Wednesday, May 27, 2015

Beauty Review : Maybelline White Superfresh CC Cream

Assalamualaikum,
Maybelline sekarang ada produk baru iaitu White Superfresh CC Cream. Produk ini sesuai untuk yang tak suka makeup atau pakai foundation yang tebal kerana texture dari CC Cream ini sangat halus and lembut. Bila pakai kulit akan nampak lebih segar dan liang pori akan dapat dilindungi. 

Satu lagi kulit akan jadi lebih cerah dan bersinar tapi bukan berkilat. CC Cream membuatkan kulit kita seolah-olah seperti memakai krim muka harian kerana ia sangat selesa. Jadi kenapa perlu 'touchup' lagi. Pakai saja CC cream ini semuanya selesai. Natural look for your skin. Even you can wear with makeup easily without any problem. #NoMoreTouchUp
Thank you Maybelline for this CC Cream.
The lighting from my picture is quite bad but you still can see the different between apply CC Cream and not applying it. Left picture of my face below look more natural and smooth. So far this CC Cream work well with my skin.
Product: Maybelline New York White Superfresh CC Cream
Availability: All Major Pharmacies
Price: RM27.30 (18ml)

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Sunday, May 24, 2015

Food Review : Monster's Crazy Crunchy

Assalamualaikum,
Yummm yummm. Alhamdulillah kenyang rasanya dapat makan Monster's Crazy Crunchy tak kira waktu. Terdesak pun boleh makan dengan cepat. Cara Asyik kalau tak sempat nak sarapan dan makan tengahari, Asyik makan Monster's Crazy Crunchy jea. Bukan setakat sedap tapi mengenyangkan. Waktu petang pun kalau nak hi-tea sesuai juga makan Monster's Crazy Crunchy. Coklat pekat dan rainbow bubble rice pula ranggup bila kunyah. Digabungkan dua-dua bahan itu sememangnya terbaik.
Menemani waktu membaca buku pun boleh.
Menemani di waktu kerja pun sedap juga. Kat office pun Asyik makan juga.
Bahagian dalam Monster's Crazy Crunchy. Coklat dan rainbow rice yang telah digabungkan.
Makan dengan coklat yang cair memang sedap. Selamat mencuba. Harga RM7 per jar. Nak beli boleh hubungi 0197004166 atau email ke crazycrunchy14@gmail.com atau singgah ke Crazy Crunchy Official.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Friday, May 22, 2015

Terapi Jiwa dan Minda Luxola vs Luxe Nomad

Assalamualaikum,
Bila sudah bekerja saat yang paling diidamkan ialah dapat bercuti. Bercuti itu macam terapi minda dan jiwa untuk hilangkan stress dari kerja yang tak pernah habis. Nak bercuti ini perlu perancangan dari awal supaya bila dah sampai waktu taklah kelam kabut jadinya. Dalam hati ini teringin sangat nak ke Bali. Nampak suasana dan view kat sana sangat cantik dan romantik. Boleh bercuti sambil 'honeymoon'.

Secara jujurnya Asyik belum pernah sampai ke Bali. Jadi kalau boleh nak pergi sana dan rasai sendiri keseronokan dan menikmati keindahan disana. Jadi bila dapat tahu yang LUXOLA ada buat contest untuk memenangi trip ke Bali selama 3hari 2malam, Asyik memang tak fikir panjang lagi selain terus fikir macam mana nak menang dan buat entry yang mungkin akan membuatkan Asyik menang trip tersebut.

Antara penginapan yang Asyik dah tengok di LUXE NOMAD ialah Pandawa Cliff Estate - Villa The Pala. Sangat mewah dan pemandangannya sangat memukau.
Selain dari itu ada Anantara Bali Uluwatu Resort & Spa. Memang cantik tak terkata tempat ini. Salah satu tempat yang menarik untuk menginap kalau pergi Bali.
Satu lagi tempat yang menarik hati Asyik ialah Bidadari Cliffside Estate. Serius memang sesuai dengan nama Bidadari itu. Spectacular view from this place.
Sebab itu perancangan awal itu penting sebelum pergi bercuti. Asyik sekarang ini memang survey dekat LUXE NOMAD jea. Nak booking pun mudah semua dah ada kat situ. 

Satu lagi sebelum terlupa, sebagai wanita kecantikan itu memang selalu perlu dijaga walau nak pergi bercuti. Waktu macam inilah yang perlu sangat-sangat diambil perhatian kerana kulit kita akan mudah terdedah dengan cuaca yang mungkin tidak menentu. Asyik dah sediakan produk yang sesuai untuk dibawa waktu bercuti. Liquid Gold Discovery Collection from Alpha -H's ada 5 produk dalam koleksi ini. 
Terdapat 1 Balancing Cleanser, 1 Liquid Gold, 1 Essential Hydration Cream, 1 Liquid Gold Perfecting Daywear dan 1 Liquid Gold Intensive Night Repair Serum. Kesemuanya mampu menjaga kulit kita sewaktu sedang bercuti atau melakukan aktiviti harian. Dari pagi sampailah kita tidur.
Liquid Gold Intensive Night Repair Serum yang paling best Asyik pakai, sebab ia akan membantu mengurangkan tompok penuaan dan membantu memperbaiki warna tidak sekata pada wajah, melegakan kemerahan dan meningkatkan sintesis kolagen sehingga 119%. Selain itu mampu membuatkan kulit halus dan lembut.
Alpha H Liquid Gold Collection Discovery merupakan set eksklusif yang mengandungi produk jualan paling ikonik dan terbaik. Mengandungi tiga produk Liquid Gold, ini adalah produk yang dicipta untuk menyasarkan keperluan khusus dan sesuai sebagai rawatan memanjakan kulit. Harga memang mampu milik hanya RM 187.50 satu set. Set ini memang sesuai untuk dibawa waktu melancong sebab dah lengkap untuk kegunaan kat sana nanti.
Are you ready for new experience at Bali? Yes, Asyik also excited to be there. Planning dah ada dan yang lain-lain dah siap cuma tunggu waktu sahaja. Go and visit THE LUXE NOMAD to get more information and please go to LUXOLA because there are waiting for your purchase. You can get discount also okay. First order and register dah boleh dapat 15%.
Asyik memang tak sabar nak melawat Bali. Biar menjadi trip yang paling bermakna sekali dalam hidup Asyik. InshaAllah. Satu lagi hadiah khas untuk pembaca blog Asyik ialah 15% diskaun. Gunakan code ini BLX-ASYIK. Selamat bershopping di Luxola.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Saturday, May 16, 2015

Beauty Review : Raily Collagen CC Cream

Assalamualaikum,
Ternyata memang berbeza setelah menggunakannya. Sesuai dengan tagline mereka Jelitamu.. Nyata Berbeza. Nak tahu kenapa Asyik cakap macam itu sebabnya bila pakai jea Collagen CC Cream ini kulit jadi halus dan licin. Dengan gabungan dan sentuhan teknologi dari France dan kandungan SALMON COLLAGEN yang terbukti dapat merawat wajah anda dari dalam. Sekali cuba memang berterusan nak pakai. Texture cream ini halus dan sangat mudah disapu pada muka.Yang paling penting mempunyai SPF 50++ untuk melindungi kulit dari pancaran UV dan UVB.

Kelebihan SALMON COLLAGEN
  • mengatasi masalah kulit muka yang berjerawat dan berjeragat
  • menyerahkan kulit muka
  • meratakan tona kulit yang tidak sekata
  • membaiki kulit dan struktur kulit muka dari dalam
  • menghilangkan punca muka berminyak
  • melindungi kulit muka dari pancaran UV dan UVB
  • menstabilkan hormon dan stress
  • menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah
  • menutup pori-pori muka yang terdedah pada kotoran dan habuk yang boleh menyebabkan bintik hitam
  • menganjalkan dan menegangkan kulit muka anda
  • memberikan kelembapan pada wajah dan tahan lebih dari 10jam
Asyik suka design dan rekabentuk botol CC Cream ini sebab mudah dipegang dan menarik warnanya. Macam tengah guna produk yang mahal walaupun harga CC Cream ini sangat berbaloi untuk dimiliki.
Cara Penggunaan
Langkah 1: Picitkan CC Cream di telapak tangan dan calitkan di bahagaian utama wajah iaitu leher, hidung, pipi, dagu dan dahi.
Langkah 2: Urut secara perlahan sehingga CC Cream meresap ke dalam kulit.
Langkah 3: Tidak perlu memakai krim siang mahupun sunblock kerana CC Cream bertindak sebagai anti pancaran sinar UV dan UVB juga dapat mencerahkan wajah.
Langkah 4: Tidak perlu memakai bedak compact kerana CC Cream bertindak sebagai pelembab dan dapat mengawal lebihan minyak di wajah.
Langkah 5: Selepas 15 minit wajah anda menjadi lebih berseri dan licin. 

p/s: Sila tekan botol lebih kurang 3 minit untuk menaikan bebola impulse@tekana bagi memudahkan CC Cream keluar. Jika masih tidak keluar sila buka penutup untuk melancarkan edaran udara sebelum menutup kembali dan tekan seperti biasa.
Hasil sapuan pada wajah Asyik. Boleh nampak perbezaan di kulit wajah selepas satu sapuan sahaja. Boleh lihat kulit jadi halus dan licin dan tak nampak lagi bintik hitam atau parut kecil pada muka. Bau krim ini sangat menyenangkan dan korang takkan rasa pun sebenarnya ada krim dimuka.
Selamat mencuba yea semua. Rated : 4.5/5. 
Harga CC Cream With Salmon Collagen.
Hanya RM65 SM 
Hanya RM70 SS

Visit :
Facebook: RailyCosmetic
Instagram: railycosmetic
Email : admin@railycosmetic.com
SMS/WHATSAPP SEKARANG DITALIAN 011 3295 8062 / 017 903 2179

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Friday, May 15, 2015

Special for my readers!

Assalamualaikum,
For those who love online shopping or crazy about beauty product you should visit this page. They offer a lot of product for women and men. And the best part is I am giving you special code or discount actually, for you to shopping. Yes, you can use it for your next purchase. Go and use 15% discount NOW. 

Promo Code : BLX-ASYIK
Visit : LUXOLA

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Sunday, May 10, 2015

7 May 2015

Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang indah dengan ciptaan Allah S.W.T ini. Genap 29 tahun untuk tahun 2015. Usia makin tua tapi masih banyak yang belum dicapai. 

Setakat ini memang bersyukur dikurniakan suami yang baik dan penyayang, keluarga mertua yang sporting, pekerjaan yang agak baik dan kehidupan yang dijalani penuh dengan kasih sayang. Jauh dari keluarga sendiri memang sebenarnya mencabar. Keluarga di Penang Asyik di Kelantan. Rindu sudah semestinya. Nak jumpa itu memang jarang tapi apa boleh buat demi masa depan keluargakan.

Birthday tahun ini simple jea sambutannya sebab hari bekerjakan. Jadi lepas waktu kerja keluar makan dengan suami dan keluarga mertua. Cukuplah itu kan. Waktu kelas dapat pula kad comel dari student. Kreatif juga budak-budak ini. Thank you pada yang ucapkan hari lahir dalam instagram, facebook dan whatsapp. Sayang korang ketat-ketat. hehe
           
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Saturday, May 9, 2015

Dubu Dubu Daebak

Assalamualaikum,
Teringin pula nak makan Korean food, last dapat makan Korean food sebulan yang lepas. Lama juga, itu pun masa ke IOI City Mall Putrajaya. Pergi sana sebab nak cuba tengok District 21. Tengok saja bukan nak main sangat pun sebabnya kesuntukan masa. Habis jea jalan-jalan beli barang apa yang patut macam biasa dah penat mesti lapar. Mula-mula itu kononnya nak makan kat Magnum Cafe tapi cari tak jumpa dan perut dah berkeroncong sangat jadi Dubu Dubu di depan mata maka masuk terus tanpa fikir panjang.

Asyik memang pengemar makanan Korea. Kalau boleh semua nak cuba asalkan halal. Asyik order Honey Garlic Bulgogi Beef Set dan husband order Dol Sot Bibimbap. Penat juga nak habiskan sebab banyak pula lauk dia. Tapi puas hati dapat makan Korean food. Harga pun takdelah mahal sangat sebab berpatutan dengan kuantitinya. Dol Sot Bibimbap RM17.90 dan Honey Garlic Bulgogi Beef Set RM20.++. Mungkin pada bukan peminat Korean food mungkin akan cakap mahal tapi pada Asyik asalkan sedap dan suka, harga pun berpatutan Asyik dah okay. Alhamdulillah kenyang.
Dol Sot Bibimbap RM17.90 
Honey Garlic Bulgogi Beef Set RM20.++
District 21 tapi gambar tak banyak sangat yang Asyik ambil asalkan dapat tengok dan tahu kewujudannya disitu okaylah kan. Mana tahu nanti ada peluang nak pergi main pula.
 Laparrrrrr...
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Sunday, May 3, 2015

Travel : Pulau Perhentian

Assalamualaikum,
Setelah bertukar tempat kerja ke Kelantan banyak betul perkara yang baik terjadi. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah S.W.T. selepas kahwin ini. Salah satu rezeki minggu lepas pada 28,29 dan 30 April 2015 Asyik berpeluang ke Pulau Perhentian bersama dengan pelajar. Yang suka itu sebab tak perlu bayar apa-apa pun. Semuanya dah disediakan dan diuruskan oleh pelajar. Asyik dan Giorgio cuma perlu menjadi pensyarah pengiring saja. Memerhati dan memberi pandangan sekiranya pelajar tersebut memerlukan.

Tujuan ke Pulau Perhentian adalah untuk memenuhi kehendak subjek yang mereka ambil iaitu mengadakan satu aktiviti amal. Jadi mereka memilih untuk membuat kerja amal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Kerja amal bersama dengan pelajar sekolah tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang grafik atau komunikasi visual disamping untuk memberi keyakinan kepada pelajar berhadapan dengan dunia realiti selepas habis pengajian nanti. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Sambil memantau sambil bercuti. Pepatah itu untuk Asyiklah tak sesuai untuk pelajar. hehe

Asyik memang teruja sangat nak pergi Pulau Perhentian ini sebab pulau ini memang popular dengan kecantikan tempatnya. Sememangnya tidak mengecewakan. Benda pertama Asyik teruja ialah air laut yang sangat jernih, siap boleh nampak ikan dalam itu. Masa itu terasa kagum sangat dengan ciptaan-Nya. Pengalaman naik bot yang dah macam naik 'roller coaster' sangat menyeronokan walaupun takut juga sebenarnya.

Dapat tengok kehidupan penduduk-penduduk di pulau memang memberi pengalaman yang mengujakan. Ditambah lagi dengan penduduknya memang peramah dan baik. Asyik tambah teruja sebab dapat snorkeling. Pertama kali dalam hidup snorkeling ini, memang takut sebab Asyik bukannya pandai berenang pun tapi sebenarnya tak perlu nak tahu berenang kalau nak snorkeling cuma kena berani dan tak gelabah jea. Teruja bukan main lagi. Ada 4 tempat yang tour guide bawa. 

Mula-mula tempat untuk training supaya dapat biasakan diri dalam air laut. Tempat kedua dibawa tengok penyu. Memang dapat tengok 'live' penyu tengah berenang. Malah dapat berenang dekat dengan penyu cuma tak dapat nak ambil gambar jea. Rugi aihhh. Tapi takpe sebab pengalaman itu yang penting. Tempat ketiga dibawa ialah kawasan ikan yang comel-comel belaka dan salah satu ikan itu ialah nemo. Jinak-jinak betul ikan itu. Langsung tak takut dengan orang. 

Di kawasan ini juga dapat lihat terumbu karang yang SubhanAllah cantik sangat. Besar-besar pula itu semuanya. Sebelum ini dapat tengok didarat yang kecil-kecil jea tapi kali ini dapat lihat secara 'live' terumbu karang yang besar di dasar laut. Rugi siapa yang tak cuba snorkeling. Asyik rasa tak puas lagi walaupun empat tempat dibawa. Dan sangat puas hati dapat mengalami semua pengalaman itu. Okay sebelum Asyik membebel banyak lagi Asyik dah sediakan untuk korang gambar-gambar sepanjang aktiviti Asyik di Pulau Perhentian.
Ready untuk bertolak ke Pulau Perhentian.
Dah sampai di Pulau Perhentian dan sedang memerhati pelajar-pelajar yang seramai 60 orang menguruskan kerja mereka.
Sambil itu Asyik cuci mata tengok keindahan di Pulau Perhentian. Air laut sangat jernih siap nampak ikan.
Hari pertama di Pulau Perhentian dapat lihat pemandangan yang indah ini.
Green Art Camp 'Code'munity sudah bermula. Kita lihat apa yang pelajar sedang buat.
Malam pertama sesi 'ice breaking'.
Selain aktiviti dengan pelajar sekolah mereka juga ada membuat mural di sekolah tersebut.
Syukur semua pelajar suka dengan aktiviti ini.
Ini group mural yang membantu memeriahkan kembali mural yang sedia ada.
Alhamdulillah semuanya berakhir dengan sangat bagus dan boleh dibanggakan.
Snorkeling moment is the best. Thank you student for the picture. 
Salah satu masjid di Pulau Perhentian.
Sampai di sini saja kita jumpa lagi di entry seterusnya. 

Till Next Entry.
Love, Asyik.