Friday, June 5, 2015

Persepsi Orang Luar dari Kelantan

Assalamualaikum,
Lama tak berkongsi cerita tentang diri sendiri dan keluarga Asyik. Kali ini Asyik nak cerita serba sedikit kehidupan Asyik di Kelantan. Boleh dijadikan cerita sejak 3 bulan menetap di Kelantan alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik belaka dan juga kali kedua untuk mak Asyik datang ke Kelantan. 

Ceritanya ialah persepsi mak Asyik bila datang ke Kelantan. Kali pertama mak datang dah lama sangat, masa itu Asyik masih bersekolah lagi. Kali ini mak datang Asyik dah berkahwin pun. Untuk orang yang mungkin belum pernah datang ke Kelantan kebanyakan persepsi awal mereka ialah Kelantan ini tak ada apa-apa yang menarik dan mungkin dalam bahasa kasarnya mundur. Itu yang mungkin mak Asyik anggap pada awalnya tapi persepsi dia berubah 100% selepas datang ke Kelantan baru-baru ini. 

Mungkin benar Kelantan ini tak ada panggung wayang dan tempat-tempat hiburan yang melalaikan itu tapi tak bermakna Kelantan tidak maju. Banyak sangat tempat yang menarik kat Kelantan ini. Asyik sendiri belum habis lagi berjalan-jalan. Paling suka bila dapat shopping sebab kebanyakan rakyat Kelantan ini sangat suka berniaga. Banyak barang-barang yang menarik yang boleh kita beli dengan harga yang sangat berpatutan. Setakat ini takde pun rasa kekurangan apa-apa, sebab apa yang nak ada jea.

Satu lagi bab makanan memang 'win', banyak pilihan boleh cuba. Kalau tak percaya datang sini dululah. Macam mak Asyik datang sini dia cakap bestnya, banyak sangat tempat menarik. Tak cukup masa katanya nak pergi semua tempat aritu. Asyik cuma sempat bawa mak pergi kenduri kawan dia di Pengkalan Chepa, bawa ke tempat kerja Asyik di Bachok dan jalan-jalan di Kota Bahru. Lepas itu keluarga mertua bawa mak ke Rantau Panjang untuk shopping dan kenal-kenal tempat kat sana. Bukan main seronok dia sampai dah tak larat nak berjalan.

Siapa yang cakap Kelantan ini tak ada apa-apa, silalah datang dulu sebelum buat judgement. Kenal dan rasai sendiri budaya kat sini dan korang akan tahu apa keistimewaan mereka. 3 bulan Asyik kat sini Asyik boleh tengok apa yang negatif dan positif tentang mereka. Tapi sememangnya sangat seronok tinggal kat sini. Nak cakap tak ada event, tiap-tiap minggu Asyik tengok bersepah event kat Kota Bahru itu. Jadi jangan cakap sesuatu yang belum pernah korang rasai sendiri. Don't judge a book by its cover. Nampak tak cantik atau tak teratur tak bermakna benda atau tempat itu tak bagus.
Happy me and my mom. Suka mak dapat jenjalan.
     
Asyik dengan mak, adik bongsu dan juga suami tersayang.
Bawa mak kenal tempat kerja Asyik. hehe
Kat tempat kerja ada mini zoo. Boleh tengok rusa dan ostrich.
    
4 hari mak dan adik kat Kelantan tak puas lagi ini. Next time kita pergi jalan-jalan lagi. Muahhh. Setakat ini jealah celoteh Asyik untuk korang. Mana yang baik itu dari Allah S.W.T yang buruk itu dari Asyik.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

4 comments:

  1. Saya pernah datang Kelantan and yes, bought a lot of clothes there. Nice place to shop <3

    http://www.kinikunormal.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..xpuas shopping kt sini..byk tempat best..:)

      Delete
  2. Replies
    1. haha..nmpk muda ke? terima kasih..anak nmpk tua dah..ha3

      Delete