Wednesday, April 30, 2014

Auto-City Shop In D'Park Penang

Assalamualaikum,
Pernah dengar nama Auto-City? Bukan I-City yang kat Shah Alam itu yea. Ini Auto-City di Seberang Perai, Pulau Pinang. Ini pun salah satu tempat tarikan utama bila orang datang ke Penang. Yang menariknya kat sini anda boleh makan sambil bershopping, kawasannya lebih terbuka dan selesa. Asyik suka datang kat sini sebab tempat makan yang disediakan semua memang favourite Asyik. Tutti frutti, Sushi King, Seoul Garden, Pizza Hut, Old Town White Coffee dan banyak lagi semua ada di tempat ini. Dah habis makan boleh shopping dan menjamu mata di Auto-City Shop In D'Park. Macam-macam ada jual kat situ. Yang bestnya semua murah dan mampu di beli.

Simbolik Pulau Pinang di Auto-City Shop In D'Park.

Laluan shopping yang selesa.

Banyak aksesori yang unik dijual kat sini.

Terbaru siap ada Love Lock lagi.



Kalau nak datang sini pastikan datang awal sikit yea. Kalau lewat nanti tutuplah semua kedainya. Paling lewat pun sampai pukul 12 malam sahaja.

Ini tempat kegemaran Asyik yea, Seoul Garden. hehe

    
Lepas jalan-jalan di Auto-City Shop In D'Park kita pekena Mee Sotong dan Coconut Shake di Bandar Perda dulu lepas itu baru senang hati nak balik rumah. Yummm Yummm, dah kenyang jom balik.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Tuesday, April 29, 2014

Nuffnang CPUV March - April 2014

Assalamualaikum,
Another CPUV from Nuffnang. Thank you advertiser for choosing my blog to put your campaign.

Digi - Project Red, Downy Dolce MMP, Clinique Even Better Lotion, Whisper Mesh & Cotton, Darlie Expert Fresh and KFC Zinger Reloaded (tvc). Thank you so much. 'Whisper Mesh & Cotton' see you on this Saturday (03 May 2014) because we have Yoga session with you together with other bloggers. Wehuuu..

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Monday, April 28, 2014

Look Post : Royal Blue Again

Assalamualaikum,
Another post yang melibatkan warna Royal Blue. Buat masa sekarang this is my favourite color. I don't know why but when I see this color it really capture my eyes and my heart. hehe. Maybe after this you can always see me more on Royal Blue. Who's selling items in royal blue?... Sorry girls see you next entry, because I have to find another collection of Royal Blue. Tadaaa...

Royal blue describes both a bright shade and a dark shade of azure blue.

Shawl : Unbranded
Jelly Bag: Unbranded
Skirt: Scarlet
Tops: Scarlet
Royal Blue Chiffon Cardigan: Tops Girls


       
Till Next Entry.
Love, Asyik.

Saturday, April 26, 2014

Shawl Zulaikha and Halfmoon Shawl Plain by Dalila collaboration with Tudung Asyik

Assalamualaikum,
Seperti yang anda semua boleh lihat di sidebar blog ini ada satu bahagian yang tertera logo Tudung Asyik. Di situ terjualnya pelbagai jenis tudung yang boleh anda beli. Tudung segera, selendang, malah tudung separuh bulan pun ada. hehe. Kali ini Tudung Asyik telah bekerjasama dengan jenama tudung Dalila yang kian popular sekarang ini. Tudung yang mereka jual memang mempunyai kualiti yang bagus dan selesa dipakai dan disebabkan itu Asyik rasa sesuai untuk berkongsi dan menjualnya di Tudung Asyik. Jom tengok apa yang menarik. 

Dalila Shawl Zulaikha. Selendang yang menggunakan kain chiffon yang berkualiti tinggi, mudah dibentuk dan stylo bila dipakai.Harganya RM69 (free postage) memang berpatutan kerana mempunyai material yang baik serta bidang yang besar.

Buat masa sekarang kita hanya mempunyai warna ini sahaja. Dalila Shawl Zulaikha (green black) dan (brown).

Gunakan code seperti yang tertera diatas sewaktu membeli.

Koleksi kedua ialah Halfmoon Shawl Plain. Pelbagai warna dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan buat masa sekarang Tudung Asyik hanya mempunyai warna-warna yang tertera dibawah. Harga RM39 (Free Postage) dan menggunakan material chiffon yang berkualiti tinggi serta tudung mudah dibentuk dan tidak panas.
Warna yang tertera mungkin sedikit berbeza dari warna asal tapi jangan risau semuanya berkualiti tinggi.

    

   

   
Untuk code 07 dan 08 mungkin anda nampak ia sama tetapi sebenarnya warna 07 agak gelap sedikit dari 08.

    
Selain dari Halfmoon Plain, Tudung Asyik juga ada mengeluarkan Halfmoon Polka Dot. Warnanya ialah turquoise polka dot pink. Harganya lebih murah iaitu RM35 (Free Postage).

    
Ini antara halfmoon plain yang sempat Asyik gayakan sewaktu keluar. Mudah dipakai dan senang dibentuk.


Untuk yang mahu melihat koleksi tudung yang lain boleh ke facebook page Tudung Asyik dan boleh membeli dengan hanya Whatsapp ke 011-23426247. Pastikan code yang digunakan adalah betul supaya tiada kekeliruan nanti. Selamat bershopping yer semua.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner

Assalamualaikum,
Eyeliner ialah salah satu komponen penting dalam merias wajah. Dengan adanya eyeliner kelopak mata yang nipis akan kelihatan cantik dan mata juga nampak agak besar dari biasa. Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner antara eyeliner yang boleh anda cuba. Eyeliner ini mempunyai dua warna pilihan iaitu Blackest Black dan Dark Brown. Pilihan Asyik ialah Blackest Black. Eyeliner ini boleh bertahan selama 20jam dan kalis air. Apa yang Asyik suka tentang eyeliner ini, bila digunakan ia tidak comot dan warnanya memang sangat cantik. Bentuknya pula tajam dan ia memang memudahkan bila diguna.Untuk membersihkannya anda cuma perlu menggunakan makeup remover dan sekelip mata ia akan hilang.


With the unique technology of a combination of volatile silicones and siliconic resin, this eyeliner is build to have long-lasting properties as it adheres to the eyelid and is transfer resistant. The high coverage, creamy formula with rich and intense color ensures that the eyeliner glides easily on eyelids. The eyeliner is waterproof and smudge-proof, and comes with a build-in sharpener.

20 hour wear 
Retractable
Waterproof & Smudge-proof 
With build in sharpener

Perfect Stay 20HR Eyeliner
Price : RM 14.90
Where to buy: Watsons, Guardian, Sasa
Rated : 4.5/5

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Wednesday, April 23, 2014

Penang Street Art

Assalamualaikum,
Salah satu tarikan utama di Pulau Pinang sekarang ialah dengan adanya mural menarik di bangunan-bangunan lama di sini. Mural yang menarik ini telah dilukis oleh Ernest Zacharevic berasal dari Lithuanian. Kebanyakan mural disini adalah berkaitan dengan budaya dan kehidupan penduduk di Pulau Pinang. Ramai pelancong asing dan orang tempatan yang datang untuk bergambar dengan mural di sini dan memeriahkan lagi jalan-jalan lama di Penang yang penuh dengan jualan hasil kraftangan yang tersendiri. Sememangnya susah untuk dijumpai ditempat lain kerana kebanyakan kraftangan yang dibuat memang unik dan terhad. Let's go and see what my hometown can give you.. :)

Welded Iron Wall Caricatures. They have 52 sculptures located in George Town.

Meet Minions in Penang, by Ernest Zacharevic.

    
Owl Shop which you can purchase cute items represent owl and near from that shop you can rent a bicycle to take a ride around the town.

    


“Boy on a Bike” Mural, Ah Quee Street, George Town, Penang

    
    
    


A lot of unique crafts you can find here.




“Little Children on a Bicycle” Mural, Armenian Street, George Town, Penang.
The artworks are funny, fascinating, and very much open to everyone’s interpretations. Please come here and enjoy the art.

Till Next Entry.
Love, Asyik.