CLEANING FREAK!


Sejak dua menjak ni, CheTa (bukan nama sebenar) perasan ramai jadi cleaning freak. Ehh bagus tauu. Akak suke! Kebersihan kan sebahagian dari iman. Kemas, bersih, jiwa pun jadi lapang.

Ada beberapa istilah kita biasa dengar, tapi mungkin ramai tak pasti maksud sebenar dan beza antara tiap satunya.

Jom kita kenal beberapa istilah bab bersih membersih ni:

Bahan pencuci/ agen pembersih:
Membersihkan kotoran yang nampak di mata, tidak dihati. Teorinya boleh guna kain dan air je. Tambah bahan pencuci, kotoran lebih senang tanggal dan bersih.

Cecair sanitasi/ sanitizer:

Mengurangkan jumlah bakteria berhimpun. Sanitizer yang mengandungi alkohol dapat membunuh sesetengah bakteria yang bisa terhapus oleh alkohol.

Makin kerap permukaan tu disentuh, makin kerap perlu disanitasi, ok?

Pembasmi:

Hok ni tugasnya menghapus kulat, bakteria dan virus, namum tidaklah bisa menghapus dosamu kahkah.

Pun begitu, spora bakteria tidak boleh dibasmi. Kena guna yang power lebih. Teruskan baca

Virucide:

Yang ni memang attack virus yang sedang dalam mode tak aktif, menempel di permukaan perabot, mainan atau lantai.

Bahan steril:

Yang ni memang pembersih level kiasu tertinggi. Hehehe. Biasanya kat hospital, makmal memang guna bahan pensteril. Sebab bahan ni memang bunuh semua kulat, bakteria, virus, spora.

Semua ni terdapat dalam banyak bentuk dan kandungan. Boleh jadi jadi dari bahan semulajadi mahupun sintetik.

Macam mana nak tahu?
Follow rapattt

Comments

Popular posts from this blog

Are You 'The Face of Healthy Beauty'?

Product Review : Good Virtues Co.

You Deserve The Best from Young Living