Monday, December 24, 2012

Wedding Cikgu Fira & Cikgu Nazirul (23 Dec 2012)

There is no more lovely, friendly and charming relationship, communion or company 
than a good marriage. 
~ Martin Luther ~

Assalamualaikum,
Alhamdulillah makin ramai kawan-kawan Asyik yang dah menamatkan zaman bujang mereka. Yang terbaru ialah Cikgu Fira. Kawan dari zaman diploma masa kat UiTM Sri Iskandar. Tahniah diucapkan. Semoga kekal selamanya hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. And thank you for inviting me. Kalau tidak memang tak merasala lauk pauk kenduri kamu Fira. hihi. Congratulation again. Tapi ada satu cerita yang kelakar masa kat wedding Fira ini. haha. Seriously kelakar.

Auntie/Mak Fira: Sampai juga kamu yea.

Me: Assalamualaikum, a'ah baru sampai.

Auntie/Mak Fira: Waalaikumusalam, Mak xdatang sekali ke?

Me: *Blur* (dah serba salah nak jawab apa) mmmm. Sambil salam Asyik mengangguk tak datang makcik.

Auntie/Mak Fira: Ini pun pengantin juga ini. (sambil dia menceritakan kat pakcik sebelah dia).

Me: Hanya mampu tersenyum dan dalam hati berkata 'pengantin?mak xdtg sekali?eh, ni baru 1st time aku datang, mcm mana pula dia boleh kenal mak aku'. Siap dengan ayat pengantin lagi. Saya belum kahwinla makcik. haha. (Senyum dan terus pergi makan jea). haha. Dah serba salah nak makan kat situ sebenarnya. Buat tiba-tiba ada orang lain yang datang cakap benda yang sama habislah. kih2

This is weird!. haha. Makcik saya minta maaf sebab mengiyakan jea tadi, sebab terkejut. Reaksi makcik itu sangatla membuatkan Asyik hilang kata-kata, sebab dia sangat peramah. Seolah-olah dia dah kenal Asyik sangat lama. Sapa pula lah yang pelanduk dua serupa dengan Asyik ini. Cepat tonjolkan diri kamu!..hihi Papehal pun wedding ini meriah. Tahniah.















    

    

     
Till next entry.
xoxo

2 comments: