Skip to main content

Beauty Review : Red Porcelain by Color Sensational Lipstick

Assalamualaikum,
Merah ialah satu warna yang sangat garang dan berani. Tak semua berani nak cuba warna ini. Tapi Asyik cukup suka pakai warna-warna yang bright atau warna panas ini. Boleh nampak keyakinan di situ walaupun sebenarnya dalam hati penuh rama-rama. hehe. Kali ini Asyik nak review tentang lipstick dari Maybelline. Asyik beli lipstick ini satu set dengan nail polish. Nail polish belum cuba lagi sebab terlupa nak beli nail polish remover. But both in red color. Asyik suka Red Porcelain Lipstick by Maybelline ini sebab texture dia creamy dan sangat lembut bila disapu. Sekali sapu dah cukup terang dan nampak cantik. And Red Porceline boleh beri bibir nampak berkilat seperti pakai lip gloss. Very sexy and brave.
RP41 Red Porcelain
Crisper color from pure pigments. Creamier feel from nourishing honey nectar. Lipcolor so rich, so stunning…it’s sensational.
    
See the different before and after wearing this Red Porcelain. :)
Rated : 5/5
Price for both product : RM32.++
Where to buy : Watson, Guardian and any cosmetic shop.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Sheikha Hub Media Launches to Support Islamic Fashion Online Entrepreneurs

Assalamualaikum, Last weekend on 29 June 2013 Asyik telah diberi peluang untuk menghadiri event yang sangat eksklusif. Terima kasih pada Innanie kerana mewakilkan Asyik untuk menggantikan dia yang tak dapat hadir kerana ada aktiviti yang lain. Rasa sangat seronok dapat menghadiri event yang begitu elegen dan penuh dengan fashionista. Venue: The Boulevard, Publika Date: 29 & 30 June 2013 (Saturday & Sunday) Time: 10 am – 9 pm ACTIVITIES Model Search Final Fashion Shows Performances Hijab Styling VENDORS Muslimah Clothing and Accessories, Skin Care & Beauty Products, Islamic Art. SheikhaHub is a platform to assist entrepreneurs dedicated to the development of Islamic fashion via on ground activities (fashion shows, bazaar, networking sessions) and online assistance (directory, tips).  Under the guidance of leading international designers in the likes of Fatma Ghanem of Qatar , Zeina of Palestyle Dubai , Farrah Adeeba of Malaysia ...