Skip to main content

Muka Surat Cinta - Review Filem

Assalamualaikum,
Bersesuaian dengan prinsip "Bintang Di Cipta Bukan Di Lahirkan" dari MIG, Muka Surat Cinta membariskan muka-muka baru sebagai peneraju utama seperti Nina Iskandar, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Mikael Andre dan Afiera Riana. Memantapkan lagi barisan artis yang menerajui filem ini adalah artis yang berpengalaman seperti Hilal Azman, Lan Zailan dan Ramah Harun. Filem arahan Pierre Andre ini secara tidak langsung menggabungkan artis dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. Lokasi pengambaran adalah sekitar Lembah Klang dan Selangor.


Sinopsis
Mengisahkan tentang pencarian Putra (Mikail Andre) seorang pensyarah penulisan di sebuah kolej terpaksa mengahwini Luna (Nina Iskandar), atas kehendak ibu bapanya. Kehidupan rumah tangga Putra dan Luna tiada kemesraan. Pelbagai usaha yang dilakukan Luna untuk menarik perhatian Putra namun gagal. Di kolej, Putra sering diganggu oleh seorang pelajar perempuan, Nurul (Atikah Suhaime. Nurul merupakan pelajarnya dan menyukai Putra. Nurul mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian Putra tapi gagal.

Suatu ketika dahulu, Putra pernah menulis sebuah novel yang menjadi ikutan semua pembaca. Setelah berkahwin dengan Luna, Putra tidak lagi menulis seperti biasa kerana dia merasakan hidupnya terumbang ambing. Suatu hari, Putra bertemu kembali sahabat lamanya Issac (Awan Kombos). Issac menasihati Putra supaya mencari kembali perasaan melalui penulisannya. Satu hari, Putra tertarik dengan sebuah novel berjudul Mencari Cinta dan membelinya di sebuah kedai terpakai. Pembacaan Putra terganggu apabila melihat nota-nota yang diconteng di setiap muka surat di dalam novel tersebut yang mana ditulis oleh pemilik sebelum ini. Namun lama-kelamaan, Putra jatuh cinta dengan komen yang tulus di setiap muka surat tersebut dan tanpa disedari Puta jatuh cinta dengan penulis tersebut.

Putra nekad mahu menghidupkan kembali jiwanya dengan mencari siapakah penulis nota-nota cinta di dalam novel tersebut. Dia mengembara ke sebuah kampung di mana asalnya novel tersebut sebelum dijual ke kedai buku terpakai. Setiap perjalanan Putra menemui permasalahan yang melibatkan orang lain. Putra menolong menyelesaikan masalah mereka dan akhirnya Putra sedar bahawa hidup ini bukannya senang.

Akhir sekali, Putra berjaya menemui rumah milik gadis impiannya namun belum sempat Putra melangkah menuju ke arahnya, Luna menghubungi Putra. Adakah Luna masih mengharapkan cinta dari Putra? Adakah Putra memilih perempuan yang dicari atau Nurul, pelajar kolejnya itu? Saksikan Muka Surat Cinta di pawagam pada 16 Januari 2014.
Untuk filem ini Asyik cuma boleh bagi 3/5 bintang. Siapa peminat filem romantik dan sastera mungkin akan meminati filem genre ini. Selamat menonton.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Assalamualaikum asyik. dah tengok ek preview cerita ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dh tgk waktu pratonton aritu. . Nanti asyik share gambar.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.