Melrose, Panaway, Frankincense

Assalamualaikum,

Routine before sleep. Byk betul rutin kan org perempuan ni tapi apa boleh buat dah memang kejadiannya wanita itu unik. Unik dalam pelbagai cara. Jadi org perempuan kenalah pandai jaga diri. Yang muda2 mungkin belum rasa, nanti dah kahwin dah ada anak kalau tak jaga diri dengan baik mcm mana nak jaga keluarga sendiri. Mak selalu pesan sebelum kahwin dulu, sekarang merasa lah bila kurang jaga diri tu. 

Sekarang tiap-tiap malam akan sapu Panaway pada kaki, jadikan sebagai minyak urut, letak dlm bekas bertutup tu senang nak ambil, bangun pagi lega tak lenguh dah. Jadi ibu ni kadang nak berehat pun curi-curi masa sebab anak akan cari u setiap masa 24/7. Nak melepas pun dia akan ketuk pintu toilet `mama baby buat abg', `mama nk mkn’, `mama buat apa tu’. So kalau diri sendiri tak nak ambil kisah kesihatan diri siapa lagi nk peduli? 

Satu lagi rutin sapu eo Melrose. Eo ni untuk tapak kaki yang kering. Dilute juga dengan carrier oil so the eo akan melembabkan kaki kita nanti. Setakat ni guna it works, nampak kesan positive .

Frankincense eo tu pula untuk letak pada bahagian kulit yang gatal. Tak tahu kenapa kat bahagian tepi lutut jadi gatal dan kemerahan. Dah cuba letak Lavender mmg berkesan untuk hilangkan gatal tapi kemerahan tu tak hilang. Dan gatal tu dtg lagi. So try guna frankincense pula mlm ni. Sekarang gatal memang hilang. Esok nak tgk kurang tak tompok2 merah tu. Harap2 berkesan. InshaAllah 💗 


Till Next Entry,
Love Asyik

Comments

Popular posts from this blog

Trio Beauty and Healthy Supplement

Product Review : Good Virtues Co.

Minyak Pati Abundance