Friday, May 30, 2014

Event : Press Conference HyppTV dan Mangkin Prestij

Assalamualaikum,
Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah HyppTV mengumumkan kerjasamanya dengan Mangkin Prestij Sdn Bhd, bagi menawarkan filem-filem blockbuster tempatan yang terkini ke platform HyppTV tahun ini dalam sidang akhbar di Menara Kuala Lumpur.

Perjanjian perkongsian tersebut telah dimeterai oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM bagi pihak TM dan Jane Lim, Pengarah Urusan, Mangkin Prestij bagi pihak Mangkin Prestij. Pada 28 Mei 2014 HyppTV dan Mangkin Prestij telah berkolaborasi bagi menawarkan para pelanggan HyppTV dengan filem-filem blockbuster Melayu terbaik dan terkini melalui saluran Video On Demand (VOD) HyppFlicks+.

Melalui kerjasama ini, filem-filem yang dihasilkan oleh Mangkin Prestij kini boleh didapati di bawah HyppFlicks+ pada HyppTV (Saluran 801) sebagai pilihan TV on-demand, yang pertama untuk HyppTV. Dengan penawaran terkini ini, pelanggan HyppTV menerusi UniFi TM dan juga pakej-pakej Streamyx 4Mbps dan 8Mbps boleh menikmati filem-filem blockbuster tempatan terbaik, seawal dua minggu selepas penayangannya di pawagam pada harga RM15 setiap judul, mulai 1 Jun 2014. Seisi keluarga boleh menonton filem-filem blockbuster Melayu terkini di rumah, tanpa gangguan cuaca, malah ketika di luar HyppTV Everywhere. Saluran ini tidak hanya menampilkan filem-filem blockbuster tetapi telemovie eksklusif untuk pilihan lengkap yang disasarkan kepada pelanggan dan peminat hiburan tempatan.

    
    
Pelancaran HyppFlicks+ dan sesi soal jawab bersama media.
    
Selesai sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan makan tengahari.
View of Kuala Lumpur from KL Tower.
Para pelakon dan orang kuat HyppTV serta Mangkin Prestij.
One of the best moment bila dapat berjumpa dengan Diana Amir. Lemah lembut dan mesra orangnya.
Nina Iskandar salah seorang pelakon di bawah naungan Metrowealth kini telah berhijab. Cantik kan.
    
Yang tengah itu Mak tersayang Asyik yea. Bawa sekali untuk temankan sekejap sambil bawa berjalan ke KL Tower.
Salah satu hasrat nak naik KL Hop On Hop Off ini. Tak sempat pula haritu nak cuba. Tapi berjemur jugalah kalau naik itu. hehe
Last but not least outfits of the day. Simple and comfortable.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

6 comments:

  1. Bestnya dapat jumpa artis. Cantik cantik, hensem hensem mereka semua tu. Wahhhhh

    ReplyDelete
  2. Wahhh, bawak mak. Bestnyaaa. hehehe. Cantik gila pemandangan dari KL Tower kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil menyelam minum air Fana..hehe..bkn selalu nk pg KL Tower itu..alang2 bawa mak sekali..ha3..

      Delete
  3. thank you attending our event :)

    ReplyDelete