Friday, March 15, 2013

Press Conference & Premiere Screen Film 'Sembunyi Amukan Azazil'

Assalamualaikum,
Semalam satu pengalaman baru yang Asyik dapat sebab dapat join satu event yang sangat best iaitu press conference dan premiere screen film 'Sembunyi : Amukan Azazil'. Asyik dapat jemputan daripada Giorgio Izas dan Giorgio Izas dapat jemputan dari kawan sekelas dia yang merupakan effect artis untuk filem ini. Memang sangat kebetulan semuanya berlaku. Tak sangka pula ada premiere screen untuk filem itu ingatkan press conference jea. Dapatlah tengok wayang free dan jumpa artis dari filem tersebut. Memang best dapat tengok wayang bersama dengan artis popular dan dapat makan bersama dengan krew-krew filem tersebut. Berlangsung di Cineleisure damansara @curve. Film Directed by Kabir Bhatia (FilmScape Production) Akan Di Tayangkan Di Pawagam pd 28 March 2013. Secara ringkasnya filem ini bukan macam filem seram yang ntah pape yang kita pernah tengok itu. Cerita ini ada mesej yang pada realiti hidup kita memang logik dan kadang-kadang memang berlaku.

 “Sembunyi : Amukan Azazil” merupakan filem seram arahan pertama sutradara Kabir Bhatia. Karya yang pada mulanya menggunakan judul ” Azazil ” bakal menjengah ke panggung pada 28 Mac 2013 setelah sekian lama diperam oleh pihak produksi Grand Brilliance dan Filmscape ini. Filem yang mengambil masa 26 hari untuk disiapkan dan dibuat pada bulan Ramadhan ini membariskan pelakon hebat Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Sara Ali dan Emelda Rusmila, filem ini bakal menjadi menyuntik nafas kualiti baru dalam filem genre seram industri perfileman tempatan. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini merupakan filem pertama gandingan Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad serta menggunakan kesan khas ” make-up” (silicon base) bagi menghidupkan lagi karektor-karektor watak yang dilakonkan. 

Filem Sembunyi: Amukan Azazil mengisahkan tentang Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun. Di situlah bermulanya kehidupan baru beliau dan tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan sesuatu yang misteri. Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu adalah Azazil. SOURCE

Datin Seri Paduka Umie Aida sedang ditemuramah kat belakang itu.

Sesi PhotoShot - Emelda Rosmila, Umie Aida, Tg. Iesta Tg. Alaudin (GM Grand Brilliance), Kabir Bhatia, Alfie Palermo, Remy Ishak.

Sambil bergambar sambil makan bersama satu meja ngan Script Writer 'Alfie Palermo', Editor 'Lan' & Effect Artist 'Dani'.

Aliah Lee pun datang juga. Cantik sangat dia. Maaf dengan kualiti gambar yea.

Dan tak lupa blogger terkenal Cik Epal. Peramah orangnya.

Selepas Sesi Tayangan Perdana - Menonton Bersama Pelakon2 Film tersebut. Orang depan sibuk sesi soal jawab, orang kt belakang sibuk dok bergambar... He3...

Sesi Press Conference.

Sesi PhotoShot - Emelda Rosmila, Datin Seri Paduka Umie Aida dan Remy Ishak.

Cair tak?haha

Remy Ishak with me. Heeee... Remy sangat peramah dan tak sombong plus hensem. Lagi hensem jumpa live dari tengok dalam tv.

Yang ini Remy Ishak bersama hero hati saya. hahahaa..

Remyyyy.. Kalau nak jumpa call yea. hahahaha.. 'Dalam mimpi bolehlah'..kah2..

Jangan lepaskan peluang untuk tengok filem ini. Memang best dan Asyik rasa tak rugi kalau tengok.

Till Next Entry.
xoxo

12 comments:

  1. wahhhh..bestnyaa..nak jumpa remy ishak jugakkk
    *melting~~~
    plussss umie aida!! heeeee..cantik lah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Remy hensem face to face..Umie mmg cantik mcm doll..:)

      Delete
  2. Cik epal... weeeeeee..... teringin nk jumpa dengan blogger2 niiii ♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik epal sgt comel..nanti boleh jmpa lah..:)

      Delete
  3. asyik wat la review psl cite ni. hihi. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rin bukan xnak buat review tp diaorang dh pesan supaya jgn citer lebih2, nanti xsurprise lah kalau org lain tgk..tapi yg pasti citer dia best dear..hihi..

      Delete
  4. pehhhhhhhhhh,bestnya awakkkkk :D

    ReplyDelete
  5. wah..mcm best..
    hmm..npe remy ishak nmpak srabut?
    ker aku je yg prasan gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..
      haha..dia serabut sbb byk soalan ditnyakan kt dia kot..

      Delete