Thursday, April 25, 2013

Press Conference Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara

Assalamualaikum,
Kisah Chenta ini berlaku pada 8 tahun lepas dimana Asyik dan si dia berjumpa di...... hehe.. sambungan tunggu lepas kahwin. Sekarang kisah Chenta Cornetto Uda dan Dara yang akan bersiaran pada 1 May 2013 di Astro 104. Asyik dah tengok trailers drama ini. Boleh tahan menarik juga. 

Untuk remaja yang mahukan kelainan dalam drama bolehlah tengok drama ini nanti. Sangat bersemangat untuk mencapai cita-cita masing-masing. Kisah yang banyak memberi pengajaran untuk kita dalam menempuhi kehidupan harian sebelum dapat mencapai kejayaan dalam hidup. Jangan lupa untuk saksikannya nanti. 

Pada 23 April 2013 yang lepas Asyik diberi kesempatan untuk menghadiri Press Conference untuk drama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara. Bertempat di The Bee, Publika , Solaris Dutamas. Antara artis yang terlibat adalah Dafi dan ChaCha Maembong. 

Ramai talent baru yang astro perkenalkan dalam drama ini. Walaupun baru tapi semuanya sangat berbakat. Bukan saja dalam lakonan malah tarian, nyanyian dan sebagainya. Untuk itu jangan terlepas untuk menyaksikan drama ini pada 1 May 2013 di Astro Ria 104, 9.00pm - 9.30pm every Wednesday. Jom kita tengok aktiviti di Press Conference tersebut.

Sebelum Asyik masuk ke The Bee. Daftar dan lepak dulu kat luar.

Table for Media dan Blogger.

Tentatif program untuk hari tersebut.


Props yang disediakan untuk bergambar.

Asyik dah mula bergambar dengan props dah. Cannot wait ok sebab macam-macam props ada tapi yang ini paling Asyik suka.

Alam Wakaka pun ada bersama kumpulan Flow Fever.

Orang kuat Astro dan para pelakon.

Bergambar sambil makan aiskrim Cornetto. Yummyy..

Yeahhh..Press Conference bermula. Macam-macam soalan yang panas ditujukan kepada mereka.

Alif Hadi sbg Fariq dan Anwar Mokles sbg Ilham.

Para pelakon Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara. Dafi sbg Zain dan Chacha Maembong sbg Aisha. Dan yang pakai dress pendek warna purple itu nama dia Syafiqah berlakon sbg Sofea.

Asyik dan Giorgio Izas with our big Cornetto of the day. Kalau betul ada aiskrim besar itu memang penat nak habiskan.

Foods of the day. Sedap sangat. Yang penting kenyang. Makan bersama aiskrim Cornetto perisa Strawberry.

Yes Asyik again bersama Cornetto yang besar perisa Vanilla.

Bersama director Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara, Prem Anand Pillai. 

Bersama Jen Shukri atau dalam drama itu namanya Khairina.

Shaq host of the day dan Alif Hadi atau Fariq dalam drama tersebut. Muka diaorang ini samalah.

Dapat bergambar dan gambar sekali. Terus di'print' kat sana. Bestkan. Bersama Syafiqah blogger.

Dapat gift yang memang Asyik tak sangka akan dapat. Banyak betul aiskrim yang diberi. Semua perisa ada. Yang paling cute dapat bantal love Cornetto.

video
Kat sini Asyik ada rakam video persembahan dari kumpulan Flow Fever masa kat sana. Bolehlah korang tengok. Maaf kalau gambar kurang memuaskan. Biasalah pencahayaan tak cukup.
Hope korang enjoy.

Till Next Entry.
xoxoxo

10 comments:

  1. wah sampai ke sini asyik ek... ^_^...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dulu selalu pg publika tu..ni ada event bru pg balik..:)

      Delete
  2. Makin serius dlm berblog yea?... Bagus2... Smoga Sukses (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Yup, rezeki..In Shaa Allah.. you too ok..:)

      Delete
  3. woah....bestnye..mesti dapat byk giler goodies kan =)

    ReplyDelete
  4. Enjoynyaaaa b9leh join event cam ni ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..best juga dpt jumpa ramai org baru..;)

      Delete
  5. bestnya asyik. dpt icream free tu =)

    ReplyDelete