Skip to main content

Dubu Dubu Daebak

Assalamualaikum,
Teringin pula nak makan Korean food, last dapat makan Korean food sebulan yang lepas. Lama juga, itu pun masa ke IOI City Mall Putrajaya. Pergi sana sebab nak cuba tengok District 21. Tengok saja bukan nak main sangat pun sebabnya kesuntukan masa. Habis jea jalan-jalan beli barang apa yang patut macam biasa dah penat mesti lapar. Mula-mula itu kononnya nak makan kat Magnum Cafe tapi cari tak jumpa dan perut dah berkeroncong sangat jadi Dubu Dubu di depan mata maka masuk terus tanpa fikir panjang.

Asyik memang pengemar makanan Korea. Kalau boleh semua nak cuba asalkan halal. Asyik order Honey Garlic Bulgogi Beef Set dan husband order Dol Sot Bibimbap. Penat juga nak habiskan sebab banyak pula lauk dia. Tapi puas hati dapat makan Korean food. Harga pun takdelah mahal sangat sebab berpatutan dengan kuantitinya. Dol Sot Bibimbap RM17.90 dan Honey Garlic Bulgogi Beef Set RM20.++. Mungkin pada bukan peminat Korean food mungkin akan cakap mahal tapi pada Asyik asalkan sedap dan suka, harga pun berpatutan Asyik dah okay. Alhamdulillah kenyang.
Dol Sot Bibimbap RM17.90 
Honey Garlic Bulgogi Beef Set RM20.++
District 21 tapi gambar tak banyak sangat yang Asyik ambil asalkan dapat tengok dan tahu kewujudannya disitu okaylah kan. Mana tahu nanti ada peluang nak pergi main pula.
 Laparrrrrr...
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. Asyik penah try sundubu jigae dubu2..bg iolls sedap, nati leh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pernah lagi.. nanti Asyik cuba pula yg tu..;)

      Delete
  2. sedapnya ! merindui korea dan makanan korea !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.