Monday, September 29, 2014

Food Review : Polperro Steak House

Assalamualaikum,
Ini kali kedua Asyik makan di Polperro Steak House. Kalau dah masuk kali kedua maksudnya makanan kat situ memang sedap. Mana ada orang yang nak datang lagi kalau makanannya kurang enak. Membazir duit namanya itu. Polperro Steak House menyediakan pelbagai jenis makanan barat yang sememangnya akan membuatkan perut anda kenyang dan lidah anda terasa nak lagi. Kalau nak pergi jangan lupa ajak Asyik sekali yea.

Polperro Steak House
Address: 24, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone: 013-255 4721
Hours: 5:00 pm – 12:00 am
Chicken Grill Black Pepper. Rated: 5/5
Grill Salmon. Rated: 4/5
Masa untuk makan. Yumm yumm.
Till Next Entry.
Love, Asyik

Sunday, September 28, 2014

Food Review : Bob Republic Burger Bakar and Ribs

Assalamualaikum,
Burger bakar memang tengah popular sekarang ini dan Asyik pun suka dengan rasa dan keunikan burger bakar ini. Tak seperti burger yang biasa yang mana dagingnya agak berminyak. Burger bakar dari Bob Republic Burger Bakar and Ribs juga ada keistimewaan mereka tersendiri. Roti yang digunakan diperbuat daripada arang buluh rebung dan roti tersebut berwarna hitam. Jangan terpedaya dengan warna hitam roti yang nampak kurang enak tapi sebenarnya roti itu lembut dan sedap. Dagingnya yang semestinya dibuat sendiri pula 97 peratus merupakan daging cincang dan selebihnya adalah rempah-ratus yang dirahsiakan malah ia tidak menggunakan tepung untuk mengikat atau menggebukan daging tersebut seperti kebanyakan gerai burger bakar lain. 

Antara menu istimewa di Bob Republic Burger Bakar ialah Dear Love iaitu burger yang diletakkan daging bakar serta daging salai lalu dilapiskan dengan keju cair. Dear Love memang sedap Asyik dah cuba haritu di cawangan mereka di Seksyen 7 Shah Alam. Banyak lagi menu-menu yang sedap dari mereka, korang boleh pergi mana-mana cawangan mereka yang berdekatan. Selain di Shah Alam, gerai Bob Republic Burger Bakar turut ada di Subang Jaya, Taman Desa, Jalan Kelang Lama, Alor Star, Pandan Perdana dan di Kota Bharu, Kelantan menggunakan nama Planet Grill. Jom terjah sekarang.
Inilah burger bakar Dear Love. Rated: 5/5
Simple jer kedainya tapi menu tahap 5 bintang kat hotel yea.
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Saturday, September 27, 2014

Movie Review : Hijrah Cinta

Assalamualaikum,
Kalau filem Islamik dari Indonesia tak pernah lagi Asyik tengok mengecewakan dan Hijrah Cinta antara filem yang terbaik dari Indonesia. Memang boleh buat kita sedar dengan realiti hidup dan betapa kita seharusnya mencuba untuk berubah menjadi yang terbaik. Filem ini memang memberi kesan pada diri Asyik. Menitis air mata tonton filem ini, tak tahulah pada korang tapi Asyik memang agak sensitif kalau filem tentang kekeluargaan dan keagamaan ini. Filem ini diadaptasi dari kisah benar dan sememangnya terbaik. Pergilah tonton carilah mana-mana sumber yang boleh untuk dapatkan filem ini. Tak rugi kalau tengok.

SINOPSIS
Naskah yang menceritakan tentang Allahyarmah Ustaz Jefri Al Buchori atau lebih dikenali sebagai Uje. Uje pada usia mudanya sering hanyut dalam kenikmatan dunia dan mensia-siakan bakatnya sebagai seorang aktor dan model ternama dan sering dijauhi dari teman-temannya. Ibunya sering mendoakan agar Uje berubah dan akhirnya perkenalan Uje dengan seorang gadis bernama Pipik telah mengubah hidupnya.
Terima kasih TGV Cinema untuk tayangan yang hebat ini. 
Movie rated: 5/5
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Wednesday, September 24, 2014

Lunch Date with Syarif Sleeq - Hanya Satu

Assalamualaikum,
Tonton (www.tonton.com.my) telah melancarkan sebuah lagi siri web original Hanya Satu yang menampilkan Syarif SleeQ, Kilafairy, Qhaud Rashid, Fezrul Khan dan Wan Sharmila bersama bintang jemputan Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah. Menerusi kejayaan siri original terdahulu Autumn Di Hatiku Musim 1 & 2, Dan Calonnya Adalah serta Stand Up, Hanya Satu mengisahkan cabaran dan jerih perih perjuangan seorang anak seni yang baru menceburkan diri dalam industri hiburan tempatan.

SINOPSIS
Hanya Satu berlatarkan kisah hidup pasangan muda, Syarif (Syarif SleeQ ) dan Suria Hana (Kilafairy), yang begitu mengemari bidang muzik. Syarif, Suria serta rakan baik mereka Ally (Qhaud Rashid) seringkali menyertai aktiviti “jamming” sambil mengasah bakat muzik bersama. Suatu hari, Syarif mendapat tahu tentang ujibakat pertandingan nyanyian terkenal dan berjaya menyakinkan Suria untuk mencuba nasib. Ally pada mulanya tidak mahu membantu kerana kurang menggemari Suria namun akhirnya bersetuju demi Syarif. Semasa ujibakat, kehebatan vokal Suria telah berjaya menambat hati para juri.

Setahun berlalu, Suria kini berada di ambang kemuncak populariti dan dalam proses melancarkan album keduanya. Dalam temubual di sebuah program TV, Suria tidak mengakui yang hatinya telah dimiliki, lantas Syarif memaksa penjelasan daripada Suria. Suria pula menyalahkan keadaan dan kekangan industri hiburan serta mahukan hubungan mereka tidak digembar-gemburkan. Ally sekali lagi mengingatkan Syarif yang nyata kecewa bahawa Suria seringkali mengambil kesempatan terhadap dirinya dan mahu Syarif berjuang untuk dirinya sendiri.

Adakah cinta atau kerjaya yang bakal mempengaruhi perhubungan Suria dan Syarif? Pastikan anda menonton ‘Hanya Satu’ bermula 15 September – 17 Oktober 2014, episod baru setiap Isnin dan Jumaat PADA 12 tenga hari di www.tonton.com.my

Sebagai tambahan untuk hadiah istimewa ini, dengarkan album runut bunyi siri web ini di Tonton Music – www.tontonmusic.com.my

Senarai trek lagu siri web original Hanya Satu :

1- #1 SleeQ (Lagu Tema)
2- Pasti – Kilafairy
3- Belantara Konkrit – Altimet menampilkan Salam & Aman-RA
4- Si Putih Si Merah – Black menampilkan RJ
5- Resolusi – RJ menampilkan Kilafairy

Sekitar majlis pelancaran 'Hanya Satu' dan lunch date with Syarif Sleeq bersama peminat dan media bertempat di Johnny Rockets Sunway Pyramid.
   
Syarif SleeQ bersama dengan pemenang dan peminat.
Yang ini geng media pula bergambar dengan Syarif SleeQ.
Picture credit to Mohd Rasul
Bersama Azwar dan Ayue blogger.
Peneman setia Giorgio Izas.
Bersama Emas Putih. Thank you Uzu sudi invite Asyik.
Syarif SleeQ okayyyy!
Sempat lagi selfie. hahaha. Sporting Syarif nasib baik.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Monday, September 15, 2014

Chemistry Cafe : The Science of Socializing

Assalamualaikum,
Bila kita dengar nama Chemistry mesti kita akan rasa susah kot subjek kimia dulu. haha. Itu yang Asyik fikirlah, sebab masa sekolah dulu belajar subjek kimia perghhh memang azab tapi best. Nak menghafal segala formula itu memang mencabar. Tapi kimia kali ini berbeza sikit sebab semua orang akan suka. Terutama sekali bila bab makan, semua senyum panjang jer kan. Ada satu kafe di Shah Alam nama dia Chemistry. Uniknya kafe ini ialah dia menggunakan dekorasi seperti berada di chemistry lab. Equipment yang digunakan semua sama seperti di dalam lab. Sampailah kepada uniform pekerja semua memakai lab coat. Kemudian makanan yang disediakan pula memang pelbagai malah sangat sedap. Boleh dipuji sebab kreatif dan mengikut citarasa Asyik. Kalau nak rasa sendiri pengalaman berada di Chemistry Cafe boleh datang terus ke kafe mereka. Setiap hari rasanya penuh sentiasa kafe ini. 
   
   
Waktu Asyik pergi teringin nak makan Spaghetti Bolognese tapi malangnya semua dah habis yang tinggal cuma Spaghetti Aglio e Olio. Spaghetti Aglio e Olio pun sedap yea.
Untuk minuman pula Asyik order Vanilla Smoothie dan Strawberry Smoothie. A++ rasa dia.
Haishhh lapar lagi ini.
Untuk maklumat lanjut boleh lawat:
Chemistry Café + Lab
No 26, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +6 017-6262 797
Email: thechemistrycafe@gmail.com
Instagram: #chemistrycafe
Twitter: @Chemistry_Cafe
Operating Hours:
Monday - Friday : 03.00 pm ~ 01.00 am
Saturday - Sunday : 02.00 pm ~ 02.00 am

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Saturday, September 13, 2014

Look Post : Flowy Palazzo

Assalamualaikum,
When it came to choose a pants I am very fussy person. They should comfortable and easy for me to move in a big place. Sebab Asyik memang suka berjalan dan Asyik memang sangat tak suka bila seluar itu terlalu nipis dan ketat. Kebanyakan seluar yang Asyik ada sekarang ialah dari material chiffon, cotton dan yang pasti memang selesa. Salah satu palazzo pants yang Asyik suka ialah apa yang Asyik pakai dalam gambar dibawah. Bila berjalan rasa senang dan seolah-olah macam pakai skirt sebab kain itu bergerak ikut sama masa kita berjalan. Maksudnya kain itu sangat flowy. Sebab sesetengah kain sangat keras. Nak berjalan bunyi macam pakai seluar track. haha. Asyik beli palazzo pants ni di salah satu butik di Bangi. Now I know best place to buy pants and thank you for reading and happy weekend everyone. 
Satu lagi yang cukup susah nak beli ialah kasut! Which one yang korang rasa Asyik beli? Banyak pilihan tapi yang selesa bukan semua.
Nope. Belum habis lagi, tunggu entry akan datang mungkin Asyik akan share yang mana satu pilihan Asyik. 

Till Next Entry.
Love, Asyik

Friday, September 12, 2014

Movie Review : Disney's Planes: Fire & Rescue

Assalamualaikum,
Ada yang sudah tengok filem Planes : Fire and Rescue? Filem yang sememangnya menyediakan aksi 3D yang menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Menarik cerita ini sebabnya karakter dalam ini semuanya menggunakan kenderaan seperti kereta, trak, helikopter, kereta bomba dan macam-macam lagi yang akan membuatkan korang rasa nak sebut 'WOW'. Kreatif dan banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari filem ini. Menarik tau memang tak tipu!

Sesuai nak bawa anak-anak korang untuk tonton sekali. Asyik berpeluang tengok filem ini bila dapat tiket dari NUFFNANG. Habis waktu kerja terus gerak ke Citta Mall. Nasib baik dekat juga dengan tempat kerja jadi taklah lewat sampai. Ini kali pertama Asyik jejak kaki ke Citta Mall. haha ketinggalan betul kan. Citta Mall boleh tahan lah, Asyik suka dengan environment kat situ. Tak bising dan selesa kalau nak lepak sambil minum dan berborak. Seperti biasa Nuffnang akan bagi tiket dan extra hadiah. Asyik dapat button badges nuffnang dan poskad dari Disney. Thank you Nuffnang.
   
Peneman setia Giorgio Izas. Dah kerja sekali sekarang senanglah nak ajak. hehe
(Synopsis)
Since winning the Wings Around the Globe race, Dusty Crophopper has a successful career as a racer. Unfortunately, his engine's gearbox becomes damaged due to too much over-revving. To make things worse, that type of gearbox is out of production and none can be found anywhere, so he may never race again. Frustrated with mechanic Dottie's newly installed warning light to keep his engine performance low to prevent further damage, Dusty goes on a defiant flight testing his limits. Unfortunately in doing so, he has a hard landing with engine trouble at Propwash Junction's airport, causing a fire.
The residents put out the fire with some difficulty, but the accident leads to a government inspector closing the airport due to inadequate firefighting personnel. Aggrieved at his carelessness, Dusty offers to undergo training to be certified as a firefighter to meet the necessary regulations to reopen the airport. To that end, Dusty travels to Piston Peak National Park where he meets a fire and rescue crew under the command of a helicopter named Blade Ranger. The leader of an efficient unit, Blade is initially unimpressed by the small newcomer and Dusty's training proves to be a difficult challenge.
Dusty's original undercarriage is replaced by two big scooping water tanks with retractable undercarriage wheels on their undersides. During training, Dusty learns that Blade was formerly an actor who played a police helicopter on the TV series CHoPs. Later, Dusty is devastated by a call from his friends at Propwash Junction noting that all attempts at finding a replacement gearbox have failed and his racing career is over.
Depressed, Dusty's education falters to Blade's frustration and things come to a head when Dusty makes a forced landing in a river during a fire dispatch and is swept through the rapids with Blade trying to extract him. Eventually, the pair make it to land, and Dusty confesses his physical disability, to which Blade advises Dusty not to give up. They shelter in an abandoned mine while a fire passes. The situation is complicated in that Blade also is damaged, from protecting Dusty in the fire, and is temporarily grounded for repairs. While Blade is recuperating, Dusty learns that Blade's co-star from CHoPs was killed during a stunt gone wrong on set that Blade was helpless to stop, so he decided to become a firefighter to save lives for real.
Lightning in a thunderstorm over a forest near Piston Peak starts several spot fires which unite into a serious forest fire, and the team fight it and seem to have extinguished it. But during the grand reopening of a local lodge, visiting VIPs fly too low and make air eddies which blow embers about, creating a larger fire. The national park's superintendent, Cad Spinner, selfishly diverts all the water supply to his lodge's roof sprinklers to prevent the lodge from burning, and so prevents the firefighters from making fire retardant for their own duties. With only their pre-existing tank loads, the firefighters manage to help the evacuees escape the fire while Dusty is alerted that two elderly campers are trapped on a burning bridge deep in the fire zone. He races to the scene and is forced to push his engine to the maximum to climb vertically up a waterfall to refill his water tanks to drop water to save the campers, as the only other surface water near is a river too shallow and twisty and rocky for him to scoop from. Meanwhile, Blade shows up and assists the campers. Dusty successfully drops water and extinguishes the fire, but his overstressed gearbox fails completely and he crashes.
Unconscious, Dusty is airlifted back to base where he wakes up five days later to learn that not only has his structure been fully repaired, but the base mechanic has built a superior custom refurbished gearbox for his engine to allow full performance again. Impressed at Dusty's skill and heroism, Blade certifies him a firefighter. Propwash Junction is reopened with Dusty assuming his duty as a firefighter, celebrated with an aerial show with his new colleagues from Piston Peak.

During the end credits, it is shown that Cad's misconduct resulted in him being demoted and reassigned as a park ranger in Death Valley. (Source)

Movie Rated : 5/5
Till Next Entry.
Love, Asyik.