Tuesday, February 17, 2015

Look Post : Numa Fishtail

Assalamualaikum,
Dah lama rasanya Asyik tak buat entry OOTD dalam blog ini. Tak tahu kenapa malas sangat nak edit gambar tapi malam ini gagahkan tangan juga nak buat sebab tengok blog dah macam blog iklan jer. hehe. 

Alhamdulillah sekarang Asyik dah ada peneman seumur hidup. Rasa agak berbeza sikit sekarang ini sebab status itu dah lain. Kadang-kadang macam tak percaya yang diri ini dah kahwin. Selalu cakap kat husband, eh macam tak percaya kan kita dah kahwin sebenarnya. haha. Sebab feeling itu macam tengah berkawan lagi. Maybe sebab kitaorang dah kenal lama kot. Tarikh kitaorang kahwin haritu cukup 10 tahun 1 bulan kitaorang kenal.

Nanti Asyik share gambar-gambar kahwin dengan korang yea. Tunggu official photographer bagi gambar dulu. Terima kasih juga pada yang wish dalam blog, facebook dan instagram haritu. 
Satin Shawl : Aisyah Almanshoor
Numa Fishtail 2.0 : CalaQisya
Flats : Vincci
Jeans : F.O.S
Bag : FILA
Till Next Entry,
Love, Asyik.

2 comments: