Assalamualaikum,
Apa khabar korang semua? Sihat tak? Kalau ada yang tak sihat cepat-cepatlah pergi makan ubat atau pergi klinik yea. Jangan jadi macam Asyik tak suka makan ubat pastu biar jea sakit perut macam itu. Perut buat hal pula sejak semalam, cerry berry tak habis lagi sampai sekarang. Tersalah makan apa pun tak tahulah tapi mungkin banyak makan makanan yang pedas kot. Manja tau perut ini. Sabar jealah.
Btw Asyik nak share outfits yang Asyik pakai untuk semalam. Asyik suka baju itu sebab pertama adik Asyik yang belikan kedua sebab ada lace pada baju itu. Sekali pandang macam pakai dua lapis sekali dengan skirt pendek tapi sebenarnya tak pun. Baju itu memang begitu sejak awal lagi. hehe.
Shawl pula rasanya ada yang dah pernah tengok pada post yang lepas. Asyik sangat selesa dengan shawl ini sebab besar dan mudah nak pakai. Yang penting harga pun murah. Semalam pergi Giant Kinrara pastu adalah ternampak tudung yang memang sama dengan tudung yang Asyik pakai ini dan material pun sama cuma warna lain tapi harganya sangat mahal dari yang Asyik beli. Harganya RM39. Nak tahu Asyik beli shawl ni berapa harganya? haha. Murah sangat-sangat. Sehelai RM10 kalau beli dua RM15. Murah sangat kan. Tak sabar nak balik Penang nak beli lagi.
Lace itulah yang membuatkan Asyik terpaut nak suruh adik belanja. hehe
Look post setakat ini saja.
.
.
.
.
.
Another stories. Kalau korang nak tahu sebenarnya Asyik ini takut sikit bukan sikit tapi banyak nak drive tambahan pula kalau tempat yang banyak kereta dan jalan berserabut. haha. Nervous giler kot nak bawa kereta.
Giorgio Izas selalu jea offer suruh drive tapi Asyik selalu jea tolak. Alasan penatlah, takde mood lah, kereta banyaklah, jalan susahlah, mengantuklah dan bermacam-macam lagi alasan supaya Asyik dapat lari dari situasi itu.
Tapi semalam macam kena paksa juga bawa. Tiba-tiba
Giorgio Izas tanya nak bawa kereta tak? Bawa sampai kat rumah. Asyik dah mula bagi alasan macam-macam. Tapi Giorgio terus berhentikan kereta dan suruh Asyik bawa juga. Adoi tak boleh lari dah ini. Sebab Giorgio dah siap keluar dari kereta pun. huhu. Terpaksalah bawa juga. Memang nervous tak payah cakaplah. haha. Padahal dekat jea pun nak balik ke rumah itu.
Dalam kereta mulut bising jea. Bukan Asyik yang bising tapi En.Giorgio yang membebel. Tekan itu, tekan ini, bawa slow sikit, brek slow-slow. Arghhh. Asyik dah gelabah kot sampai brek terkejut. haha. Maaflah diatas kedaifan saya membawa kereta. Buat malu jea, kalau ada orang jalan kaki kat sebelah kereta rasanya orang yang jalan itu akan sampai dulu dari Asyik. Bila ntahlah nak berani bawa kereta sendiri. Sebab itu Asyik perlukan driver untuk menghantar Asyik kemana sahaja. Dan public transport dihatiku. haha. Tapi tak suka sebenarnya naik public transport ini sebab penat. Asyik suka duduk jadi penumpang dalam kereta jea. hihi.
Asyik cuma nak cakap terima kasih pada
Giorgio Izas sebab selalu jadi driver kemana saja Asyik nak pergi. Kadang-kadang jea dia merungut sebab banyak kerja. hehe. Tapi dia hantarkan juga. Thank you so much. Kalau
Giorgio Izas takde next mangsa ialah adik-adik Asyik. haha. Apa punya kakak lah macam ini kan. Korang semua mesti expect giler kan bawa kereta. Bestnya. huhu. Asyik nak tumpang kat sebelah boleh? kihkihkih. :p
Inilah orang yang bising-bising dalam kereta semalam masa Asyik bawa kereta. huuhhh.. Thank you sebab selalu melayan perangai yang tak pape ini. hehe.
Till Next Entry.
xoxoxo
Jangan lupa vote untuk Asyik yea. :)
*Dah tengok video tutorial Asyik? Kalau belum kena tengok walaupun sound problem. hehe. Click
SINI.