Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

WAN adalah cucu-cicit MAHSURI

Catatan dalam buku Sejarah Kedah mengesahkan salasilah keturunan Wan adalah cucu-cicit Mahsuri, seri kandi Melayu dari Langkawi yang mati dibunuh angkara fitnah. Pemangku Yang Dipertua Wan Kedah (Wasilah), Wan Shamsuddin Wan Mohd. Yusof, menjelaskan Wan yang ada di Kedah sekarang memang daripada keturunan anak tunggal Mahsuri, Wan Hakim. Menurutnya, Mahsuri telah dihukum sula pada tahun 1819 angkara difitnah oleh pemerintah Langkawi ketika itu Datuk Karma Wijaya yang berdendam kerana tidak dapat memperisterikannya. Wanita itu dituduh bermukah dengan seorang pemuda bernama Deramang. Semasa hukuman dijalankan, petanda yang ditugas menikam telah tertikam buah dada Mahsuri lantas mengalirkan air susunya. “Pada masa kejadian, Mahsuri baru dua bulan melahirkan Wan Hakim hasil perkongsian hidupnya dengan Wan Derus. “Oleh kerana itu orang mengatakan Mahsuri keramat, kerana melihat darah yang mengalir berwarna putih. Tapi yang dilihat itu adalah air susunya,” kata Wan Shamsuddin lagi....

Convocation 24 May 2010

< My Sweet Mom With My Lovely Darling Berakhirlah Sudah Konvokesyen ke-72 sidang ke 6.. Saat-saat yg bahagia disamping keluarga tersayang dan juga kawan2.. Diharapkan semuanya berpuas hati dan gembira.. Dan aku berharap ibu bapaku dan keluarga berbangga dgn sedikit kejayaan ini.. Selepas ini masa untuk aku membalas jasa-jasa mereka walaupun tidak akan terbalas semuanya tapi aku akan cuba untuk membahagiakan orang-orang yang tersayang.. Semoga semuanya bahagia..Aminn..