Friday, April 1, 2016

Johnson’s Baby Skincare Wipes - ultra sensitive for your baby protection.

Assalamualaikum,
Dalam kehidupan kita pasti kita mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan yang tersayang. Bagi Asyik selagi termampu memang kalau boleh nak yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Tambahan pula kalau yang ada anak-anak, pasti yang terbaik yang akan kita sediakan sedaya upaya untuk keselesaan anak kita.

Dari kecil lagi Asyik memang dah didedahkan dengan produk dari Johnson’s baby. Sampai sekarang masih guna untuk diri sendiri. Sekarang ada pula Johnson’s baby skincare wipes untuk kegunaan baby. Asyik sebenarnya selalu guna wet tissue dari Johnson’s untuk cuci muka sebab wet tissue ini lembut dan ada lotion untuk melembapkan muka. Selain dari itu Asyik selalu gunakan produk Johnson ini untuk lap badan atau bahagian badan yang terasa kering.
Keistimewaan Johnson’s baby skincare wipes adalah kerana kadar HH yang tinggi sebanyak 87% (penyerapan Baby Wipes Johnson: 10%). Kepentingan produk ini supaya para ibu dapat membersihkan dengan lembut bahagian kulit sensitif bayi dan memastikan ia sihat dan bebas dari ruam terutama untuk bayi berumur 0-6 bulan.
Kebanyakan bayi menghadapi masalah ruam kerana terlalu lama memakai lampin jadi dengan adanya produk ini masalah para ibu dapat diatasi walaupun dengan penggunaan yang kerap. Johnson’s baby skincare wipes adalah satu-satunya produk dipasaran yang mengandungi losyen.
Anda juga ada dua pilihan iaitu yang mempunyai wangian ataupun bebas dari wangian tapi kedua-duanya mempunyai losyen dan datang dalam pek tudung baru flip-top dengan 75 helaian serta untuk memudahkan penggunaan dengan selamat bersih dan lembap pada setiap masa. Ia juga boleh didapati dalam pek kecil yang datang dalam 20 helaian.

Asyik selalu beli yang 20 helai itu jea sebab senang Asyik nak bawa kemana-mana. Serius produk ini membantu untuk mengelak dari ruam yang selalu Asyik hadapi bila berpeluh dan mengurangkan kepedihan pada badan akibat terlalu panas atau kering.

Selain dari itu Asyik memang suka Johnson’s tisu ini untuk lap muka. Asyik suka yang bebas dari wangian. Cubalah untuk kegunaan bayi dan diri sendiri. Harga untuk 20helai kalau tak salah Asyik dalam RM5.++ tak ingat exactly price. Selamat mencuba.

Till Next Entry.
Love Asyik.

2 comments:

  1. teringat job ni yang dari nuffnang..sampai la ni diorang vet trough..tp xde khabar berita..sabar jer la...but mmg baby wipes yang ni best..dah licin dah akak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita akk.. bosanlah tunggu publish terus jea..hehe..

      Delete