Sunday, September 1, 2013

Featured Hijabista Magazine September 2013

Assalamualaikum,
Selamat hari kemerdekaan yang ke-56 untuk semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita akan sentiasa aman dan kadar jenayah akan semakin berkurang. Risau tengok jenayah yang semakin hari semakin menakutkan. Di hari minggu ini gunakan dengan sebaiknya. Macam Asyik sekarang masa itu seperti emas yang sangat susah nak dapat. Sebab dah mula kerja dan memang agak sibuk. Tempat kerja pula agak jauh dari rumah jadi terpaksalah gerak awal dari rumah. Itu pun kadang-kadang terlewat juga sampai. Sabar jealah.

 Tengah mencari rumah sewa di kawasan berhampiran tapi susah betul nak dapat. huhu. Takpelah lupakan sekejap hal itu. Sekarang Asyik nak kongsi tentang gambar Asyik yang keluar lagi dalam majalah Hijabista Magazine. Yang ini untuk bulan September 2013. Ada yang dah beli ke? Kalau dah beli baguslah. Untuk yang berminat dengan fesyen jea selalu akan beli majalah fesyen. Kalau tak minat tanya majalah fesyen apa pun tak tahu. hehe.

Cover hadapan majalah ialah Puteri Sarah.

Ruangan Lensa.

Tadaaa.. Gambar ini di ambil di Publika sewaktu pelancaran Sheikha Hub Portal. Terima kasih Hijabista kerana selalu baik hati dengan Asyik. hehe

Till Next Entry
xoxoxo

**Mesti ramai yang tak sabar nak tahu siapa pemenang giveaway yang Asyik buat kan. Sabar yea. Selepas entry ini Asyik umumkan siapa pemenangnya.

12 comments:

  1. wahhh.. congrats asyik.. muka dia selalu masuk majalah :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya! antra impian sab untuk feature dlm majalah.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sab pun boleh kalau nak..senang jer..hehe..:)

      Delete
  3. Tahniah asyik...esok nk p cr larr hijabista kt library...nk tgk picta asyik....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kenalah slalu tgk page2 yg tertentu..terutama sekali majalah..;)

      Delete