Assalamualaikum, Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah HyppTV mengumumkan kerjasamanya dengan Mangkin Prestij Sdn Bhd, bagi menawarkan filem-filem blockbuster tempatan yang terkini ke platform HyppTV tahun ini dalam sidang akhbar di Menara Kuala Lumpur. Perjanjian perkongsian tersebut telah dimeterai oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM bagi pihak TM dan Jane Lim, Pengarah Urusan, Mangkin Prestij bagi pihak Mangkin Prestij. Pada 28 Mei 2014 HyppTV dan Mangkin Prestij telah berkolaborasi bagi menawarkan para pelanggan HyppTV dengan filem-filem blockbuster Melayu terbaik dan terkini melalui saluran Video On Demand (VOD) HyppFlicks+. Melalui kerjasama ini, filem-filem yang dihasilkan oleh Mangkin Prestij kini boleh didapati di bawah HyppFlicks+ pada HyppTV (Saluran 801) sebagai pilihan TV on-demand, yang pertama untuk HyppTV. Dengan penawaran terkini ini, pelanggan HyppTV menerusi UniFi TM dan juga pa...