Thursday, December 31, 2015

2015 Yang Paling Bermakna

Assalamualaikum,
Tahun 2015 semakin meninggalkan kita. Setakat ini tahun 2015 banyak memberi kenangan yang manis dan Alhamdulillah baik-baik belaka. Bermula pada awal tahun 24 Januari 2015 dengan tamatnya zaman bujang Asyik bersama dengan yang tersayang. Yang sudah 10 tahun kenal dan akhirnya kami ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Saat yang paling membahagiakan bila dua keluarga dapat bersama. 
Dia Imamku sekarang dan selamanya. InshaAllah. :)
Terima kasih sangat-sangat untuk keluarga Asyik dan keluarga sebelah mertua yang banyak membantu selama ini.
Majlis akad nikah kami ringkas jea hanya buat di masjid yang berdekatan dengan rumah dan ahli keluarga kedua belah pihak ramai juga yang datang. Majlis akad nikah buat waktu pagi dan kenduri dibuat pada tengahari. Walaupun ringkas dan tak ramai sangat jemputan tapi puas hati sebab ahli keluarga keseluruhannya dapat datang.
Baju kahwin Asyik memang adik sponsor sepenuhnya. Asyik cuma beli baju untuk akad nikah dan majlis khatam Al-Quran saja. Boleh simpan untuk kenangan. Kek kahwin pun adik sponsor, dan ada beberapa hantaran yang makcik-makcik bagi. hehe. Banyak dah jimat sebenarnya. Katering, pelamin dan makeup semua dapat harga pakej dan boleh dikatakan murah lah juga cuma ada beberapa perkara yang kurang puas hati sikitlah bab pelamin. Tapi takpelah semua dah lepas dan berjalan lancar. 
Alhamdulillah semuanya mengikut seperti yang dirancang dan semua ahli keluarga pun gembira. Banyak kenangan manis 2015 ini. Dapat bertukar tempat kerja pun salah satu perkara yang terbaik juga terjadi. Memang rezeki Allah S.W.T itu ada dimana-mana saja.
Keluarga sebelah mertua yang bersusah payah datang dari Kelantan untuk ke Penang. Love you all always. 
Satu lagi berita gembira yang Allah S.W.T beri kepada kami sekeluarga ialah dengan kehadiran orang baru yang Alhamdulillah dah 5 bulan sekarang dalam perut Asyik. hehe. Syukur sangat dengan rezeki dari Allah S.W.T ini. Ini merupakan cucu sulung buat ibu bapa Asyik sebab Asyik anak sulung dan yang pertama berkahwin.
Alhamdulillah baby aktif sangat sekarang. Tak sabar nak jumpa bulan 5 2016 nanti. Doakan untuk Asyik semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipanjangkan umur untuk melihat semua keindahan Allah S.W.T. ini.
5 bulan tapi ramai yang cakap perut kecil sangat. hehe. Takpe asalkan baby sihat dalam perut. Kami bakal ibu bapa yang sangat excited sekarang. Banyak perkara baru yang kami sedang belajar sekarang. Semoga dipermudahkan nanti.
Tanpa mak semua ini takkan terjadi. Terima kasih mak kerana menjaga dan membesarkan sehingga berjaya sekarang ini. Sayang mak tiada tandingannya. Semoga mak sihat dan dipanjangkan umur dan murah rezeki selamanya. InshaAllah. Harap 2016 memberi kita banyak kenangan manis yang dapat disimpan dan dikenang kelak. Amin.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

5 comments:

  1. Alhamdulillah kak, tahniahhhh atas kisah2 gembira pada tahun 2015.. semoga Allah ceriakan lagi kehidupan akk untuk tahun2 seterusnya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Wonderful things happen to you Kak Asyik. Semoga Kak asyik dan baby sihat. Tahniahhh! semoga tahun baru 2016 memberi seribu makna utk kak Asyik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pika..semoga 2016 pun memberi seribu makna yg baik utk Pika..:)

      Delete
  3. Congrats for the special events in your life...May good things or aspects more to happen in your life this 2016.

    ReplyDelete