Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Majlis Sinar Ramadhan & Meringankan Beban oleh Jakel

Assalamualaikum, Seramai 50 orang kelainan upaya (OKU) telah diraikan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pada hari Sabtu, 27 April 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur. Sumbangan duit raya dan baju raya telah disampaikan oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel (Pengarah Urusan Kumpulan Jakel). Majlis CSR ini diceriakan juga dengan penampilan istimewa dari Duta Raya Jakel Awal Ashaari , Scha Alyahya dan Lara Alanaa. Keluarga selebriti terkenal ini juga merupakan duta Jakel telah meraikan mereka yang dari golongan orang kurang berupaya  cacat penglihatan. Melalui Jakel, Awal Ashaari serta isteri Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alanaa menyalurkan rezeki berupa sepasang baju melayu dan baju kurung koleksi terbaru aidilfitri nanti serta sedikit duit perbelanjaan menjelang ramadhan. Awal Ashaari sekeluarga seronok kerana dapat memilihkan baju raya buat mereka yang rata-ratanya teruja berjumpa dengan selebriti buat kali pertama.  Terima kasih kepada jakeltextile Awa

Ariani Floraya 2019 Fashion Show

Assalamualaikum, Menyuntik inspirasi floral, Ariani kembali ke pentas peragaan dalam mempersembahkan Ariani Floraya 2019 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar. Ucapan pembukaan majlis oleh Datin Farah Haryani , Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M)Sdn Bhd. Para tetamu disajikan irama 90an sebagai apresiasi kegemilangan zaman ini sebagai simbolik 11 tahun jenama ARIANI di pasaran. Peragawati melangkah penuh gaya dengan 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed yang terdiri daripada koleksi Selendang Cluster, Selendang Frackle Flow, Selendang Calgary, Instant Ferrera, Instant Valerie, Instant Tuscany, dan banyak lagi diterjemahkan dalam atmosfera dewan yang dihiasi Bunga-bunga pastel dengan tema flora botanical. Ratu rock lagenda, Ella telah memeriahkan acara dengan mengadakan persembahan pembukaan. Ella telah mendendangkan lagu Layar Impian dan Permata Pemotong Permata selepas itu disusuri dengan persembahan lagenda rock Amy Sea