Thursday, June 25, 2015

Product Review : Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum,
Tahap kepanasan di Malaysia sekarang nampaknya semakin meningkat dan setiap hari boleh dikatakan panas dan kadang-kadang cuaca tak menentu. Asyik baru jea pulih dari demam, batuk dan selesema, pakej semua. Suami Asyik pun demam dan sakit tekak. Nak dijadikan cerita kitaorang pergilah ambil ubat kat klinik swasta untuk ubat demam dan sakit tekak. 

Selang beberapa hari suami Asyik tiba-tiba di badan dia naik ruam merah-merah. Mula-mula ingatkan sebab cuaca panas sangat jadi macam itu tapi makin lama makin teruk dan siap naik putih-putih macam jerawat. Boleh dikatakan dari paras dada sampai ke leher merebak. 

Pergi jumpa sekali lagi doktor yang sama dan dia cakap alergik ubat yang dia bagi. Sebelum ini memang tak pernah tahu pun ada alergik pada ubat dan doktor pun bagi ubat yang lain pula. Pakailah ubat yang itu pula tapi masih juga tak hilang malah makin bertambah adalah. Kesian tau tengok suami sendiri sakit.

Asyik pun sarankan suami untuk cuba Ephyra Skin Bar mana tahu berkesan kan sebab dah cuba banyak sabun yang kononnya boleh hilangkan masalah jerawat atau alergik pada badan ini tapi tak juga hilang. Asyik bagi guna sebab Asyik dapat tahu yang produk ini sesuai digunakan untuk badan juga selain dari muka kita.

Kalau korang tengok gambar kat bawah ini korang mesti geli juga sebab memang teruk. Asyik ambil gambar dibahagian leher sahaja itu, kalau tengok bahagian dada dan belakang badan lagi teruk. Hilang semangat juga suami Asyik lepas kena penyakit ini.

Alhamdulillah lepas cuba Ephyra Skin Bar memang nampak ketara sangat perubahannya. Setiap hari Asyik akan tengok ada perubahan atau tidak pada badan dia. Boleh dikatakan memang menjadilah produk ini. Sampai sekarang dia gunakan setiap kali mandi dan memang pakai untuk cuci muka juga.
Di bahagian kiri kanan leher dan badan penuh dengan masalah alergik ini. Ini hari pertama menggunakan Ephyra Skin Bar. Siap ada yang berair.
Untuk hari kedua dan ketiga alhamdulilah nampak semakin mengecut semuanya dan semakin kering.
Hari keempat dan kelima kesan alergik itu semakin pudar. Perubahan yang sangat drastik dapat tengok disini.
Hari keenam parut semakin menghilang dan pudar malah kulit kembali bebas dari masalah cuma dikawasan dada dan bahu masih ada kesan parut disebabkan bahagian situ lebih banyak alergiknya. Tapi perubahan ini memang telah mengembalikan semangat dan keceriaan pada diri suami Asyik. Terima kasih banyak Ephyra. Memang Asyik pun suka dan pakai untuk muka sendiri.
Sebelum penggunaan Ephyra Skin Bar muka nampak tak berseri langsung lepas pakai nampak kulit makin putih dan berserilah. Nampak kan perbezaannya. Suka sangat-sangat.
Ephyra Skin Bar memang tak ada pun bau bahan kimia atau bau ubat. Itu yang suka nak pakai selalu.
EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. 
Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!
Ia diformulasi dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan dan ia selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.

Ephyra Skin Bar
- Melembapkan kulit wajah
- Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
- Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
- Merawat kulit berjerawat
- Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
- Menghilangkan 'backheads' di muka
- Boleh menghilangkan bau badan
- Sesuai untuk keseluruhan badan
Harga pun sangat berpatutan hanya RM39.00 dan mempunyai kelulusan dari KKM.
Testimoni dari pengguna yang lain membuktikan yang Ephyra Skin Bar memang bagus.
Di samping itu Ephyra ada buat contest tau. Mudah jer. Ambil gambar sebelum dan selepas dengan Ephyra Skin Bar dan postkan di dalam instagram anda dan kemudian gunakan tag @ephyraskin dan #ephyraskinbarpilihanku bagi melayakkan anda menyertai Contest Selfie Sebelum & Selepas Ephyra Skin Bar. Penyertaan yang terbaik akan dinilai melalui kreativiti gambar, caption pengaman “ Ephyra Skin Bar Pilihanku kerana....”  Anda berpeluang menang iPhone 6 tau. Jom kita memeriahkan instagram kita.  

Untuk maklumat lanjut : 
Instagram :

Website :
www.oceanlife2u.com 

Facebook :
https://www.facebook.com/oceanlife2u?fref=ts

Till Next Entry.
Love, Asyik.

No comments:

Post a Comment