Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Hijabista April 2013

Assalamualaikum, Happy March. Macam-macam perkara yang baik datang malah rezeki alhamdulillah semakin bertambah. Walaupun ada juga yang tak berapa enak dihadapi tapi masih boleh tersenyum kerana hal-hal yang kecil sebegini. Sebagai contoh macam gambar kat bawah itu lah. Memang dah tak ingat yang Asyik pernah jawab satu soalan dari facebook hijabista magazine . Memang tak ingat langsung. Tiap-tiap bulan wajib untuk Asyik beli majalah Hijabista.  Sejak dari edisi pengenalan lagi Asyik dah mula beli dan kumpul majalah ini. Tapi edisi bulan April 2013 ini tak sangka pula ada terselit gambar Asyik sekali kat dalam itu. Walaupun kecil jea tapi seronok juga. haha. Siap nama penuh lagi itu. Memang kelakar. Terima kasih untuk Hijabista Magazine. Asyik memang suka baca dan tengok info-info di dalam majalah ini. Banyak membantu dalam kehidupan seharian. Cewah, ayat bukan main lagikan. Kardigan vs Kot. Korang suka yang mana? Koleksi majalah Hijabista Magazine Asyik dan...

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum, Akhirnya selepas dah banyak kali rancangan nak ke Bukit Bendera terbengkalai akhirnya semalam dapat juga Asyik menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. dari rumah Asyik nak ke Bukit Bendera rasanya mengambil masa dalam sejam. Taklah jauh sangat tapi sebab Asyik naik feri untuk ke seberang itu yang lambat sikit. Sesaje berjalan sebab dah lama tak ke pulau. Asyik pergi bersama dengan mak dan adik.  Dulu ingatkan nak ke Bukit Bendera masih lagi menggunakan kereta kabel macam yang kita naik kalau nak ke Genting Highland tu tapi rupa-rupanya dah bertukar dengan keretapi. Keretapinya pendek jea tapi nak naik ke atas itu curam betul dan tinggi. Tapi Asyik rasa lagi selamat dari naik kereta kabel kot. hihi. Suasana kat atas Bukit Bendera itu memang sangat best. Udaranya segar dan permandangannya sangat cantik. Kita boleh lihat sebahagian dari Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Memang sangat cantik, malah kita boleh nampak Laut ...

Press Conference & Premiere Screen Film 'Sembunyi Amukan Azazil'

Assalamualaikum, Semalam satu pengalaman baru yang Asyik dapat sebab dapat join satu event yang sangat best iaitu press conference dan premiere screen film 'Sembunyi : Amukan Azazil'. Asyik dapat jemputan daripada Giorgio Izas dan Giorgio Izas dapat jemputan dari kawan sekelas dia yang merupakan effect artis untuk filem ini. Memang sangat kebetulan semuanya berlaku. Tak sangka pula ada premiere screen untuk filem itu ingatkan press conference jea. Dapatlah tengok wayang free dan jumpa artis dari filem tersebut. Memang best dapat tengok wayang bersama dengan artis popular dan dapat makan bersama dengan krew-krew filem tersebut. Berlangsung di Cineleisure damansara @curve. Film Directed by Kabir Bhatia (FilmScape Production) Akan Di Tayangkan Di Pawagam pd 28 March 2013. Secara ringkasnya filem ini bukan macam filem seram yang ntah pape yang kita pernah tengok itu. Cerita ini ada mesej yang pada realiti hidup kita memang logik dan kadang-kadang memang berlaku.  “Sembunyi ...