Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Featured Hijabista Magazine October 2013

Assalamualaikum, Cuma nak berkongsi satu lagi keluaran majalah hijabista yang ada terselit gambar cenonet Asyik. hehe. Untuk ruangan Adam VS Hawa keluaran Oktober 2013.  Cover oleh Raja Nadia Sabrina dan Fatin Suhana. Dua-dua gorgeous. Isunya beg genggam atau 'Oversized'. Mana yang jadi pilihan korang semua? Asyik suka beg oversized, boleh sumbat semua barang dalam itu sampai patah bahu. ha3. over tau. Dua-dua ada pro and cons nya. Jadi buatlah pilihan yang bijak. Till Next Entry. xoxoxo

Shooting Telemovie 'Kisah Sebenar Bibah'

Assalamualaikum, Selamat pagi untuk semua yang bekerja dan masih tidur di rumah. Asyik nak berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman Asyik menyertai salah satu telemovie yang akan disiarkan pada penghujung tahun ini di TV9. Kalau ada yang follow Asyik di facebook dan Instagram mungkin dah tahu tentang hal ini. Tapi untuk mereka yang belum tahu, disini Asyik nak berkongsi serba sedikit tentang pengalaman menarik bershooting bersama Kash Pictures. Bagaimana dapat join telemovie ini ialah bila kawan kepada Giorgio Izas yang bekerja di situ ingin menjemput blogger untuk turut serta dalam telemovie tersebut sebagai extra casting. Bukan free tapi dibayar. Berbaloilah juga unutk sehari bayarannya. Dapat pula berlakon bersama Pekin Ibrahin, Siti Saleha dan Tengku Nurhanis. Bila bertemu dengan artis ini kadang-kadang kita takut juga nak tegur sebab masing-masing ada sikap tersendiri yang kadang-kadang buat kita kurang selesa. Tapi bila berborak dengan Pekin Ibrahim, alahai dah macam k

Nuffnang Food Fest 2013

Assalamualaikum, Siapa kat sini yang pergi Nuffnang Food Fest tempoh hari? Banyak tak korang makan? Mesti bersepah tweet yang korang buat kan. Asyik pun sempat juga pergi. Kenyang betul dapat merasa macam-macam jenis makanan. Paling banyak minum air sebenarnya. Siapa yang tak dapat pergi itu memang rugilah. Thank you Nuffnang dan ChurpChurp untuk aktiviti yang sangat menarik ini. Idea yang sangat bernas untuk mempromosikan produk. #NNFoodFest Nak minum air dari Chatime kena bergambar dan upload dalam Instagram. hehe. Senang jer. Meet my blogger friend Miss Suzai . Asyik sebenarnya mascot kedua untuk maggi. haha. Percaya? Kebetulan pula warna baju sama dengan maggi. Rasa macam taknak dekat langsung dengan khemah Maggi ini. Tapi apakan daya ramai yang suka bebenor makan maggi. *Pasrah Dapat makan Durian Puff yang sedap. Sedap sangat Cheese Cake ini. Dari humblebeginnings.com.my Ice Cream sedap dari New Zealand Natural. Giorgio Izas the gadge

Longkai

Assalamualaikum, Pada 7 Oktober 2013 yang lalu Asyik berpeluang untuk menghadiri satu lagi pra-tonton filem terbaru dari MIG iaitu LONGKAI bertempat di e@curve Cineleisure.  Longkai mengisahkan tentang geng-geng longkai (pemandu towtruck) yang sering berebut untuk mendapatkan mangsa di jalanraya. Eddie (Niezam Zaidi) dan Bada (Faizal Hussein) merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita yang berjiwa kental dan lasak. Dalam diam sebenarnya Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan oleh Rima terhadapnya. Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) merupakan musuh kepada Eddie dan Bada sejak dahulu lagi akibat perebutan perniagaan longkai mereka. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana menjalinkan hubungan cinta dalam diam bersama Eddie. Zar