Saturday, August 3, 2013

Majlis Pra-Tonton Filem Adnan Sempit 3

Assalamualaikum,
Mesti ramai peminat setia filem Adnan Sempit. Asyik bukanlah peminat setia sangat tapi tengoklah juga filem ini. Cuma bila diberi peluang untuk pergi tonton tayangan perdana filem Adnan Sempit 3 rasa sangat bertuah sebab dapat berkenal-kenal dengan para pelakon yang ada. Bukan Asyik nak puji ke apa tapi Adnan Sempit 3 ini memang sangat kelakar dari yang sebelum ini. Jalan cerita dia lagi menarik dari Adnan Sempit 1 dan 2. Tak kering gusi jugalah bila tengok haritu. Nanti Asyik buat review untuk Adnan Sempit 3 yea.

Majlis pra-tonton di buat di TGV Sunway Pyramid. Pihak MIG sangat berbaik hati sebab menyediakan goodie bag yang penuh dengan makanan dari MAMEE. Disamping itu kitaorang juga dapat berbuka puasa bersama dengan pelakon utama filem tersebut di SHOGUN Sunway Pyramid. Sebuah restoran jepun. Yang ini pun Asyik akan buat review juga. Saja nak buat korang terliur. hehe. Jom tengok gambar sepanjang majlis tersebut.

Sebelum filem bermula sesi bergambar turut diadakan.

Meja pendaftaran untuk yang hadir. Berterima kasih sangat kepada Nadia sebab bagi tiket untuk datang ke majlis pra-tonton ini.

Asyik bersama pelakon utama sudah semestinya Shaheizy Sam. Nasib baik tak sombong.

Yana Samsudin lagilah peramah orangnya. Walaupun agak terkejar-kejar tapi sempatlah dia melayan peminat. Dah macam barbie doll pula tengok dia.

Pelakon baru Shima Anuar memegang watak Nadia dalam filem ini.



Amir I'm sorry pun ada juga. hehe. Kecik pula dia ini. Terasa besar Asyik disitu.


Bersama Mejar Kehormat David Teoh. Sama jea macam korang tengok dalam tv itu. Memang macam itulah dia in real nya. hehe. kelakar dengan pantun-pantun dia.


Bersama Zila isteri kepada Along Raja Lawak dan anaknya Daniel yang comellah teramat. Tengah buat peace tu cuba tengok jari dia. hehe

Blogger Nisa Kay sapa tak kenal kan.

Asyik dengan peneman pada hari itu adik Fana. Picture credit to Fana.

Bergambar sakan dengan Nisa Kay. Ini Asyik ambil dari blog Nisa Kay sebab gambar ini takde dalam kamera Asyik. Antara blogger yang hadir pada hari itu.

Yana Yassin dan Pen Merah pun ada sekali.

Inilah goodie bag dari MAMEE. Stok makanan yang memang banyak. Sebenarnya ada lagi 3 mister potato itu tapi Asyik dah bagi kat orang lain sebab banyak sangat. Tak mampu nak habiskan semuanya. Itulah serba sedikit tentang Majlis Pra-tonton Adnan Sempit 3. Tunggu review filem ini dari Asyik yea.

Till Next Entry.
xoxoxo

24 comments:

  1. Memang best adnan sempit 3 niee,... antara yang ok lah dari MIG . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..Asyik pun suka tgk..gelak melampau haritu..:)

      Delete
    2. kak yana tak ajak kita pun, sob3

      seronoknye tengok korang bergambar
      sakan ye

      Delete
    3. hehe..nk bergmbr sekali ke?kih2..

      Delete
  2. wahhh!! best2...yana samsudin comel sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pika, yana tu mmg comel giler..masa bergambar dh mcm patung tgk dia..hehe

      Delete
  3. comelnyer anak zilaa...pandai bergaya pulak tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah akk, pandai dia bergaya..siap pandai beramah mesra dgn org lain pula tu..tak takut lngsung bila org nk main2 dgn da..hehe

      Delete
  4. wah.. adnan sempit 3.. mesti best :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya asyik dpt pegi, lg best dpt jmpa sam ngan yana! Jeles huhu..!

    Cite adnan sempit ni kita mmg x tinggal tgk, x saba nak tgk yg ke3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok dpt jumpa diaorg..nasib baik xsombong tau..
      nanti tgk yea..:)

      Delete
  6. Pehh seronoknyaaa! Hihi~ Adnan Sempit memang kelakar kot. Tak sabar nak tengok movie ni! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kali ini memang kelakar sgt2..kena tgk..:)

      Delete
  7. Assalamualaikum asyik, bestnya dapat jumpa blogger + pelakon. heee insyallah nak tengok ni masa raya kaanggg hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Sheila..kena tgk tau..:)

      Delete
  8. cantik baju melayu shaheizy sam tu.. menyerlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAM PAKAI APA PUN MENYERLAH GITU..HEHE

      Delete
  9. Seronoknye die bposing dgn para retisss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mmg seronok sbb bkn selalu dpt jumpa kan..;)

      Delete
  10. wah. banyaknya dapat jajan. nak sikit boleh. tak minat sgt tgk cite adnan sempit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jajan byk dpt tp bg kt org lain jer sbb kurang suka mkn jajan..hehe..citer adnan sempit 3 ni bestlah juga dr yg dulu2..:)

      Delete