Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Beauty Review : Maybelline White Superfresh CC Cream

Assalamualaikum, Maybelline sekarang ada produk baru iaitu White Superfresh CC Cream. Produk ini sesuai untuk yang tak suka makeup atau pakai foundation yang tebal kerana texture dari CC Cream ini sangat halus and lembut. Bila pakai kulit akan nampak lebih segar dan liang pori akan dapat dilindungi.  Satu lagi kulit akan jadi lebih cerah dan bersinar tapi bukan berkilat. CC Cream membuatkan kulit kita seolah-olah seperti memakai krim muka harian kerana ia sangat selesa. Jadi kenapa perlu 'touchup' lagi. Pakai saja CC cream ini semuanya selesai. Natural look for your skin. Even you can wear with makeup easily without any problem. #NoMoreTouchUp Thank you Maybelline for this CC Cream. The lighting from my picture is quite bad but you still can see the different between apply CC Cream and not applying it. Left picture of my face below look more natural and smooth. So far this CC Cream work well with my skin. Product: Maybelline New York White Superfresh CC Cr...

Food Review : Monster's Crazy Crunchy

Assalamualaikum, Yummm yummm. Alhamdulillah kenyang rasanya dapat makan Monster's Crazy Crunchy tak kira waktu. Terdesak pun boleh makan dengan cepat. Cara Asyik kalau tak sempat nak sarapan dan makan tengahari, Asyik makan Monster's Crazy Crunchy jea. Bukan setakat sedap tapi mengenyangkan. Waktu petang pun kalau nak hi-tea sesuai juga makan Monster's Crazy Crunchy. Coklat pekat dan rainbow bubble rice pula ranggup bila kunyah. Digabungkan dua-dua bahan itu sememangnya terbaik. Menemani waktu membaca buku pun boleh. Menemani di waktu kerja pun sedap juga. Kat office pun Asyik makan juga. Bahagian dalam Monster's Crazy Crunchy. Coklat dan rainbow rice yang telah digabungkan. Makan dengan coklat yang cair memang sedap. Selamat mencuba. Harga RM7 per jar. Nak beli boleh hubungi 0197004166 atau email ke crazycrunchy14@gmail.com atau singgah ke Crazy Crunchy Official . Till Next Entry. Love, Asyik.

Terapi Jiwa dan Minda Luxola vs Luxe Nomad

Assalamualaikum, Bila sudah bekerja saat yang paling diidamkan ialah dapat bercuti. Bercuti itu macam terapi minda dan jiwa untuk hilangkan stress dari kerja yang tak pernah habis. Nak bercuti ini perlu perancangan dari awal supaya bila dah sampai waktu taklah kelam kabut jadinya. Dalam hati ini teringin sangat nak ke Bali. Nampak suasana dan view kat sana sangat cantik dan romantik. Boleh bercuti sambil 'honeymoon'. Secara jujurnya Asyik belum pernah sampai ke Bali. Jadi kalau boleh nak pergi sana dan rasai sendiri keseronokan dan menikmati keindahan disana. Jadi bila dapat tahu yang LUXOLA ada buat contest untuk memenangi trip ke Bali selama 3hari 2malam, Asyik memang tak fikir panjang lagi selain terus fikir macam mana nak menang dan buat entry yang mungkin akan membuatkan Asyik menang trip tersebut. Antara penginapan yang Asyik dah tengok di LUXE NOMAD ialah  Pandawa Cliff Estate - Villa The Pala . Sangat mewah dan pemandangannya sangat memukau. Selain dar...

Beauty Review : Raily Collagen CC Cream

Assalamualaikum, Ternyata memang berbeza setelah menggunakannya. Sesuai dengan tagline mereka Jelitamu.. Nyata Berbeza. Nak tahu kenapa Asyik cakap macam itu sebabnya bila pakai jea Collagen CC Cream ini kulit jadi halus dan licin. Dengan gabungan dan sentuhan teknologi dari France dan kandungan SALMON COLLAGEN yang terbukti dapat merawat wajah anda dari dalam. Sekali cuba memang berterusan nak pakai. Texture cream ini halus dan sangat mudah disapu pada muka.Yang paling penting mempunyai SPF 50++ untuk melindungi kulit dari pancaran UV dan UVB. Kelebihan SALMON COLLAGEN mengatasi masalah kulit muka yang berjerawat dan berjeragat menyerahkan kulit muka meratakan tona kulit yang tidak sekata membaiki kulit dan struktur kulit muka dari dalam menghilangkan punca muka berminyak melindungi kulit muka dari pancaran UV dan UVB menstabilkan hormon dan stress menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah menutup pori-pori muka yang terdedah pada kotoran dan habuk yang b...

Special for my readers!

Assalamualaikum, For those who love online shopping or crazy about beauty product you should visit this page . They offer a lot of product for women and men. And the best part is I am giving you special code or discount actually, for you to shopping. Yes, you can use it for your next purchase. Go and use 15% discount NOW.  Promo Code :  BLX-ASYIK Visit : LUXOLA Till Next Entry. Love, Asyik.

Dubu Dubu Daebak

Assalamualaikum, Teringin pula nak makan Korean food, last dapat makan Korean food sebulan yang lepas. Lama juga, itu pun masa ke IOI City Mall Putrajaya. Pergi sana sebab nak cuba tengok District 21. Tengok saja bukan nak main sangat pun sebabnya kesuntukan masa. Habis jea jalan-jalan beli barang apa yang patut macam biasa dah penat mesti lapar. Mula-mula itu kononnya nak makan kat Magnum Cafe tapi cari tak jumpa dan perut dah berkeroncong sangat jadi Dubu Dubu di depan mata maka masuk terus tanpa fikir panjang. Asyik memang pengemar makanan Korea. Kalau boleh semua nak cuba asalkan halal. Asyik order  Honey Garlic Bulgogi Beef Set dan husband order  Dol Sot Bibimbap. Penat juga nak habiskan sebab banyak pula lauk dia. Tapi puas hati dapat makan Korean food. Harga pun takdelah mahal sangat sebab berpatutan dengan kuantitinya.  Dol Sot Bibimbap  RM17.90 dan  Honey Garlic Bulgogi Beef Set RM20.++. Mungkin pada bukan peminat Korean food mungkin akan cakap ...

Travel : Pulau Perhentian

Assalamualaikum, Setelah bertukar tempat kerja ke Kelantan banyak betul perkara yang baik terjadi. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah S.W.T. selepas kahwin ini. Salah satu rezeki minggu lepas pada 28,29 dan 30 April 2015 Asyik berpeluang ke Pulau Perhentian bersama dengan pelajar. Yang suka itu sebab tak perlu bayar apa-apa pun. Semuanya dah disediakan dan diuruskan oleh pelajar. Asyik dan Giorgio cuma perlu menjadi pensyarah pengiring saja. Memerhati dan memberi pandangan sekiranya pelajar tersebut memerlukan. Tujuan ke Pulau Perhentian adalah untuk memenuhi kehendak subjek yang mereka ambil iaitu mengadakan satu aktiviti amal. Jadi mereka memilih untuk membuat kerja amal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Kerja amal bersama dengan pelajar sekolah tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang grafik atau komunikasi visual disamping untuk memberi keyakinan kepada pelajar berhadapan dengan dunia realiti selepas habis pengajian nanti. Bak kata pepatah sa...