hari itu. Sedap sangat makanan yang disediakan kecuali ada satu potato ape ntah yang agak masin. Tapi hentam sajalah sebab lapar. Thanks for the food.

Salmon kegemaran ku. Makanlah salmon untuk kesihatan anda. Gitu.

My food!!

Sesi kedua pada hari yang bertuah tersebut adalah My Fair and Lovely DIY Facial dari Ms. Cindy. Banyak tips yang berguna dari Ms. Cindy terutama sekali untuk perempuan. Cara mencuci muka dengan betul, memakai cream dengan betul dan bermakeup dengan betul semuanya di ceritakan dengan detail. Dari tahu sikit dan ada yang tak betul caranya, sekarang dah boleh praktikkan dengan lebih baik.

Ms. Cindy tengah menunjukkan cara melukis kening dengan betul. Light to dark yea bukan dark to light. 

Sesi ketiga berkenaan dengan kesihatan dalaman. Puan Nurul adalah Senior Dietition di hospital swasta. Puan Nurul banyak berkongsi cara yang lebih sihat untuk kita makan. Katanya lebih banyak color dalam makanan kita lebih bagus. Maksudnya makanan kita itu ada sayur-sayuran, buahan-buahan, bijirin, protein dan sebagainya. Makan perlulah dalam kuantiti yang betul supaya kita tidak terjebak dengan masalah kesihatan.

Itu dia Puan Nurul yang kecil molek sedang memberikan arahan. hehe. Banyak info berguna dari dia.

Sebelum sesi main masak-masak. hehe. Best tau. Bahan-bahan sudah disediakan.

Pilih sahaja resepi mana nak buat. Semua best.

Asyik bersama dengan adik Syafiqah dalam acara memasak. Memasak lah sangat kan. Setakat potong and blend jea semua boleh buat. Janji makanan yang disediakan sihat. hehe

Dah siap satu resepi. Sedap tau smoothie kitaorang buat ini.

Salad buah-buahan. Meriah warna. Ini resepi kedua yang Asyik dan Syafiqah cuba.

Inilah hasil tangan Asyik dan Syafiqah.

Sebelum pulang masih sempat untuk bergambar. Tak bergambar memang tak seronok kalau datang event macam ini.

Mek Onie. Tak sangka Mek Onie pun ada sekali. Sebelum ini berkomen dalam blog jea tapi akhirnya dapat jumpa.

Inilah Syafiqah. Dialah yang ajak Asyik join event ini. Dan untuk Suzai juga terima kasih sebab ajak Asyik sekali.

Host of the day. Sangat peramah dan baik.

Bersama adik Erika dari blog tomato kering. Comel.

Fair and Lovely produk yang sememangnya semua orang tahu tentang kehebatannya untuk memutihkan wajah.

Blogger bersama Puan Nurul dan hasil makanan yang sihat.

Nyum nyum. Gadis Kampung Separa Bandar pun ada. Tak ku sangka orang utara juga. hehe

Alas perut lagi sebelum melangkah keluar. haha. Banyak betul makan.

Part yang ini paling best sebab dapat gift. Tak sangka pula dapat gift. Pandai diaorang sorokkan. Memang suprise habis sebab hadiah di dalam kotak tersebut sangat best.

Siap ada kad lagi. Inilah hadiah yang Asyik dapat. Necklace and Bracelet berwarna fushia yang sangat cantik. Forever21 lagi. Thank you team Fair & Lovely.


Love this so much.
.
.
.
.
.

What I'm Wearing
Theme : Pink



More Picture Click HERE
Till Next Entry
xoxoxo

10 comments:

  1. Bestnya event nieeee. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat eratkan silaturrahim sesama blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu..dpt jumpa blogger2 yg sama minat..:)

      Delete
  3. akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,gila ah..nampak akak rasa time tu jugak nak terkinja-kinja sebab macam tak caye dapat jumpa akak gak,heeeeee..... nak satu gelang tu,kehkehkeh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..jgn kata onie akk pun sama tgk onie rasa nk pg tegur terus..tp cover cun masa tuh..haha..nice to meet u..kih2..tukar jam dgn gelang ok tak?hehe

      Delete