Thursday, November 28, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum,
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja.

Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon tersebut adalah Zalif Sidek, Mikail Andre dan Epy Kodiang yang turut sama membantu dalam menjayakan filem arahan Pierre Andre ini. (SOURCE)


Sinopsis

Dadu (Shahrol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai halatuju dalam hidup, seringkali dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro) kawan baik kepada Dadu seorang penganggur dan hanya mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupannya. Sehinggalah Dadu dan Muiz menemui jalan buntu kerana tiada duit, dan perkara itu telah menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah kerana tidak mampu menjelaskan bayaran sewa rumah yang semakin tertunggak.

Kemunculan Hamzah (Along Eyzendy) sepupu kepada Dadu secara tiba-tiba sedikit sebanyak telah membuka hati Dadu dan Muiz untuk kembali ke jalan ALLAH. Hamzah turut memberi Dadu dan Muiz menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI). Mereka semakin teruja dan terus meminati Ustaz Azhar Idrus.

Dadu dan Muiz merancang untuk menonton ceramah UAI secara langsung. Maka bermulalah perjalanan mereka ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Sepanjang perjalanan itu, mereka sentiasa diuji dengan pelbagai musibah dan dugaan. Sehinggalah Dadu dan Muiz ditahan oleh polis sebanyak dua kali di atas sebab yang berbeza dan terperangkap dalam faktor keadaan.

Kenapakah Dadu dan Muiz ditangkap? Apakah Ujian yang telah mereka lalui? Adakah usaha mereka untuk berjumpa Ustaz Azhar Idrus berhasil? Jom beramai-ramai saksikan filem yang bermanfaat ini sekarang. 4 bintang untuk filem ini. Terbaik.


Sepanjang Pra-Tonton Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang


Para pelakon Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.


Media always dapat kerusi yang best.


Akim AF pun ada juga.



Till Next Entry.
xoxoxo

12 comments:

  1. Mmg rietta pown ada cdg nk tgk nnti....bca entry asyik, lg bersemangat nk tgk...suka larr bju asyik tu..sweet...

    ReplyDelete
  2. wahh.. kite x sempat lagi nak tgok. kena tgok ni..

    ReplyDelete
  3. Cerita Komedi berunsur nasihat yg patut dilihat... Thumbs Up (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..filem komedi dakwah yg terbaik..:)

      Delete
  4. mmg akak tak sempat tengok... bz ngan program... huhu... terima kasih sudi berkunjung ke blog akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tgk kt astro fisrt jer akk..hehe..same2..:)

      Delete
  5. Salaam.. Hi Asyik ^_^v
    minat sgt dgn Shiro : ) kena tgk ni

    ReplyDelete