Skip to main content

Flashmob Hijabista at Karnival Karangkraf 2014

Assalamualaikum,
Bertemakan Safari Karnival Karangkraf 2014 telah berlangsung dengan meriahnya pada 7,8,9 Feb 2014. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik pengujung datang ke booth masing-masing. Termasuklah booth Hijabista Magazine yang menampilkan idea yang unik dengan menjemput hijabis untuk melakukan flashmob disekitar karnival bagi mempromosikan Hijabista booth. Asyik dijemput untuk menyertai team Hijabista kali ini. Terima kasih Fana pujuk akak join sekali. ha3. Next time kita buat lagi aktiviti macam ini yea. Hijabista crew memang terbaik. Seronok dapat bekerjasama dengan diaorang semua.

Dengan sepanduk Cover Hijabista kami bersedia untuk memulakan tugas.
Booth yang bersebelahan dengan Hijabista ialah booth Media Hiburan. Kat situ paling ramai artis datang.
Booth Remaja antara booth yang meriah disitu. Ramai juga artis yang datang. Kitaorang pun bertengeklah untuk memeriahkan lagi booth Remaja.
Antara orang kuat Hijabista. Hana stylist hijabista dan Suzi editor pengurusan Hijabista.
Wak Doyok pun ada mewakili booth The Garment Movement dan penyanyi 'Cinta Sesungguhnya' Sabhi Sadhi pun ada. Sedap lagu dia.
Ada Hijabis tambahan pada gambar diatas itu. he3..Ini pada hari kedua Karnival Karangkraf cuma gambar rakan-rakan Asyik dengan Soo Wincci dan Brian itu pada hari ketiga.
Pemenang Masterchef All Star Chef Zamir pun turut serta di karnival karangkraf ini. Karl Shafek bersama dengan Wak Doyok di booth The Garment Movement.
Mak Asyik pun datang support sekali. Nak sangat dia bergambar dengan Adira itu. Yang sebelah kanan itu nama dia Fatah, kalau siapa yang follow drama 'Playboy itu Suami Aku' mesti kenal dia. 
Hiasan yang cantik ini dari booth Majalah Pengantin. Bukan sekadar hiasan tapi boleh ambil dan makan jea. Free setiap masa.
Hijabista Team thank you so much for this opportunity. Memang seronok dapat kenal dengan rakan baru.
Flashmob Hijabista selesai dengan meriahnya. Next time mungkin boleh bekerjasama lagi.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Hehehe. Next time kita berpanas terik dibawah pancaran matahari sampai kulit terbakor lagi k. Tapi pengalaman ni takkan dpt dilupakan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun panas tapi seronok dapat jumpa kawan-kawan lain..:)

      Delete
  2. salam....bestnya dapat jumpa ramai kawan....nak tanya kat mana asyik beli baju sbb semua lawa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam eika..merata tmpt beli eika..janji berpatutan dgn kualiti dan harga..hehe..selalunya kt aeon sbrg perai atau kt kl jer..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...