Skip to main content

Product Review : Neesya Teknologi LumiScience Skincare

Assalamualaikum ladies,
Setiap dari kita pasti mencari produk yang mampu memberi kesegaran sentiasa kepada kulit wajah tanpa perlu memikirkan lagi masalah kulit. Dengan ini Asyik cadangkan untuk mencuba set pelembap pencerah dari NEESYA LumiScience. Ini kali kedua Asyik review tentang produk NEESYA ini, bukan nak cakap saja-saja tapi produk ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. Yang pasti produk ini memang berkesan untuk menyerikan kulit yang kusam.
Set Pelembap Pencerah mampu menyerikan kulit dalam masa 14hari sahaja.
Set pelembap pencerah ini mempunyai pencuci muka berasaskan gel, toner pencerah penyegar muka, intipati pencerah dan krim pencerah siang SPF20. 
Lumi Brightening Toner  (Toner Pencerah) - RM47.70 (100ml)
Toner yang menyegarkan ini mengandungi bahan anti-karbonilasi dan agen pencerah berasaskan ekstrak Silver Vine dan Alpha -Melight™. Memberikan perlindungan  anti-oksidan terhadap kulit. Ekstrak Hamamelis, Aloe dan Vitamin B5 menghidratkan  serta melembutkan kulit wajah.  Ianya berfungsi untuk menyediakan kulit wajah anda untuk  proses seterusnya dalam penggunaan rangkaian produk  Neesya.

Penggunaan:
1.  Gunakan selepas membersihkan muka, untuk mengimbangkan  pH kulit serta memaksimakan kadar penyerapan kulit terhadap produk lain yang akan digunakan selepas itu.
2.  Tuang toner  di atas kapas. Ratakan di atas muka dan leher dengan perlahan.
Lumi Brightening Gel Cleanser  (Pencuci Muka berasaskan Gel) - RM30.74 (100ml)
Pencuci muka berasaskan gel ini bertindak untuk membantu  menyediakan kulit untuk proses pelembapan dan pnecerahan seterusnya dengan pengunaan rangkaian Neesya yang lain. Pencuci muka ini bertindak menghapuskan sel -sel kulit yang kusam tanpa mengeringkan kulit wajah anda.

Berunsurkan formulasi Silver Vine Extract dan Alpha-Melight. Kulit kelihatan lebih cerah berseri. Ekstrak Hamamelis, Aloe serta Vitamin B5 menghidratkan serta melembutkan  kulit wajah.

Penggunaan:
1.  Picitkan gel dalam diameter lebih kurang 20 sen dan basahkan atas tangan.
2.  Urut atas muka dan leher yang lembap basah. Elakkan dari terkena mata.
3.  Bilas sehingga bersih dan keringkan dengan tuala atau tisu. Lengkapkan rutin anda dengan applikasi toner, diikuti serum dan pelembap.

Bersihkan muka anda sekurangnya 2 kali sehari –  pagi dan petang. Produk direkomen  untuk digunakan selepas menanggalkan mekap dengan pembersih susu, untuk  kulit yang segar dan bersih. 
Lumi Brightening Day Cream SPF 20 (Krim Pencerah Siang SPF20) - RM73.14 (50ml)
Produk  berunsurkan  gel-krim yang memberikan  perlindungan untuk kulit bagi mengatasi pelbagai masalah yang mungkin wujud akibat keadaan persekitaran yang kurang bersih serta tekanan  emosi yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Diformulasikan dengan ekstrak Silver Vine dan Alplha Melight, kompleks pencerah ini membantu  mengurangkan tona kulit yang tidak sekata serta menaikkan lagi seri wajah. Formula  “sunscreen broadspectrum’  berfungsi memberikan  perlindungan terhadap cahaya ultra lembayung yang mmudaratkan kulit. Asid hyaluronik, sodium latik serta ekstrak aloe pula berfungsi mengawal kadar hidrasi kulit dan memberikan kulit wajah yang lebih gebu dan lembut, serta mengurangkan kesan-kesan penuaan akibat terlalu kering.

Penggunaan:
1.  Untuk kesan yang lebih efektif, pastika kulit wajah anda di cuci bersih serta di sapu toner.
2.  Gunakan satu lapisan Illuminating Essence atau Hydrating Serum  supaya kadar  lembapan 
kulit dapat ditingkatkan di samping membantu  kulit tampak berseri.
3.  Sapukan satu lapisan Krim Pencerah Siang pada muka dan leher dengan urutan  lembut.
LumiScience Illuminating Essence (Intipati Pencerah) - RM104.94 (65ml)
Meningkatkan seri wajah dengan berkesan menggunakan teknologi Lumiscience dengan pendekatan secara 360 darjah. Kesan lutsinar wajah dikembalikan apabila kulit menjadi cerah, terhidrat  serta dilindungi kerosakan yang disebabkan kesan radikal bebas serta tekanan dari kesan pengoksidaan. Hasilnya, kuit wajah yang cerah dan sekata.

Ekstrak Silver Vine membantu mengurangkan kesan karbonilasi protin dan meningkatkan kesan lutsinar kulit wajah. Kandungan Alpha Melight pula membantu mencegah bintik hitam, serta memberikan kesan kilauan pada kulit wajah.

Kompleks semulajadi seperti tembikai, epal dan ekstrak lentil membantu meningkatkan kadar lembapan dan hidrasi kulit dengan mengembalikan semula keadaan sel yang sentiasa lembabp dan penuh dengan kompleks pelembapan.

Penggunaan:
1.  Gunakan dua kali s ehari untuk mengembalikan seri wajah anda dari segala petanda kulit yang tidak sihat, kering serta tidal sekata.
2.  Protin yis yang dihasilkan melalui kaedah bio-teknologi serta dicampur dengan mineral berlian dan mother  of pearl, membantu  melicinkan kulit serta membolehkan  kulit yang lebih sinar berseri.
3.  Disapukan pada wajah sekurangnya dua kali sehari. Kulit yang letih dan tidak bermaya serta dengan tona yang tidak sekata akan bertukar  menjadi lebih terhidrat  dan kembali berseri.
NEESYA LumiScience produk skincare yang berkesan dengan harga yang berpatutan. RM169 untuk satu set. Jom dapatkan segera.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Pika pernah try essence dia. Nice je buat kulit lembab..

    ReplyDelete
  2. wow.. mcm bagus ek.. sbb e'in tak penah tukar pakai safi balqis dr dulu..

    ReplyDelete
  3. menarik ni...rietta tgh cr product bru sebebnarnya, sbb yang tgh gna skank, org kata byk mercuri...bleh la try neesya ni...thanks asyik....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.