Thursday, June 25, 2015

Product Review : Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum,
Tahap kepanasan di Malaysia sekarang nampaknya semakin meningkat dan setiap hari boleh dikatakan panas dan kadang-kadang cuaca tak menentu. Asyik baru jea pulih dari demam, batuk dan selesema, pakej semua. Suami Asyik pun demam dan sakit tekak. Nak dijadikan cerita kitaorang pergilah ambil ubat kat klinik swasta untuk ubat demam dan sakit tekak. 

Selang beberapa hari suami Asyik tiba-tiba di badan dia naik ruam merah-merah. Mula-mula ingatkan sebab cuaca panas sangat jadi macam itu tapi makin lama makin teruk dan siap naik putih-putih macam jerawat. Boleh dikatakan dari paras dada sampai ke leher merebak. 

Pergi jumpa sekali lagi doktor yang sama dan dia cakap alergik ubat yang dia bagi. Sebelum ini memang tak pernah tahu pun ada alergik pada ubat dan doktor pun bagi ubat yang lain pula. Pakailah ubat yang itu pula tapi masih juga tak hilang malah makin bertambah adalah. Kesian tau tengok suami sendiri sakit.

Asyik pun sarankan suami untuk cuba Ephyra Skin Bar mana tahu berkesan kan sebab dah cuba banyak sabun yang kononnya boleh hilangkan masalah jerawat atau alergik pada badan ini tapi tak juga hilang. Asyik bagi guna sebab Asyik dapat tahu yang produk ini sesuai digunakan untuk badan juga selain dari muka kita.

Kalau korang tengok gambar kat bawah ini korang mesti geli juga sebab memang teruk. Asyik ambil gambar dibahagian leher sahaja itu, kalau tengok bahagian dada dan belakang badan lagi teruk. Hilang semangat juga suami Asyik lepas kena penyakit ini.

Alhamdulillah lepas cuba Ephyra Skin Bar memang nampak ketara sangat perubahannya. Setiap hari Asyik akan tengok ada perubahan atau tidak pada badan dia. Boleh dikatakan memang menjadilah produk ini. Sampai sekarang dia gunakan setiap kali mandi dan memang pakai untuk cuci muka juga.
Di bahagian kiri kanan leher dan badan penuh dengan masalah alergik ini. Ini hari pertama menggunakan Ephyra Skin Bar. Siap ada yang berair.
Untuk hari kedua dan ketiga alhamdulilah nampak semakin mengecut semuanya dan semakin kering.
Hari keempat dan kelima kesan alergik itu semakin pudar. Perubahan yang sangat drastik dapat tengok disini.
Hari keenam parut semakin menghilang dan pudar malah kulit kembali bebas dari masalah cuma dikawasan dada dan bahu masih ada kesan parut disebabkan bahagian situ lebih banyak alergiknya. Tapi perubahan ini memang telah mengembalikan semangat dan keceriaan pada diri suami Asyik. Terima kasih banyak Ephyra. Memang Asyik pun suka dan pakai untuk muka sendiri.
Sebelum penggunaan Ephyra Skin Bar muka nampak tak berseri langsung lepas pakai nampak kulit makin putih dan berserilah. Nampak kan perbezaannya. Suka sangat-sangat.
Ephyra Skin Bar memang tak ada pun bau bahan kimia atau bau ubat. Itu yang suka nak pakai selalu.
EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. 
Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!
Ia diformulasi dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan dan ia selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.

Ephyra Skin Bar
- Melembapkan kulit wajah
- Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
- Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
- Merawat kulit berjerawat
- Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
- Menghilangkan 'backheads' di muka
- Boleh menghilangkan bau badan
- Sesuai untuk keseluruhan badan
Harga pun sangat berpatutan hanya RM39.00 dan mempunyai kelulusan dari KKM.
Testimoni dari pengguna yang lain membuktikan yang Ephyra Skin Bar memang bagus.
Di samping itu Ephyra ada buat contest tau. Mudah jer. Ambil gambar sebelum dan selepas dengan Ephyra Skin Bar dan postkan di dalam instagram anda dan kemudian gunakan tag @ephyraskin dan #ephyraskinbarpilihanku bagi melayakkan anda menyertai Contest Selfie Sebelum & Selepas Ephyra Skin Bar. Penyertaan yang terbaik akan dinilai melalui kreativiti gambar, caption pengaman “ Ephyra Skin Bar Pilihanku kerana....”  Anda berpeluang menang iPhone 6 tau. Jom kita memeriahkan instagram kita.  

Untuk maklumat lanjut : 
Instagram :

Website :
www.oceanlife2u.com 

Facebook :
https://www.facebook.com/oceanlife2u?fref=ts

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2015

Assalamualaikum,
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini. Bersihkan diri dari noda. Jernihkan fikiran dari dengki dan sucikan hati dari dosa. 
Sabda Rasulullah S.A.W
"Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya dari api neraka". (Hadis riwayat Ahmad)
Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar diatas, pokok tersebut ialah pokok kurma yang terdapat di Kelantan. Tahun ini Asyik berkesempatan melihat sendiri pokok kurma yang berbuah lebat. Nikmat Allah S.W.T itu memang tidak terhingga. SubhanaAllah hebat kan ciptaan Allah ini. 

Dapat membuatkan semua orang tertarik untuk datang dan melihat dan kalau boleh nak merasa sendiri makanan sunnah ini. Memang meriah buahnya. Husband Asyik cakap kalau bulan Ramadhan sebelum ini, kat kawasan ini ramai yang datang dan berbuka puasa kat sini. Konon nak feel macam di negara arab. hehe
Dapat bergambar pun jadilah kan. Bukti yang sememangnya Malaysia pun boleh tanam pokok kurma. Pokok kurma ini ditanam di Bulatan Jam Besar di kawasan pusat bandar Kota Bharu.
Nak tengok buah kurma yang segar boleh datang ke Kelantan. hehe. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Wednesday, June 17, 2015

Product Review : Babeskin Double Serum Premium + Whitening Soap Premium

Assalamualaikum,
Untuk kali kedua Asyik cuba produk dari Babeskin. Sebelum ini Asyik dah cuba Beauty Oat iaitu produk untuk dalaman tubuh badan kita Sekarang Babeskin dah keluarkan produk baru untuk wajah pula iaitu Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium. 
BABESKIN™ DOUBLE SERUM PREMIUM
SERUM 1: Repairing Booster
✔ Mengurangkan Kulit Berminyak
✔ Mengurangkan Jerawat
✔ Merawat Jeragat
✔ Mengembalikan Tona kulit tak sekata

SERUM 2: Ultimate Mega Lift
✔ Mengurangkan Kedutan
✔ Meningkatkan Keanjalan Kulit
✔ Membantu Melembapkan Kulit
✔ Mengekalkan ketahanan Kulit

Hanya 2 titik je dan lihat hasil yang awesome!! Menghilangkan Jerawat, wajah berminyak, kulit kusam dan MENYEGARKAN! BERMULA SATU KOTAK DAN RASAILAH TRANSFORMASI HEBAT SEAWAL 7 HARI.
Setelah menggunakan Double Serum ini, bekas parut pada muka alhamdulillah semakin pudar. Jerawat yang nak naik pun boleh kecut terus dan kulit terasa lembut dan licin. Asyik akan pakai dua-dua sekaligus setiap kali guna. Nak pakai pun mudah, sedut dan picit jea kat tapak tangan dan terus sapu ke muka.
Asyik bagi husband guna juga dan dia pun suka produk ini. Dia cakap selesa dan cepat meresap dalam kulit dan tak berminyak pun. Bekas parut jerawat pun makin hilang katanya. hehe
Double Serum ini sememangnya terbaik dan bagus untuk memelihara kulit wajah dengan cepat.
     
BABESKIN™ WHITENING SOAP
Face & Body Bar kaya dengan Vitamin A, C & E.

Sabun Babeskin dapat mencerahkan kulit dan diperkaya dengan vitamin A,C&E yang dapat melembutkan dan sekatakan tona wajah.

Sabun Babeskin juga dapat membuang kotoran minyak yang berlebihan dan mengurangkan jerawat pada muka dan badan. Selamat untuk semua jenis kulit.

• Mencerahkan kulit
• Menghilangkan jerawat di wajah secara berkesan dan lembut
• Membantu pertumbuhan sel kulit baru yang lebih cerah
• Memudarkan bintik hitam
• Membuatkan kulit wajah lebih bercahaya dan lembut
Setiap kali lepas mandi atau selepas pulang dari kerja Asyik akan basuh muka menggunakan whitening soap ini. Bau dia segar, wangi dan selesa sangat. Memang takde pun bau bahan kimia atau ubat macam produk lain. Yang ini pun Asyik bagi husband guna juga. Jadinya dua-dua berkongsilah. Nak raya ini kan muka mesti nak berseri-seri. hehe
      
BABESKIN™ diiktiraf oleh KKM dan di sahkan LULUS selamat di gunakan tanpa ragu-ragu dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Rated from me for this product is 5/5. Tak rugi cuba pakai.

Price Babeskin Whitening Soap Premium : RM29(WM) RM39(EM) 50gm
Price Babeskin Double Serum Premium : RM119(WM) RM129(EM) 15mlx2 serums

ATAU
Hubungi :-

012-2444 014 (Nurul)
012-2444 041 (Jane)
018-2444 988 (Fiqa)
011-1888 9948 (Shila)

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Look Post : Garden Rose

Assalamualaikum,
The garden of love is green without limit and yields many fruits other than sorrow or joy. Love is beyond either condition: without spring, without autumn, it is always fresh.
Bag : Cath Kidston
Tops :  H&M
Skirt : Unbranded
Shawl : Aisyah Almansoor
Love is like a beautiful flower which I may not touch, but whose fragrance makes the garden a place of delight just the same.
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Saturday, June 13, 2015

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum,
Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan.

Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain. 

Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sauda. Seperti yang semua orang tahu habbatus sauda sememangnya sangat baik untuk kesihatan kita jadi bila ada produk dari habbatus sauda untuk rambut dan tubuh badan kita Asyik memang cukup suka. Tanpa fikir lagi Asyik terus beli.

Good Virtues Co. ada kelengkapan untuk wajah, rambut dan badan kita, tapi Asyik hanya dapat beli produk untuk rambut dan badan sahaja setakat ini.
HAPPY & HEAVENLY Anti-Dandruff Care Shampoo and Nourishing Hair Fall Protection, RADIANT & RENEWING Anti-Aging & Hydrating Shower Cream, RADIANT &RENEWING Anti-Aging Hand & Body Lotion and HELPFUL & DELIGHTFUL Multiple Repair Hair Serum.
HAPPY & HEAVENLY Anti-Dandruff Care Shampoo and Nourishing Hair Fall Protection salah satu shampoo yang paling Asyik suka. Bau shampoo ni sangat wangi sebab ada habbatus sauda tersebut. Rambut lembut, wangi dan dah kurang rasa gatal pada kulit rambut. Bila pakai tudung ini masalah yang selalu Asyik alami ialah kulit kepala gatal dan berkelemumur. Paling tak suka bila berpeluh rambut akan berbau busuk. RM12.25 untuk 300ml.
HELPFUL & DELIGHTFUL Multiple Repair Hair Serum adalah untuk kekalkan kelembutan rambut dan supaya rambut berbau wangi walaupun tertutup didalam tudung dalam tempoh yang lama. Paling seronok bila husband pun cakap wanginya bau rambut. Maksudnya sebelum ini bau rambut busuk lah yea. haha. Okay dah faham! Bila bangun dari tidur rambut takdelah kembang macam hantu. Goodbye to hantu rambut. haha . Senang sangat nak uruskan bila bangun pagi. RM16.35 untuk 100ml.
RADIANT & RENEWING Anti-Aging & Hydrating Shower Cream boleh buat kulit kita terasa lembut dan licin. Bau tak payah cakap memang wangi. RM8.10 untuk 300ml.
RADIANT & RENEWING Anti-Aging Hand & Body Lotion pula boleh diguna terus selepas mandi. Serius bau dia memang tahan lama dan wangi sangat. Bukan Asyik jea yang cakap bau wangi tapi husband pun suka bau lotion ini. Lotion ini best sebab bila sapu dia tak melekit dan cepat meresap dalam kulit kita. Kelembapan kulit memang terjamin. All product are 100% recommended. RM10.20 untuk 150ml.
Yang ini pula produk untuk lelaki. Asyik belikan untuk husband cuba. Tapi tak tahulah dia dah pakai ke belum. Packaging memang 'win' dan paling menarik ayat-ayat di produk itu. haha. Kalau korang baca pun akan ketawa sebab attractive betul. Pandai diaorang nak buat customer untuk beli. Boleh belikan untuk ayah, abang, adik dan teman lelaki untuk cuba.

Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat website mereka.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Friday, June 12, 2015

Product Review : Ostania Mangosteen Amrita

Assalamualaikum,
Dengar nama Ostania Manggis Amrita macam agak pelik tapi jangan pelik sebab sesuatu yang bagus untuk diri kita bermula dengan hanya buah manggis sahaja. Sebenarnya Ostania Manggis ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali yang membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan kita. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai 'ratu buah', minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima.
Menurut kajian yang telah dijalankan, Xanthones mempunyai kesan yang sangat baik untuk organ dalaman manusia kerana kandungan antioksidan-nya yang tinggi.

Fakta OSTANIA
- Nilai ORAC antioksidan 14186.98
- Tiada tambahan gula
- Tiada pewarna tambahan
- Mengembalikan tenaga
- Pemuliharaan kesihatan
- Fungsi terapeutik
- Anti-penuaan
- Pemanis semulajadi (buah)
- Membantu penghadaman
- Anti-kanser
- Anti-inflamasi
Nilai antioksidan dalam makanan di ukur dalam unit ORAC (Oxegen Radical Absorbance Capacity) oleh National Institute of Aging. Semakin tinggi nilai ORAC, semakin tinggi kandungan antioksidan dan kebolehan untuk meneutralkan radikal bebas. Ostania mempunyai nilai ORAC yang sangat tinggi berdasarkan kajian dan telah disahkan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.
Fakta Saintifik Ostania
Manggis (Garcinia Mangostana L.) mempunyai kandungan kelas Xanthones semulajadi yang terbanyak iaitu sebanyak 43 kelas. Manggis merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan kelas Xanthones terbanyak dalam kategori tumbuhan. Majoriti Xanthones terdapat pada kulit manggis. Xanthones adalah sejenis antioksidan yang berkuasa malah lebih berkesan daripada Vitamin C dan Vitamin E.
Selain dari itu kelebihan Ostania ialah mempunyai potensi terapeutik seperti anti alergi, anti radang, anti tuberculosis. anti tumor, membantu sistem pernafasan, sistem imunisasi, otot dan sendi dan juga kardiovaskular.

Xanthones mempunyai aktiviti biologi yang tinggi dan lebih mengejutkan ia masih belum digunakan dalam perubatan moden. Membantu melawan kanser adalah salah satu daripada khasiat baik Xanthones. Menurut kajian saintifik yang dilakukan di Jepun, Xanthones mampu mempengaruhi pertumbuhan awal tumor.

Uniknya, Xanthones juga mampu merendahkan paras LDL (kolesterol) dengan menghalang LDL dari teroksidasi dengan radikal bebas dan sekaligus menghalang pembentukan kolesterol di dinding salur darah arteri dan aterosklerosis.
Keseluruhan daripada percubaan Asyik sendiri, minuman ini sedikit masam tetapi rasa dia tak pelik pun memang rasa buah-buahan yang sangat bagus untuk badan kita. Jus yang pekat dan sesuai untuk minuman sejuk. Setelah hampir 2 botol Asyik minum alhamdulillah badan bertenaga kalau ke tempat kerja. Waktu tengahari itu memang takdelah mengantuk macam selalu. Asyik suggest korang untuk beli minuman ini.
      
Kalau ada yang nak cuba boleh terus hubungi mereka melalui laman sosial yang mereka ada atau terus daftar dan beli di sini Furley Bioextracts.

Twitter: fuleyb
Instagram: furleybio

Till Next Entry.
Love, Asyik.