Skip to main content

Nandos #AjakAyam

Assalamualaikum,
Lebih kurang sebulan yang lepas ceritanya dalam entry ini. Punyalah lambat Asyik nak update. Sekarang ini memang kurang mood nak update blog, tak tahulah apa masalah punya malas. Malas sangat-sangat sampai nak makan pun kadang rasa malas nak buat.

Okay sambung cerita utama pasal Nandos, Suzai yang ajak makan-makan. Tak tahu pun dia nak ajak makan kat Nandos, memang betul ajak-ajak ayam. haha. Asyik dengan blurnya siap tanya lagi nak makan kat mana sedangkan Suzai dah invite dalam facebook untuk accept ajak ayam Nandos. Pastu barulah faham rupanya Suzai nak belanja Nandos dengan kawan-kawan blogger dan kawan dia yang lain. Slow betul Asyik sekarang ini.

Lebih kurang 14orang yang datang temasuk Suzai. Blogger yang hadir Sabrina ataupun Sabby Prue, Syafiqah Hashim, Susuegoodday dan Ruby. Yang lain Asyik kurang kenal sebab kebanyakanya kawan sekolah atau rakan tempat kerja Suzai. Tapi kitaorang sangat seronok dapat berborak lama-lama, bergosip sikit, hehe. Tak sama macam jumpa kat event, kalau jumpa kat event boleh borak sekejap jea. Thank you so much Suzai, hope to see you girls again.
Syafiqah, Sue, Sabby, Asyik and Suzai.
My partner in crime always Giorgio Izas.
Makan sampai kenyanglah bila orang belanja.
Boleh cuba terjah website Nandos ni. Link AjakAyam.com

Till Next Entry.
Love, Asyik.



*Gambar wedding pun belum update lagi, lama-lama basi nak cerita tapi malas betul nak edit. huhu. Sabar yea korang nanti Asyik cuba juga-juga update.

Comments

  1. sedapnya makanan..hehe... dpt berkmpul ramai2 ngan kwn2 memg best kan :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah selalu nk jumpa xboleh sgt sbb semua busy jer..;)

      Delete
  2. Seronok dapat jumpa kengkawan , lepak borak2 kan .

    ReplyDelete
  3. Bestnya makan berjemaah...
    Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
    Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

    ReplyDelete
  4. woot woot kemain intro cte ats tuh hehehe blur naw ye kak XD

    ReplyDelete
  5. eh lupe hehe minta akk include lah LINK AjakAyam.com suh je dorg g usha sndri k tq til we meet again insyAllah tc kak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.