Trio Beauty and Healthy Supplement
Walaupun skrg masih siang. Nak cerita sikit rutin setiap malam. Mesti minum Bloom Collagen dan campurkan dgn Ningxia Red. Nikmatnya tak terkata. Kulit makin berseri badan makin sihat. Alhamdulillah. Dulu tak pernah terfikir pun akan guna produk Young Living.
Kesihatan pun tak terjaga sebelum ini sebab itu selalu sgt sakit selepas bersalin anak kedua. Siapa yang pernah baca my story mesti tahu how struggle i am masa tu selepas bersalinkan Azkayra. Seperti Allah S.W.T beri peluang untuk lebih menghargai dan menjaga diri dengan lebih baik. One day mana tahu nak cerita lagi kisah itu.
Sebelum ini mmg tercari-cari supplement yang bagus untuk amalkan tapi bertahan sekejap jea sebabnya bila makan masih lagi terasa tak sihat. Setiap minggu mesti tak sihat. Wajib jumpa doktor! Sampaikan nak buat kerja pun terganggu, tak boleh terlalu aktif, terasa cepat letih.
Bila terlalu letih mulalah dtg perasaan yg mcm2, nak nangis, nak marah semua ada. Kat situ dh nampak emosi terganggu kan. Kdg2 dtg sakit belakang sampai tak boleh nak bangun langsung. Seminggu kadang baru sembuh selepas jumpa doktor. Selalu mengelak aktiviti kt tempat kerja. Sebab serius memang sgt tak terdaya nak turut serta. Kalau boleh nak tidur dan baring jea.
Mula cuba produk Young Living tahun lepas waktu PKP dalam bulan ogos. Masa tu sakit belakang dan pening kepala kerap dtg sbb kena berkurung kat rumah. Buat kerja rumah, wfh, layan anak2. Berdiri lama sikit mesti akan sakit blkg. Sakit2 badan dan sendi tu tak payah cakap lah hampir setiap hari ada.
Batuk dan selsema pula mmg wajib. Masa itu fikir mcm mana lah nk sihat mcm dulu. Akhirnya jumpa produk Young living. Masa tu beli Starter Bundle Kit Dewdrop. Ada 13 essential oil, 2 ningxia red, dan lain2. Niat guna supaya diri dah tak stress, anxiety dpt dikawal dan Azkayra boleh sembuh dr selsema dan mata berair dia. Kisah Azkayra next time cerita yea.
Nak guna dulu pun berkira-kira juga sebab terasa agak mahal. Tapi Alhamdulillah ada yg bantu memudahkan. Dapatlah guna produk Young Living. Sebulan guna nampak perubahan. Dah boleh control emosi dengan bantuan essential oil. 1st time try supplement ialah Ningxia Red. Sedap! Terus jatuh cinta. Target next months akan beli tapi hampir empat bulan sebenarnya baru beli ningxia pula. Byk masalah tiba2 datang tanpa diduga. Hasrat nak guna Ningxia Red tu tak pernah lupa. Sul4zyme pun makan juga.
At that time Ningxia Red dan sul4zyme. Asbab makan dua2 ni sakit belakang, pening kepala (ni dah hampir nak pakai cermin mata yea sebab mmg tak tahan langsung silau dan selalu jadi senak bahagian mata, nak tengok telefon pun sakit mata) pun hilang. Walau tak cukup rehat agak susah dah nak sakit kepala dan sakit belakang. Dia punya seronok itu ya Allah kalau boleh nak semua orang cuba dan amalkan produk ini. Alhamdulillah 💗.
Hari ini (5 feb 2021) dah masuk hari kesebelas minum Bloom Collagen bersama Ningxia Red dan juga Sul4zyme. Rutin setiap malam sebelum tidur. Ningxia red setiap pagi akan minum 1 shot untuk tenaga sebelum mula buat kerja lain. Sebab kadang tak sempat nak breakfast dah sibuk uruskan anak2. Bloom collagen ini sgt bagus untuk wajah, kuku, kulit, tulang, sendi dan byk lagi!.
Sebab selalu ada masalah2 ini. Itu yang bersungguh juga nak cuba bloom collagen. Ditambah pula usia makin meningkat, collagen dlm badan pun makin berkurang. Bila berkurang byklah masalah lain datang. Buat masa skrg guna bloom collagen mmg takde masalah apa2. Kulit nampak makin sihat. Badan makin kuat dengan trio supplement ini.
Bersyukur tak terkira Allah S.W.T gerakkan hati untuk cuba produk Young Living. Perubahan diri guna bloom collagen akan dikongsi dr masa ke masa. So boleh nampak perubahan nanti. Banyak lagi nak cerita tapi mcm dah panjang karangan ini 😂. Next time pula share partner in crime bloom collagen dan kisah Azkayra dan Aqil. Yang Baik Datangnya Dari Allah Dan Yang Buruk Datangnya Dari Saya Sendiri. Yang mana yang positif silalah ambil tapi taknak COVID-19 positif yea. Stay safe everyone 💗.
- terima kasih pada yang sudi baca. 💐
ReplyDeleteNumerous people suffering from Alzheimer's leave the nursing home or their living group completely suddenly and wander around aimlessly. This phenomenon was previously referred to as the tendency to walk away. But research has now shown that people with dementia are not just about running away.Alzheimer
They tend to have a fixed goal that they want to achieve. Therefore, this peculiarity, which occurs primarily due to Alzheimer's, is referred to as a tendency to walk. This phenomenon sometimes poses major problems for nursing homes and other facilities. That's why tracking systems can be a tremendous help.