Assalamualaikum, Bercinta atau Bencinta? Dua perkataan yang maksudnya berbeza. Bercinta ialah kita sedang menyintai seseorang. Bencinta pula ialah benci dan cinta. Perkataan baru dari filem keluaran Metrowealth. Filem yang sememangnya menghidangkan jalan cerita yang sangat kuat dan mesej yang sangat berguna kepada semua. Salah sebuah filem melayu yang boleh dikatakan berada pada tahap yang terbaik. Tahniah Metrowealth dan Eyra Rahman. Filem ini mengisahkan tentang Farid Kamil dan Nora Danish yang berkahwin dan mempunyai seorang anak. Selepas 5 tahun berkahwin farid kamil tiba-tiba berubah dan menjadi seorang lelaki yang sangat jahat dan suka memukul perempuan. Sudah semestinya isterinya menjadi mangsa keganasan beliau. Dari situ pelbagai konflik berlaku dan untuk menghadapi keganasan yang berlaku pada diri Nora Danish iaitu isteri Farid Kamil dalam filem tersebut Nora telah mengambil keputusan untuk belajar cara untuk mempertahankan diri. Banyak aksi menarik yang dipaparkan. Kor...