Saturday, April 18, 2015

Bukan Senang Nak Jadi Senang. Bukan Susah Nak Jadi Susah.

Assalamualaikum,
Apa khabar korang semua? Alhamdulillah Asyik so happy now with new status as a wife and new workplace. Allah S.W.T itu tahu yang terbaik untuk kita kan. Sebelum ini selalu merungut kenapalah rezeki nak dapat kerja yang diidamkan susah sangat. Banyak kali dah cuba tapi masih lagi belum ada rezeki. Lepas habis belajar, hampir setahun lebih dah Asyik tamat belajar dalam Master in Visual Communication and New Media. Banyak dugaan sebelum boleh berjaya ini. Masalah dengan duit, transport dan macam-macam dugaan yang sangat mencabar. Habis belajar sempat jugalah Asyik menganggur dalam 4-5 bulan kalau tak salah. Habis konvo barulah nampak ada peluang untuk kerja. Alhamdulillah Asyik berpeluang kerja dengan international school. So jadi cikgulah Asyik waktu itu. 

Sekolah ini memang mencabar juga sebab kena mengajar pelajar-pelajar dari luar negara yang menetap di Malaysia. Kebanyakannya anak-anak orang yang ternama jugalah. Bukan senang tau nak melayan kerenah mereka ini. Tersilap marah tersalah cakap mahu kena kita. Tapi Asyik suka mengajar kat sini sebab diaorang ini comel sangat. Mahu tak comel semua mixed macam-macam bangsa. hehe. Dapat bergaul dengan bangsa asing ini memang membuka minda Asyik. Ada budaya yang baik yang boleh kita ikut.

Waktu kerja kat sini Asyik memang takde transport lagi jadi menyewa kat Jalan Klang Lama, dari situ naik train nak ke sekolah. Memang cari rumah yang berdekatan dengan train jea. Complicated juga sebab jauh dari rumah, sampai di hentian yang berdekatan sekolah kadang-kadang takde teksi so terpaksalah jalan kaki. Masa ini fikir supaya selamat sampai jea, sebab kawasan ini banyak anjing dan kawasan dia scary sikit sebab banyak bengkel kereta dan sunyi. Demi mencari rezeki Asyik sabar. Family memang risau sangat tapi Asyik cakap takpe jangan risau. Alhamdulillah yakin dengan Allah S.W.T memang tak ada yang bukan-bukan jadi. Waktu ini tunang banyak tolong juga, petang-petang kalau dia tak ada kelas dialah yang tolong ambil balik dari kerja (husband dah sekarang ini) hehe. 

Lepas itu Asyik mencuba lagi untuk dapatkan kerja idaman tapi kecewa lagi. Asyik berhenti kerja kat sekolah ini dan kerja di salah satu universiti swasta di Shah Alam sebagai pensyarah. Masa kerja kat sini pun Asyik belum ada transport lagi. Menyewa kat Shah Alam, nak pergi kerja awal-awal itu jalan kaki sebab rasa macam dekat jea dengan rumah tapi lama-lama disebabkan kerja yang terlalu banyak dan memikirkan keselamatan diri Asyik naik teksi. Nak jimat ini bukan mudah tau kat Shah Alam. Semua nak kena bayar dan perlukan duit. Sebulan kerja, husband pun dapat kerja yang sama (tunang waktu ini) dengan tempat Asyik. Dia baru habis belajar jadi Asyik suruh dia cuba kerja kat tempat Asyik juga. Alhamdulillah dapat pula. Dia yang banyak membantu Asyik kalau ke tempat kerja. Syukur sangat ditemukan dengan dia. Dari masa belajar sampai sekarang tak pernah bosan tolong Asyik. Kerja kat sini jugalah Asyik dapat beli kereta sendiri. hehe

Sekarang dah hampir 3 bulan jadi isteri dia dan lagi sekali Asyik dan husband dapat kerja ditempat yang sama yang dari dulu Asyik dan dia idamkan. Pensyarah di salah sebuah universiti awam di Kelantan. Alhamdulillah, dapatlah husband balik kampung dia. hehe. Dekat juga dengan kampung Asyik kat Penang. 3 kali Asyik cuba kerja ini, lepas kahwin baru dapat rezeki kerja kat sini. Allah S.W.T itu maha mengetahui bila waktu terbaik untuk DIA beri. Alhamdulillah, walaupun jauh dari bandar besar tapi kat sini lebih tenang dan bahagia dengan suami. Apa yang Asyik nak boleh dikatakan setakat ini boleh dapat dan InshaAllah takkan lupa semua yang banyak membantu. Terutama sekali keluarga sendiri dan keluarga mertua.

Okay panjang pula membebel kali ini. Kat Kelantan pun banyak tempat menarik tau. Selalu Asyik gagal nak control nafsu shopping. hehe. Nasib baik ada suami yang supportive gitu. Ikut jea isteri dia yang banyak kerenah ini. Asyik suka juga shopping online sebab kadang-kadang ada yang menarik dan unik. Bila Asyik rasa susah nak dapatkan secara terus Asyik akan survey dan beli online. Especially bab baju, memang Asyik cerewet sikit. Asyik sekarang suka beli baju yang ready to wear yang senang dan mudah nak pakai. Kadang-kadang cari material yang tak payah iron. hehe. (malas gitu). Satu lagi kena unik dimata Asyik.

Tak tahu mana nak dapatkan baju yang cantik, unik dan selesa? Haaa kat Zalora Indonesia ada banyak pilihan. Tergugat nafsu shopping Asyik. Susah nak pilih sebab semua cantik dan unik. Sebenarnya ada dah yang berkenan. Kat bawah ituuuuuuu... Tak nak gitau korang yang mana nanti korang beli pula. hehe. Happy shopping now!
Till Next Entry.
Love, Asyik



*Bukan Senang Nak Jadi Senang. Bukan Susah Nak Jadi Susah. Bersyukurlah Selalu.

4 comments:

  1. lamanya nana xsinggah sini.....tau2 je sis da kawen..masih blm tlmbat lg kan nak ucap selamat pengantin baru!! wah sis duk qlate ke...kt area mana tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa khabar nana? terima kasih..lepas ni dtg selalu sini..hehe..
      a'ah dok kelate skrg, kt tanah merah..;)

      Delete
  2. wahhh seronoklaaa keje kt kampung..sy pening keje kt kl asyik jem je,,,
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt balik kampung suami mmg best.. dulu keje kt kl mmg pening dgn jammed jea..skrg Alhamdulillah.. terima kasih dtg melawat..:)

      Delete