Monday, November 4, 2013

Highland Tower

Assalamualaikum,
Sinopsis Highland Tower

Mika dan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram, dimana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan pihak produksi daripada MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapatkan dana daripada pihak produksi MIG yang sangat berminat dengan idea yang telah dibentangkan oleh mereka. Pihak produksi juga telah membantu dalam menambahkan ahli kumpulan mereka iaitu Shima Anuar, Atikah Suhaime, Eddy Rauf dan juga Zairi zainal.

Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka akhirnya mereka bertujuh ketempat yang dirancangkan. Pada malam pertama sudah cukup membuatkan mereka sekumpulan berasa sangat seram. Macam-macam kejadian aneh yang telah berlaku. Ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan melalui earphone, dan lampu kamera tiba-tiba terpadam. Lagi mengejutkan apabila Shima hilang disembunyikan oleh sesuatu. Kumpulan Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima hingga menemuinya. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower. Adakah ceritanya berakhir di situ?... Untuk mengetahui cerita yang sangat seram ini, Jom beramai-ramai memeriahkan pawagam yang berdekatan pada 31 Oktober 2013.




Real Footage!!



Ini bukan Shima Anuar tapi makhluk lain yang menyerupainya.
Gambar dari pihak Metrowealth.

Majlis Pra-Tonton Highland Tower

Highland Tower, sebuah lagi filem terbitan MIG Metrowealth bagi tahun 2013 dan merupakan filem ke-84 yang akan ditayangkan di pawagam. Filem yang menampilkan konsep 'found footage' ini adalah sebuah filem yang bergenrekan seram yang mana dirakamkan dilokasi sebenar Highland Tower. Filem ini bukanlah sebuah cerita yang merungkai kisah Highland Tower itu sendiri dan langsung tiada kaitan dengan tragedi tersebut.

Filem ini diolah oleh pengarah yang sangat sinonim dengan filem seram iaitu Pierre Andre. Konsep sebegini jarang diketengahkan tidak kira melalui penerbitan MIG mahupun di Malaysia. Pihak MIG yakin ia mampu menarik minat para penonton terutamanya penggemar filem bergenre seram. (SOURCE)


Mikael Andre
Niezam Zaidi

Eddy Rauf

Shima Anuar


Adiba Yunus

Atikah Suhaime

Rakan blogger Hanie.

Abang Nas Terjah. hehe

Asyik bagi 5 bintang untuk filem ini. Kagum dengan semangat dan keberanian mereka.
Jom ramai-ramai ke pawagam dan saksikan filem Highland Tower.

Till Next Entry.
xoxoxo

14 comments:

  1. grrr seram ag dr insidious k dear

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah blog nie :) tak tgk lg movie nie.. nampak macam best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk amanina sebab best sgt2..thank you sbb dtg singgah..:)

      Delete
  3. serious nk tgk tp tp tp.... ala... haha... (takut)

    ReplyDelete
  4. Kene pg tgk... Cite ni mmg seram... Makan Budokkk (^_^)

    ReplyDelete
  5. Salam Asyik..
    1st time singgah blog ni sbb nak tahu review u pasal cite ni. Seriously seramke? Sy ni peminat cite seram.. Kalau seram nak gak p wayang tgk ni..heheh..btw, jemput singgah http://sharifahrashidah.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..best sgt2 citer ni..mmg wajib tgk..seram sbb hantu betul.. terima kasih sudi singgah..;)

      Delete
  6. lebih kurang mcm penunggu istana ke? suke seram2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsurelah sbb Asyik xtgk citer penunggu istana tu..

      Delete
  7. Salam.. sy tertanya2 apa maksud asyikmaiburogu ni yer?
    Nnt sudikanlah singgah diblog sy.. yer
    Jawatan Kosong Terkini

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi dtg sini..Asyik nama saya..Maiburogu sbnrnya bahasa jepun iaitu my blog..:)

      Delete