Skip to main content

Majlis Tayangan Perdana Filem 'Bencinta'

Assalamualaikum,
Bercinta atau Bencinta? Dua perkataan yang maksudnya berbeza. Bercinta ialah kita sedang menyintai seseorang. Bencinta pula ialah benci dan cinta. Perkataan baru dari filem keluaran Metrowealth. Filem yang sememangnya menghidangkan jalan cerita yang sangat kuat dan mesej yang sangat berguna kepada semua. Salah sebuah filem melayu yang boleh dikatakan berada pada tahap yang terbaik. Tahniah Metrowealth dan Eyra Rahman.

Filem ini mengisahkan tentang Farid Kamil dan Nora Danish yang berkahwin dan mempunyai seorang anak. Selepas 5 tahun berkahwin farid kamil tiba-tiba berubah dan menjadi seorang lelaki yang sangat jahat dan suka memukul perempuan. Sudah semestinya isterinya menjadi mangsa keganasan beliau. Dari situ pelbagai konflik berlaku dan untuk menghadapi keganasan yang berlaku pada diri Nora Danish iaitu isteri Farid Kamil dalam filem tersebut Nora telah mengambil keputusan untuk belajar cara untuk mempertahankan diri. Banyak aksi menarik yang dipaparkan. Korang kena tengok sendiri di pawagam nanti. 

Jangan lupa saksikan filem Bencinta hari ini iaitu 26 September 2013 di pawagam yang terdekat. Tak rugi tengok filem ini sebab memang terbaik.









Asyik dijemput sebagai media blogger untuk menyaksikan filem ini sebelum ditayangkan di pawagam.

Me and Yana Yassin.

Nora Danish and Giorgio Izas.

Me and David Teoh. Terbaiklah David Teoh ini.

Me and Farid Kamil. Gambar terus tak clear. Yang snap gambar ini terkejut ke tengok Farid Kamil. hehe

Sebelum tayangan bermula. Spotted anyone you know? haha. ada saja .

Seat couple ok untuk media. best sangat. Siap ada popcorn dengan air lagi. Pakej. hehe
Jangan lupa saksikan filem 'Bencinta' yang terbaik ini.

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. Nampaknya Kak Asyik bukan je pergi preview filem Becinta,
    tapi juga "bercinta" hahahahahha.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak kenal sape budak tu tp dia yg jd anak nora danish dan farid kamil dlm filem bencinta..:)

      Delete
  3. Haaa, ini lah org yang bising dalam panggung tue eh, hahahhaha.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum asyik. bestnya selalu asyik pergi review filem. best ekkk? nanti nak ajak suami tengok cerita ni, insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, best2 sgt2 dpt join..citer ni pun best..jgn lupa pg tgk tau..:)

      Delete
  5. Salam Si cantik... tq sudi singgah blog Nurul..

    GA tak batal.. tadi baru contact Jess.. ingat GA tu dah x jalan.. rupenye masih on lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,
      itulah terkejut juga sbb nurul ckp batal tapi Asyik dh hantar senarai nama aritu..:)

      Delete
  6. Moral of the story...Jangan Tony Ja kan suami anda... He3...
    Cerita yg menarik n best... kena plak nonton ngan Cik Asyik... He3 (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tahu takut kena Tony Ja dgn bini..kh2..
      best cter ni kan..:)

      Delete
  7. Wahh..bestnya.. Comellah budak kecik yang berlakon tu.. :)

    ReplyDelete
  8. hamboihhh dengan dia dia sekali bercinta :P

    ReplyDelete
  9. macam ala-ala cerita Tough JLO tu je! :)

    ReplyDelete
  10. Nora Danish berguru ngan Tony Ja... (^_^)

    ReplyDelete
  11. Salam, kalau rajinfollow blk tau:) www.withlovekisses.blogspot. com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatu...

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se...

Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Maiburogu - 10 pemenang akan menerima hamper bernilai RM50

Assalamualaikum, Berbaju Melayu dan juga kebaya, Kurung moden pun ada juga, Hari raya disambut dengan gembira, Kulit cerah berseri bertambah ceria. Bagus tak pantun Asyik buat itu? Bolehlah kan walaupun ada yang tak berapa nak sesuai. hehe. Tapi isi yang nak disampaikan tersangatlah bermakna untuk semua. Kalau tak baca rugi sampai bila-bila. Cewahhh. Pasti semua dah siap dengan berhelai-helai baju raya kan. Siap ikut trend semasa lagi. Asyik baru ada sehelai baju. Last minute baru nak shopping sehelai lagi baju raya. Beli banyak-banyak pun bukan nak keluar ke mana sangat sebab balik kampung jea pun.  Tapi bab kecantikan Asyik dari awal lagi dah bersedia. Supaya raya nanti muka nampak cerah berseri. Dengan adanya produk Fair & Lovely Asyik memang tak perlu risau lagi sebab memang kulit akan cerah dan berseri bila menjelang hari raya. Memang Asyik sesuai dengan produk Fair & Lovely. Selesa bila pakai dan tak berminyak bila kena pada kulit muka Asyik. Pe...