Sunday, March 29, 2015

Look Post : Arissa Patch Jubah + Lauren Printed Shawl

Assalamualaikum,
Kehidupan perlu diteruskan walaupun beribu masalah datang kepada kita. Itu menunjukkan yang kita kuat dan redha dengan ketentuan-Nya. Cari peluang dan waktu untuk membuat diri bahagia contohnya berkelah, melancong dan santai dengan keluarga, atau tanam pokok bunga macam Asyik buat. hehe. Itu salah satu cara Asyik nak hilangkan stress dan buat diri rasa bahagia. Nanti kalau ada peluang Asyik kongsi dengan korang my own little garden. 

Tak tahu lah layak ke tak panggil garden sebab tanam dalam pasu jea pun ataupun ikut satu lagi tabiat Asyik suka shopping. haha. Puas hati kalau dapat beli apa-apa dengan hasil titik peluh sendiri dan yang penting pastikan ia berbaloi. Tapi jangan pula setiap hari korang bershopping. Itu boros namanya. Okay Asyik nak kongsi one of my favourite butik yang sememangnya popular sekarang ini iaitu CALA QISYA. Asyik memang suka sangat dengan jubah-jubah yang diaorang buat sebab selesa, cepat, mudah dan senang nak pakai. 

Yang terbaru Asyik beli ialah Arissa Patch Jubah. Design cantik dan ringkas. Sekarang ini favourite color Asyik ialah GREY! Tak tahulah kenapa suka sangat warna ini sekarang. Sampai bantal tidur pun nak cari warna grey, bukan setakat itu saja sampaikan baju husband pun Asyik beli warna grey sekarang. Sebab dulu Asyik memang kurang suka grey ini sebab nampak tak ceria langsung tapi sekarang pelik sungguh. Asyik nampak grey sangat cantik! hehe

Dan new butik di Shah Alam iaitu Fiska, Asyik jatuh cinta dengan Lauren Printed Shawl diaorang. Senang dan selesa nak pakai. Yang ini pun ada warna grey okay! Asyik ini cukup malas nak iron baju or tudung. Kalau boleh nak terus pakai jea. Nasib baik shawl ini ada, lilit-lilit jea terus jadi. Yes, memang akan datang untuk dapatkan lagi shawl Lauren Printed ini. 

Korang dah jumpa cara nak buat diri rasa bahagia? haaaa jomlah kita membahagiakan diri sendiri. Tak perlu stress-stress okay. Asyik nak sambung shopping sebelum GST! hahahaha.. Cuci mata dulu bagi lilapliplap. ;p
Arissa Patch Jubah : CALAQISYA
Lauren Printed Shawl : FISKA
Bag : Unbranded
Bow Heels : VINCCI

Till Next Entry.
Love, Asyik.

2 comments: